Now Reading
[Video] Pakar Kongsi 4 Diet Pemakanan Mat Saleh Yang Anak Kecil Harus Elakkan

[Video] Pakar Kongsi 4 Diet Pemakanan Mat Saleh Yang Anak Kecil Harus Elakkan

Antara pemakanan yang perlu ibu bapa elakkan untuk diberikan kepada anak kecil adalah bijirin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak. Ini termasuklah menyediakan hidangan dan menu terbaik sejak mereka di usia muda.

Bukan sahaja petua dari orang dulu-dulu, malah ramai yang mengikuti tips dari dunia barat dalam membentuk tabiat makanan dan diet anak-anak.

Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa bukan semua diet ‘mat saleh’ sesuai diterapkan untuk si kecil.


Doktor Kongsi 4 Jenis Diet Orang Barat Yang Tak Sesuai Untuk Anak

Baru-baru ini, tular satu perkongsian di laman TikTok (@dronnakbarali) apabila seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Onn Akbar Ali berkongsi empat jenis cara pemakanan diterapkan oleh golongan mat saleh kepada si kecil yang harus dielakkan.

Buat golongan ibu bapa di luar sana, take note! Antaranya:

#1. Bijirin

Yang pertama sekali adalah hidangan bijirin setiap kali sarapan pagi. Situasi tersebut sering dilihat di kebanyakan filem barat di mana anak-anak mereka akan menikmati bijirin bersama susu setiap kali sebelum ke sekolah.

Jelas Dr Onn Akbar, bijirin mengandungi kandungan karbohidrat dan gula yang tinggi. Kedua-duanya mampu mengundang kepada kemerosotan kesihatan si kecil.

Sumber: Unsplash

Berdasarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), setiap individu disarankan untuk hadkan pengambilan gula iaitu kurang daripada 10 sudu teh sehari, atau bersamaan dengan 50 gram gula.

Pengambilan gula secara berlebihan dan kerap akan menyebabkan peningkatan berat badan yang berlebihan, obesiti, penyakit diabetes dan karies gigi.

#2. Jus Buah

Rutin orang barat terhadap pemakanan anak ke sekolah adalah dengan menyediakan jus buah-buahan yang dikatakan sihat. Jus buah kebiasaannya akan disertakan sekali dalam pek ‘lunch box’ mereka.

Menurut doktor itu, majoriti jus buah hanya mengandungi air dan gula sahaja tanpa esktrak buahan yang asli.

Sebagai alternatif lain, pakar tersebut menyarankan ibu bapa untuk menyediakan kotak susu krim penuh (full cream) tanpa gula kerana ia adalah lebih sihat.

Sumber: Unsplash
#4. Makanan Berproses

Yang ketiga adalah hidangan berasaskan makanan berproses. Ujar doktor tersebut, hidangan daging yang sudah diproses bukanlah satu perkara asing lagi dalam diet pemakanan kanak-kanak komuniti Barat.

Sebagai contoh nuget dan sosej ayam atau pun daging.

Benda-benda itu tidak sihat. Kita (ibu bapa) harus bekalkan ayam, telur dan daging yang segar. Lebih baik daripada sosej.

Dr Onn Akbar.
Sumber: Pexels

Memetik perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di laman Facebook, kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi dalam sosej boleh menyebabkan masalah obesiti, kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung serta kanser usus.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Cegah Kanser Usus Besar, Antara Barah Tertinggi Di Malaysia

#4. Energy Bar

Makanan terakhir yang perlu dielakkan untuk diberikan kepada anak-anak adalah energy bar. Kalau anda lihat di pasaran, terdapat banyak energy bar yang tersedia dengan pelbagai perisa seperti buah-buahan, kekacang atau coklat.

Namun begitu, perkataan tenaga itu hanyalah tujuan pemasaran produk tersebut sahaja walhal ia mengandungi sejumlah gula yang tidak sihat.

Sumber: Freepik

Jika dibandingkan dengan alternatif pemakanan lain, doktor itu menjelaskan penyediaan menu Nasi Lemak adalah lebih baik daripda energy bar.

@dronnakbarali Ikut cara mat salleh makan… Follow, Like & Share. #dronn #pakarjantung #kpjkajang #eat #habit #pemakanan #juice #meat #cereal #instant ♬ original sound – DR ONN AKBAR ALI

Makanan Tinggi Khasiat & Sesuai Untuk Si Kecil

Bagi memastikan anak mendapatkan nutrien terbaik dalam tubuh badan mereka, ibu bapa perlu memainkan peranan dan menyediakan makanan penuh nutrisi buat anak-anak di rumah.

Di sini kami kongsikan beberapa jenis makanan yang sesuai untuk tumbesaran si kecil. Antaranya:

Sumber: Pexels
  • Buah beri.
  • Oren.
  • Telur.
  • Susu.
  • Keju.
  • Mentega kacang.
  • Ubi keledek.
  • Daging.
  • Avokado.
  • Brokoli.
  • Yogurt.

Baca Artikel Berkaitan: BERNAS Beri Makanan Seimbang & Bernutrisi Secara Percuma Buat Murid B40

Baca Artikel Berkaitan: “Kawal Pemakanan Masa Raya!” – Pesakit Diabetes Paling Banyak Terima Rawatan Ketika Aidilfitri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd