Now Reading
Ini 8 Tips Untuk Mudahkan Pencarian Di Google. Jom Cuba!

Ini 8 Tips Untuk Mudahkan Pencarian Di Google. Jom Cuba!

Sebenarnya, ada fungsi juga beberapa simbol untuk memudahkan pencarian kita di Google.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Google sememangnya menjadi pilihan ramai untuk mencari sesuatu maklumat. Enjin pencarian yang paling popular ini telah mengawal 90% pasaran enjin carian di serata dunia.

Mengikut statistik yang dikeluarkan, hampir 70,000 orang menggunakan Google Search pada setiap saat, 227 juta pada setiap jam dan 5.4 bilion setiap hari. Wow!

BACA JUGA: Carian Tertinggi Google Malaysia Tahun 2021 Jatuh Kepada ‘i-Sinar’

Walaupun sudah menggunakan enjin pencarian terkenal, pernah tak bila anda nak cari sesuatu maklumat di Google tapi yang keluarnya benda lain?

Kredit: HubSpot Blog

Sebenarnya, ada tips yang anda boleh gunakan untuk memudahkan pencarian di Google.

Tips yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @FezzaHussin ini harapnya dapat membantu anda menjimatkan masa bagi mendapatkan informasi.

1. Simbol pembuka dan penutup kata (“)

Bila anda letakkan sekali simbol ini pada awal dan penutup ayat, Google akan keluar keputusan mengikut kesemua terma yang dimasukkan ke dalam simbol berkenaan.

Contohnya: “Ikan siakap Langkawi”.

Kredit: Twitter @FezzaHussin

2. Simbol tilde (~)

Pernah tak anda nak cari sesuatu perkataan tapi memang betul-betul terlupa apa dia. Jangan risau, apa kata anda cuba masukkan simbol tilde (~) beserta perkataan sinonim.

Contohnya: Nasi ~ makanan

Kredit: Twitter @FezzaHussin

3. Simbol dash (-)

Kalau anda nak cari sesuatu maklumat tapi nak elakkan mana-mana perkataan, boleh letak simbol dash (-) sebelum perkataan itu.

Contohnya: Bunga tulip -Australia

Kredit: Twitter @FezzaHussin

4. Site

Cara ini sesuai untuk anda yang nak cari maklumat tertentu dalam satu laman web sahaja.

Contohnya: Spider Man site: gempak.com

Kredit: Twitter @FezzaHussin

5. Simbol vertical bar (|)

Simbol ini fungsinya sama seperti perkataan atau. Contohnya anda nak buat pencarian mengenai dua perkataan yang sama. Jadi sesuailah untuk guna simbol ini.

Contohnya: Tom Holland | Spider Man

Kredit: Twitter @FezzaHussin

6. Simbul dua titik bernoktah (..)

Simbol ini boleh diguna pakai apabila anda nak mencari sesuatu dalam tempoh masa tertentu.

Contohnya: Lagu melayu 2015..2021

Kredit: Twitter @FezzaHussin

7. Letak simbol : untuk cari lokasi

Simbol titik bertindih (:) memang berguna untuk anda nak cari lokasi sebenar tentang apa-apa kes kejadian yang berlaku.

Contohnya: kapal karam: Sabah

Kredit: Twitter @FezzaHussin

8. Jenis fail

Anda juga boleh tapis fail yang nak dicari. Contohnya anda hanya perlukan fail jenis pdf, jadi boleh taip seperti berikut:

Kredit: Twitter @FezzaHussin

Selama ini tak pernah tahu pun fungsi beberapa simbol yang kita selalu pakai. Sekarang dah tahu kan?

Jadi, lebih mudah dan cepatlah nak mencari maklumat, memang semuanya di hujung jari je sekarang. Nak mencari sambil baring pun tak ada masalah, betul tak?


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd