Now Reading
PADU, Badland Hunters, India Open 2024 & 7 Lagi Topik Trending Yang Dicari Di Google Pada Januari 2024

PADU, Badland Hunters, India Open 2024 & 7 Lagi Topik Trending Yang Dicari Di Google Pada Januari 2024

Carian yang trending di Google Malaysia ini melibatkan berita terkini, sukan dan juga hiburan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap kali anda mahu mencari apa-apa maklumat tentang sesuatu perkara, Google adalah salah satu platform carian yang menjadi pilihan orang ramai.

Bila ada topik atau perkara yang trending, mesti ramai yang mahu ‘menggali’ maklumat mengenainya.

Nak tahu topik apa yang menjadi carian orang ramai sepanjang bulan Januari lalu? Jom baca perkongsian di bawah.


PADU Jadi Carian Tertinggi Di Google Malaysia Pada Januari 2024

Menurut Google Malaysia, Pangkalan Data Utama (PADU) dilaporkan menjadi carian tertinggi rakyat Malaysia di platform Google pada bulan Januari 2024.

Sumber: PADU

Topik berkaitan PADU semakin diperkatakan selepas beberapa netizen melaporkan beberapa kesukaran yang dihadapi untuk log masuk ke dalam sistem PADU buat pertama kali.

Selain PADU, terdapat sembilan lagi topik yang menjadi carian sepanjang bulan Januari lalu iaitu:

#2. Indonesia Masters 2024
Sumber: Badminton Central

Kejohanan badminton yang berlangsung dari 23 hingga 28 Januari ini telah menarik minat penggemar sukan badminton dengan aksi sengit walaupun pemain badminton Malaysia iaitu Lee Zii Jia terpaksa menarik diri daripada suku akhir akibat keracunan makanan.

#3. Bahrain vs Malaysia / Japan vs Indonesia / AFC Asian Cup
Sumber: Astro Arena

Piala Asia AFC yang sedang berlangsung di Qatar terus menjadi perhatian peminat bola sepak apabila Bahrain berjaya menewaskan Malaysia 1-0 pada saat akhir Kumpulan E, manakala Jepun pula mendominasi Indonesia 3-1 dalam Kumpulan D.

#4. India Open 2024
Sumber: Instagram @leeziijia/ @thebadmintonacademy

Pemain kegemaran Malaysia, Lee Zii Jia terpaksa akur dengan keputusan beliau yang tersingkir awal pada Piala Terbuka India 2024 selepas berjaya mara ke suku akhir dalam kategori Perseorangan Lelaki sebelum dia ditewaskan oleh Jonatan Christie dari Indonesia.

#5. Al Hilal vs Inter Miami
Sumber: YouTube beIN SPORTS Asia

Inter Miami berdepan kekalahan tipis dengan skor 4-3 kepada Al Hilal meskipun jaringan telah dibuat oleh Lionel Messi dan Luis Suarez. Namun, tandukan pemain kelab Riyadh iaitu Malcom Oliveira telah berjaya memberikan kemenangan kepada pasukannya.

#6. Kedudukan FIFA 2024
Sumber: FIFA

Peminat bola sepak gigih untuk menyemak kedudukan pasukan kegemaran mereka mereka di FIFA 2024 di mana Argentina, Perancis dan England telah menduduki tempat teratas.

#7. Australian Open
Novak Djokovic. (Sumber: Instagram @djokernole)

Kejohanan di Melbourne Park telah menyaksikan juara bertahan Novak Djokovic dikalahkan oleh Jannik Sinner yang kemudiannya memenangi gelaran Grand Slam pertamanya menentang Daniil Medvedev.

#8. Badland Hunters
Sumber: Netflix

Sebuah drama Korea bersifat thriller dystopian yang berlatarkan Seoul pasca-apokaliptik dan dibintangi oleh Don Lee, Lee Hee-jun dan Lee Jun-young telah menjadi perhatian ramai selepas ia mula ditayangkan di Netflix pada 26 Januari lalu.

#9. 你也有今天 (My Boss)
Sumber: Instagram @allsortofdrama

Siri drama komedi Cina yang ditayangkan baru-baru ini mengisahkan tentang seorang peguam yang telah mendapat pekerjaan impiannya di sebuah firma berprestij berhampiran rumah baharunya. Namun, tidak menyangka bahawa rakan sebiliknya adalah penyelia yang sungguh mencabar di tempat kerja.

#10. Nottingham Forest vs Arsenal
Sumber: Football London

Dalam pertarungan sengit di City Ground, Arsenal menewaskan Nottingham Forest 2-1 dengan gol pada separuh masa kedua daripada Gabriel Jesus dan Bukayo Saka bagi memberikan kemenangan kepada pasukannya.


Agak-agak topik apa pula yang akan menjadi carian rakyat Malaysia di Google pada bulan Februari ini? Adakah Daging Dendeng Nyet Berapi dari Khairul Aming akan tersenarai dalam Top 10 Google Malaysia?

Nantikan.

Baca Artikel Berkaitan: Carian Tertinggi Google Malaysia Tahun 2021 Jatuh Kepada ‘i-Sinar’

Baca Artikel Berkaitan: Ini 8 Tips Untuk Mudahkan Pencarian Di Google. Jom Cuba!

Baca Artikel Berkaitan: Ira Kazar, Jocelyn Chia & Banyak Lagi Cerita Viral Sepanjang Tahun 2023!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd