Now Reading
Ini 5 Jenis Tumbuhan Indoor Yang Sesuai Jadi Hiasan Dalam Rumah, Nak Jaga Pun Senang!

Ini 5 Jenis Tumbuhan Indoor Yang Sesuai Jadi Hiasan Dalam Rumah, Nak Jaga Pun Senang!

Antara tanaman indoor yang sesuai untuk diletakkan sebagai pokok hiasan di rumah adalah Fiddle Fig dan Philodendron Selloum.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap orang mesti ada hobi dan minat masing-masing terhadap sesuatu perkara. Mungkin ada yang gemar mencuba resepi baharu atau membaca buku ketika waktu lapang.

Sesetengah individu pula suka menyimpan tumbuh-tumbuhan sekitar kediaman mereka sebagai penambah ‘seri’. Bagi mereka yang baru menceburi hobi ini, mungkin mereka masih keliru untuk memilih jenis tumbuhan indoor yang sesuai dan mudah dijaga.


5 Jenis Tumbuhan Indoor Yang Sesuai Diletakkan Dalam Rumah

Jadi kepada anda yang masih keliru untuk memilih pokok hiasan yang sesuai dan cantik di dalam rumah, jom kami bantu anda.

Antaranya:

#1. Small Monstera

Sumber: X (Twitter)

Pokok hiasan ini juga dikenali sebagai ‘Keladi Monstera‘ atau ‘Cheese Plant’ disebabkan bentuk lubang-lubang pada daunnya seakan lubang pada keju.

Selain mampu tumbuh sehingga ketinggian 20 meter, tumbuhan jenis Monstera ini juga menggemari suhu sekitar 22 hingga 30 darjah Celcius. Walau bagaimanapun, pokok ini masih akan tumbuh dalam keadaan suhu yang sejuk, tetapi agak perlahan.

#2. Philodendron Selloum

Sumber: eBay/Daun.com

Tanaman Philodendron Selloum turut disebut sebagai ‘philodendron daun berpecah’ kerana faktor pembentukan daunnya yang berjarak.

Pokok ini akan tumbuh secara meluas dan memerlukan pasu yang agak besar untuk menyokong pertumbuhannya. Namun, Philodendron Selloum juga lebih mudah hidup dalam tanah yang lembap.

#3. Ficus Lyrata

Sumber: X (Twitter)

Selain dikenali dengan nama saintifik Ficus Lyrata, tumbuhan ini juga disebut sebagai Fiddle Fig kerana daunnya yang lebar seakan-akan daun pada Pokok Ketapang.

Tumbuhan ini amat mudah untuk dijaga kerana dikatakan tidak memerlukan pencahayaan yang banyak selain boleh mencapai ketinggian sehingga 15 meter.

#4. Ficus Elastica

Sumber: Leaf Stork/ Paling Horticulture

Ficus Elastica atau pokok getah adalah antara sejenis tanaman hiasan indoor yang popular dengan pemukaannya yang berlilin.

Pokok ini boleh membesar sehingga 50 kaki atau 15 meter. Tetapi kalau anda mahu mengawal tumbesaran tanaman ini, bolehlah meletakkan tumbuhan hijau berkenaan di dalam pasu yang lebih kecil untuk supaya pertumbuhan terhad.

#5. Zamioculcas Zamiifolia

Sumber: Bamboo Land

Tumbuhan ini juga dikenali sebagai ‘Pokok Ong’ atau ‘Pokok Duit’ yang berasal dari satu kawasan di Afrika dan boleh tumbuh subur di seluruh dunia. Zamioculcas Zamiifolia ini merupakan sejenis tanaman yang tahan lasak dan mampu menahan suhu tinggi serta mudah dijaga.

Untuk pengetahuan anda, pokok ini antara tumbuhan yang popular ketika sambutan Tahun Baru Cina kerana mereka menganggap tumbuhan ini boleh membawa tuah.


Tips Untuk Jaga Tanaman Indoor Dengan Baik

Walaupun tanaman indoor ini mudah dijaga, tetapi anda masih perlu memberi perhatian dari segi penjagaannya supaya tumbuhan berkenaan dapat hidup lebih lama.

Memetik PropertyGuru, antara tips tersebut adalah:

  • Memastikan aliran air pokok tersebut terjaga.
  • Tukar pasu apabila perlu.
  • Siram dengan air secukupnya.
  • Kemasan daun dan tanah.
  • Cantas daun-daun yang sudah mati.

Selain itu, semak juga tahap pencahayaan yang diperlukan untuk setiap pokok anda kerana ia mungkin berbeza.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rare Spesis Ni! Pokok Hopea Subalata Seakan Brokoli Hanya Ada Di Malaysia & Dijaga Oleh PBB

Baca Artikel Berkaitan: Kenali 4 Petanda Cendawan Beracun Yang Tak Boleh Dimakan, Berisiko Untuk Maut!

Baca Artikel Berkaitan: Pokok Di Sabah Keluarkan Logam & Saintis Percaya Boleh Selamatkan Alam Sekitar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd