Now Reading
Doktor Kongsi Makanan & Minuman Perlu Elak Ketika Sahur, Take Note!

Doktor Kongsi Makanan & Minuman Perlu Elak Ketika Sahur, Take Note!

Menurut doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Qarafi, antara hidangan yang perlu dielak ketika sahur adalah makanan tinggi karbohidrat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Berbaki kurang daripada 10 hari lagi, umat beragama Islam sekali lagi akan bertemu dengan bulan penuh mulia iaitu Ramadan.

Umum mengetahui, segala amalan kebaikan yang dilakukan oleh anda ketika bulan suci itu akan dilimpahkan dengan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Dalam pada masyarakat setempat mengejar untuk melakukan pelbagai ibadah, ramai juga yang menerapkan pelbagai tips dan rutin tertentu semasa bulan tersebut lebih-lebih lagi pada waktu berbuka puasa dan sahur.


4 Jenis Makanan & Minuman Perlu Elak Semasa Sahur

Namun begitu, ramai di kalangan kita yang masih tidak cakna bahawa rutin yang dilakukan khususnya semasa sahur mampu memudaratkan kesihatan.

Baru-baru ini, tular satu hantaran menerusi laman TikTok (@qarafitee) apabila seorang doktor kesihatan berkongsi empat jenis hidangan serta tabiat yang perlu dielak semasa tempoh bersahur.

Antara info yang dikongsi oleh doktor dikenali sebagai Dr Qarafi Tee itu adalah:

#1. Minum Air Berlebihan

Kebiasaannya, orang ramai berdepan dengan masalah haus sepanjang tempoh berpuasa. Lebih-lebih lagi dengan keadaan cuaca panas di Malaysia ini.

Oleh disebabkan itu, ramai di antara anda akan minum air dengan banyak ketika bersahur untuk mengelakkan masalah dehidrasi.

Sumber: Pexels

Walau bagaimanapun, pengambilan air secara berlebihan pada tempoh tersebut adalah satu fahaman salah yang sering diterapkan orang ramai. Jelas Dr Qarafi, pengambilan air yang banyak akan menyebabkan seseorang itu sering membuang air kecil dengan banyak.

Keadaan di mana seseorang itu membuang air kecil akan mengundang kepada masalah dehidrasi tubuh badan selain mendorong kepada rasa haus dan penat dengan lebih cepat.

#2. Air Berkafein & Air Manis

Seterusnya, pengambilan air manis atau berkafein seperti kopi, teh, minuman berkarbonat haruslah dihentikan apabila waktu sahur.

Hal ini kerana pengambilan kafein secara banyak cenderung membawa kepada masalah yang sama iaitu dehidrasi akibat membuang air kecil dengan kerap.

Sumber: Pexels

Selain itu, pengambilan air manis akan menyebabkan seseorang itu berdepan dengan sugar spike (peningkatan insulin) dan penurunan gula secara mendadak. Sejurus selepas kandungan gula dalam badan menurun, badan akan mula terasa penat dan lesu.

Itulah antara punca orang berpuasa sering mengadu lapar walaupun tempoh untuk berbuka adalah lama lagi.

#3. Makanan Berminyak

Makanan berminyak juga merupakan antara faktor utama kepada masalah kesihatan semasa bulan puasa. Menurut doktor tersebut, pengambilan makanan berminyak seperti karipap, ayam goreng atau kari akan menyebabkan ia lambat hadam dalam usus.

Keadaan itu akan mendorong kepada tempoh masa yang lama untuk memproses dan mengosongkan perut. Tempoh waktu lama untuk memproses makanan pula akan menyebabkan Asid Refluks terbentuk yang membawa kepada penyakit Gastrik.

Sumber: Unsplash
#4. Banyak Makan Menu Tinggi Karbohidrat

Selalunya, orang akan beranggapan bahawa makanan tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi boleh membuatkan perut berasa kenyang dalam tempoh yang lama. Sebaliknya, kenyataan tersebut adalah tidak betul.

Menu atau jenis makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak adalah sayur-sayuran dan juga protein. Kandungan protein itulah yang akan membekalkan tenaga yang banyak pada tubuh badan selain mengelakkan rasa lapar serta haus ketika berpuasa.

Sumber: Pexels
@qarafitee

Ramadan dah dekat. Jom kita belajar macam mana nak maximizekan kesihatan dan pemakanan kite sepanjang ramadan! #drqarafitee #fyp #viral

♬ Mozart Minuet with violin(815356) – 松本一策

Cuba Makan Oat Untuk Menu Sahur

Makanan berasaskan oat sangat digalakkan semasa sahur. Walaupun 100 gram oat mengandungi 91 kalori sahaja, namun kandungan serat tinggi mampu membantu anda berasa lebih kenyang dalam tempoh yang lama.

Memetik Hello Doktor, oat bukan sahaja makanan sahur yang berkhasiat, ia juga mempunyai pelbagai nutrisi yang baik untuk untuk tubuh badan.

Sumber: Pexels

Buat anda yang berminat untuk makan overnight oat ketika sahur akan datang, di sini kami kongsikan resepi yang anda boleh cuba.

Bahan-bahan:

  • 4-5 sudu rolled oat (rendam atau rebus dahulu).
  • Susu low fat/full cream/berperisa.
  • Buah-buahan.

Bahan-bahan tambahan (optional):

  • Yogurt.
  • Madu.
  • Chia seed/ flaxseed.
  • Kekacang.
  • Peanut butter.
  • Serbuk kayu manis.
  • Serbuk koko.

Baca Artikel Berkaitan: Raih 15K ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Overnight Oat Untuk Sahur. Simple!

Baca Artikel Berkaitan: Avokado, Oat, Nasi Perang & 6 Lagi Menu Sahur Terbaik Untuk Warga Emas

Baca Artikel Berkaitan: Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd