Now Reading
Raih 15K ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Overnight Oat Untuk Sahur. Simple!

Raih 15K ‘Shares’, Wanita Ini Kongsi Resepi Overnight Oat Untuk Sahur. Simple!

Sedap juga kalau dapat makan ‘healthy’ sikit masa sahur. Baru bertenaga hari esoknya.

Jangan lupa follow channel Telegram kami untuk berita dan cerita terkini yang baru dan menarik!


Bila dengar berita tentang restoran dan gerai makan boleh dibuka hingga jam 6 pagi pada bulan Ramadan ni, ramai juga yang gembira. Mana taknya, boleh makan roti canai jam 2 pagi.

Tapi, ada juga segelintir orang yang jenis malas untuk makan di luar. Lebih selesa ‘prep’ makanan untuk sahur sendiri. Kan?

Kalau nak makanan sihat sikit, boleh buat ‘overnight oats’, sedap pun sedap. Nak tahu macam mana cara buatnya? Boleh ikuti cara-cara yang dikongsikan oleh Fadhlia Nuur ni di laman Facebook:

Bahan-bahan utama

OAT (Rolled Oat).

Kenapa oat? Lebih kenyang berbanding nasi, sesuai untuk sesiapa yang tak selera nak makan nasi ketika sahur, lebih sihat, bagus untuk jantung, kurangkan berat dan kolestrol, mudah dan cepat dan sesuai untuk sesiapa yang tak nak makan berat tapi nak kenyang.

Kenapa Rolled Oat?

Sebab tekstur rolled oat lebih tebal dan kasar berbanding oat biasa. Jadi, bila direndam dalam air atau dimasak, ianya tidak terlalu lembik dan muak bila dimakan. Lagi satu, rolled oat memang asli tanpa sebarang gula atau bahan tambahan lain. Jadi memang ‘clean’ ye.

Cara makannya:

Boleh dimasak atas api, direndam dalam air panas, dimakan dengan sup/tomyam, dikisar halus sebagai smoothie atau dijadikan overnight oat dan dimakan sejuk.

Bahan-bahan utama yang diperlukan:

• 4-5 sudu rolled oat

• Susu low fat/ full cream/ berperisa

• Buah-buahan* Kiwi tak sesuai untuk overnight ya nanti pahit. Nak makan baru letak.* Buah segar lagi bagus untuk lawas. Buah kering pun beres.

Bahan-bahan tambahan (optional):

• yogurt

• madu

• chia seed/ flaxseed

• kekacang

• peanut butter

• serbuk kayu manis

• serbuk koko

Nota: Ni saya tunjuk cara versi sihat ya. Kalau anda tak kisah pasal kalori, gula dan sebagainya, terpulanglah nak letak apa dan banyak mana kuantitinya. Tak boleh telan oat? Kembang tekak? Cuba dulu resepi-resepi ni. Kalau tak boleh telan juga, makanlah roti atau biskut. Tak selera juga? Minum susu dengan kurma je dah.Semoga Ramadhan kali ini mengajar kita ke arah hidup lebih sihat. Ramadhan kareem everyone. Selamat berpuasa! Pssst..dah buat nanti share la nak tengok hasilnya.

Macam sedap je, boleh cuba ni!


Ada menu lain yang ingin anda kongsi dengan kami? Boleh terus hantar ke media sosial TRPBM: Facebook, Twitter dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd