Now Reading
[Video] Kenapa Kulit Wajah Orang Zaman Dahulu Jauh Lebih Baik Dari Sekarang? Ini Sebabnya

[Video] Kenapa Kulit Wajah Orang Zaman Dahulu Jauh Lebih Baik Dari Sekarang? Ini Sebabnya

Jelas pakar kulit dikenali sebagai Faridz, kulit wajah orang dahulu yang baik berkait rapat dengan keadaan atmosfera bumi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penjagaan kulit wajah dilihat semakin menjadi satu norma dalam kalangan masyarakat kini tidak kira kaum Hawa atau kaum Adam.

Hal ini kerana orang ramai sering didedahkan dengan kesan buruk sekiranya seseorang itu tidak mengamalkan penjagaan kulit wajah yang rapi lebih-lebih lagi jika tidak memakai pelindung matahari apabila keluar dari rumah.

Pun begitu, pernahkah anda tertanya-tanya mengapa orang zaman dahulu tidak perlu memakai produk penjagaan kulit untuk mendapatkan wajah yang sihat?


Punca Kenapa Kulit Wajah Orang Dulu Lebih Baik

Seorang pakar kulit dikenali sebagai Faridz menerusi hantaran di TikTok (@faridzaesthethics) menjelaskan mengapa kulit orang pada zaman dahulu tidak sama seperti individu ketika ini.

Orang dahulu juga tidak memerlukan rutin penjagaan kulit (skin care) untuk mendapatkan kulit yang sihat.

Sumber: Pexels

Bagi menjawab persoalan yang sering bermain di minda, Faridz berkata punca mengapa ia berlaku adalah disebabkan perederan zaman.

Mengulas lanjut mengenainya, dia berkata perbezaan ketara yang boleh dilihat adalah dari aspek atmosfera.

Tambahnya lagi, atmosfera zaman dulu adalah lebih baik kerana kini, atmosfera bumi semakin rosak akibat daripada kesan sampingan rumah hijau yang membawa kepada peningkatan radikal bebas.

Rumah hijau. Sumber: Pexels

Bukan itu sahaja, ia juga mendorong kepada penipisan lapisan ozon yang mana membawa kepada penerimaan cahaya UV yang terlalu kuat dan tinggi daripada matahari.

Keadaan atmosfera sekarang sekaligus menyebabkan kulit anda perlu menerima impak yang kuat daripada sinaran matahari.


Kesan Pencemaran Atmosfera Kepada Kulit

Antara masalah kulit wajah atau penyakit dihadapi orang zaman sekarang akibat keadaan atmosfera bumi yang semakin merosot adalah seperti berikut:

Sumber: Unsplash
  • Penuaan
  • Penipisan sel kulit wajah
  • Kanser kulit

Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap individu menjaga luaran kulit wajah dengan lebih terperinci dengan memakai pelindung matahari (sunscreen), bahan-bahan antioksidan sebagai contoh likopena, vitamin C dan vitamin E serta cucian.

Memetik Hello Doktor, Pakar Dermatologi Dr Janet Prystowsky menegaskan bahawa individu yang tidak memakai sunscreen pada setiap hari akan mendorong kepada risiko kanser kulit akibat pendedahan sinaran UV terlalu kerap.

Pelindung matahari. Sumber: Unsplash

Kesan lain yang boleh dilihat akibat pencemaran atmosfera adalah kerosakan sistem kulit wajah seseorang.

Awak perlu tahu, air biasa tidak boleh menyingkirkan setiap bahan-bahan yang tercemar daripada kulit wajah.

Faridz.

Asas Penjagaan Kulit Wajah Perlu Kukuh

Menurut pakar itu tadi, anda boleh memakai apa-apa serum atau pun bahan aktif yang lain, namun perlu memastikan asas penjagaan kulit wajah diterapkan terlebih dahulu.

Sumber: Pexels

Ini lima basic skin care yang anda perlu tahu:

  1. Pembersih wajah
  2. Pengelupasan (exfoliate)
  3. Toner muka
  4. Pelembap (moisturizer)
  5. Pelindung matahari (sunscreen)

“So kekal jaga, kekal sihat dan kekal bersih,” ujar Faridz.

@faridzaesthetics Jom kita bahaskan kulit orang zaman dahulu lebih sihat berbanding orang zaman sekarang. Dengar dan fahamkan ya, semoga bermanfaat untuk awak semua 🙏🏻😉 #fyp #fypmalaysia #masukberanda #zyxcba #tiktokguru #tipsbeauty #skincareguru #fyptiktok #trendingvideo #viralvideo #nakcantik #naksihat #kulitsihat #glassskin #skincaretips #tipsglowing #tiktokviral #jombelajar #tipsandtricks #skincareroutine #kulitsehat #muar #kulitcerah ♬ Inspirational – neozilla

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Jenama Produk Penjagaan Muka Tempatan Yang Anda Patut Cuba

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini Cara Terbaik Anak Muda Jaga Kulit Wajah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd