Now Reading
[Video] Duduk Dalam Rumah Pun Kena Pakai Sunscreen Ke? Ini Kata Pakar

[Video] Duduk Dalam Rumah Pun Kena Pakai Sunscreen Ke? Ini Kata Pakar

Pakar kulit dikenali sebagai Faridz itu berkata banyak pandangan mengatakan anda harus pakai pelindung matahari walaupun tidak keluar kerana ada sinaran UV dari luar yang memancar ke dalam rumah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada masa kini, orang ramai dilihat semakin cakna dengan rutin penjagaan muka bagi mendapatkan kulit yang sihat.

Antara ‘basic skin care’ yang anda perlu tahu adalah seperti pembersih wajah, exfoliater, toner, pelembap dan pelindung matahari.

Pun begitu, segelintir individu hanya mengamalkan rutin tersebut apabila berada di luar rumah sahaja kerana dikatakan tidak terdedah dengan cahaya matahari atau persekitaran yang kotor.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Kulit Wajah Orang Zaman Dahulu Jauh Lebih Baik Dari Sekarang? Ini Sebabnya


Adakah Wajar Pakai Sunscreen Dalam Rumah

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@faridzaesthethics) apabila seorang pakar kulit dikenali sebagai Faridz berkongsi fakta-fakta mengenai pelindung matahari (sunscreen).

Jelasnya, banyak pendapat oleh orang ramai yang mengatakan bahawa setiap individu wajib memakai sunscreen tidak kira di mana pun termasuklah sekiranya berada di dalam rumah.

Sumber: Pexels

Kata pakar itu, dia tidak menolak pandangan tersebut kerana di dalam rumah juga mempunyai sinaran ultraviolet (UV) dari matahari yang boleh tembus masuk ke dalam kediaman.

Pun begitu, terdapat banyak objek di dalam rumah yang boleh menghalang sinaran UV berkenaan untuk memancar secara langsung ke dalam rumah sebagai contoh langsir yang digantung pada tingkap.

Sumber: Pexels

Faridz menjelaskan bahawa sinaran UV tersebut mampu menghasilkan vitamin D bagi menguatkan sistem imunisasi tubuh badan.

Kenyataan tersebut telah disokong oleh seorang pakar dikenali sebagai Dr David Francis dari Australian College of Dermatologists.


Pemakaian Sunscreen Boleh Diganti Dengan Vitamin C

Sementara itu, Faridz turut berkongsi sinar UVA (long wave) boleh didapati dari pencahayaan lampu sekitar rumah, televisyen dan juga telefon bimbit.

Namun menurut pendapatnya, jika anda mahu berasa selesa dalam rutin penjagaan muka pada waktu pagi, anda boleh elak memakai sunscreen. Sebaliknya, menggantikan ia dengan bahan antioksidan daripada vitamin C.

Ini kerana nutrien dari vitamin tersebut mampu meningkatkan keratinosit bagi menguatkan sistem kulit bagi menghadapi sinaran UVA.

Kesimpulannya, mahu menggunakan sunscreen ataupun tidak di rumah adalah bergantung kepada pilihan dan keselesaan masing-masing.

@faridzaesthetics Perlu ke pakai sunscreen di dalam rumah? Jom belajar, dengar dan fahamkan 😉 #fyp #tiktokguru #zyxcba #masukberanda #viralvideo #viralvideo #kongsitips #kecantikan #skincare #learnontiktok #gwrm #glassskin #skincareroutine #ilmu #tipsglowing #tipsbeauty #kulitcantik #sunscreen #skincaretipsforyou ♬ original sound – Faridz Skin Aesthetic

Sunscreen Perlu Dipakai Kalau Selalu Masak Di Rumah

Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang berkata bahawa dia memakai suncreen setiap kali di rumah kerana memasak.

Menjawab kepada kenyataan itu, Faridz menjelaskan bahawa pelindung matahari adalah wajib sekiranya anda seseorang yang selalu memasak.

Malah ada juga yang berkata mereka tidak selesa memakai sunscreen apabila duduk sepanjang hari di rumah.

“Saya pun tak selesa pakai sunscreen dalam rumah. Kecuali keluar baru pakai. Saya guna pelembap yang ada vitamin C dan SPF +20 sahaja,” ujar seorang wanita.

Sumber: TikTok (@faridzaesthethics)

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Tips Agar Kulit Cantik Berseri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd