Now Reading
Carian Tertinggi Google Malaysia Tahun 2021 Jatuh Kepada ‘i-Sinar’

Carian Tertinggi Google Malaysia Tahun 2021 Jatuh Kepada ‘i-Sinar’

Bagi kategori berita topikal, siri Netflix ‘Squid Game’ menduduki tempat pertama, diikuti ‘Palestin’, ‘Sugarbook’, ‘Ivermectin’ dan ‘PKPD’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


i-Sinar, salah satu keyword yang paling popular.

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis pandemik bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Pengeluaran untuk amaun kelayakan i-Sinar adalah sehingga RM10,000.

Kredit: Portal Malaysia

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pada Mac tahun ini memaklumkan, pengeluaran i-Sinar berjumlah sebanyak RM 52.48 bilion diluluskan kepada 5.94 juta pemohon.

BACA JUGA: KWSP Bakal Perkenal i-Sayang


‘i-Sinar’ jadi carian tertinggi dalam Google Malaysia

Kredit: Business Today

Menurut Google Malaysia, bantuan kewangan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) iaitu ‘i-Sinar’ dilaporkan menjadi terma carian paling tinggi rakyat Malaysia 2021,-diikuti kejohanan bola sepak ‘Euro 2021’ dan permainan dalam talian ‘Popcat’.

MalaysiaNow melaporkan dalam satu senarai 10 carian trending yang dikeluarkan oleh Google Malaysia, lima antaranya membabitkan bantuan kewangan yang diperkenalkan kepada rakyat semasa pandemik.

Tahun 2020, carian tertinggi merupakan ‘Joe Biden’ dan ‘Donald Trump’ ketika Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Carian ‘i-Sinar’ beri gambaran status kewangan rakyat Malaysia

(Kredit: tirachardz/Freepik)

Pengurus Komunikasi Google Malaysia Nadia Khan berkata carian itu memberi gambaran mengenai keadaan kewangan yang terkesan akibat pandemik.

‘i-Citra’, satu lagi program di bawah KWSP menduduki tempat keempat, diikuti ‘Bantuan Rakyat Prihatin’. ‘EPL’ atau liga Perdana Inggeris dan ‘Google Meet’ menduduki tempat keenam dan ketujuh. Manakala ‘i-Akaun’, ‘Bantuan Prihatin Nasional’ dan ‘Squid Game’ menduduki tiga tempat terakhir.

Pengurus Komunikasi Google Malaysia Nadia Khan.

‘CIMS’ menduduki tempat pertama dalam kategori carian berkaitan pandemik

Dalam kategori carian berkaitan pandemik, laman web ‘CIMS 3.0’ yang dikendalikan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri menduduki tempat pertama.

Untuk rekod – Laman itu membolehkan pendaftaran syarikat yang ingin beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Topik hangat lain menurut Google Malaysia ialah berita semasa dan sukan.

Data carian ini dikumpul bermula Januari hingga November 2021.

Bagi kategori berita topikal – siri Netflix ‘Squid Game’ menduduki tempat pertama, diikuti ‘Palestin’, ‘Sugarbook’, ‘Ivermectin’ dan ‘PKPD’.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd