Now Reading
Baju Merah Boleh Halau Roh Jahat? Ini 5 Lagi Kepercayaan Masyarakat Cina Semasa CNY

Baju Merah Boleh Halau Roh Jahat? Ini 5 Lagi Kepercayaan Masyarakat Cina Semasa CNY

Pakaian merah yang sering dipakai oleh masyarakat Cina sewaktu perayaan Tahun Baru bertujuan untuk mengahalau roh jahat selain membawa keberkatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum perayaan Tahun Baru Cina akan tiba tidak lama lagi iaitu pada 10 Februari. Kalau anda tengok di pusat membeli-belah pelbagai dekorasi meriah bertemakan zodiak haiwan naga telah tersedia.

Bukan itu sahaja, ahli keluarga juga sudah mula membeli persiapan dan dekorasi yang ingin dipamerkan dalam rumah masing-masing. Kalau anda nak tahu, sebenarnya terdapat maksud di sebalik aktiviti tersebut.


6 Maksud Di Sebalik Aktiviti Semasa Perayaan Tahun Baru Cina

Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, hari pertama pada tahun baru melambangkan titik permulaan nasib baru dalam kehidupan mereka.

Oleh disebabkan itu, perayaan tersebut diraikan dengan penuh adat resam serta mengikut kepercayaan dan pantang larang yang diamalkan oleh nenek moyang sejak turun-temurun.

Berikut kami kongsikan enam perkara dan sebab di sebalik persediaan sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang mungkin ramai di antara anda tidak tahu. Antaranya:

#1. Sibuk Kemas & Bersihkan Rumah

Jika anda perasan, menjelang Tahun Baru Cina, masyarakat Cina akan mula sibuk membersih dan mengemas rumah. Semua tingkap, lantai, malah setiap penjuru rumah akan disapu, dicuci serta disental sehingga ia benar-benar bersih. Ia adalah untuk memastikan segala kekotoran degil dan habuk hilang.

Bukan itu sahaja, kain langsir juga akan ditukar baru selepas rumah siap dibersihkan. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, perkara itu dilakukan bagi membuang semua nasib malang dan bersedia untuk menyambut nasib yang baik.

Malah, penyapu juga akan disorok daripada pandangan mata supaya nasib yang baik akan tiba dan tidak disapu keluar dari rumah.

Kalau nak tahu, mencuci rambut juga dielakkan pada hari pertama tahun baru kerana ia membawa maksud membuang segala nasib baik yang bakal diterima pada hari berkenaan.

Sumber: CNA Lifestyle
#2. Langsaikan Hutang Sebelum Masuk Tahun Baru Cina

Jika seseorang itu mempunyai hutang dengan individu lain, ia perlu dilangsaikan sebelum masuk hari pertama Tahun Baru Cina. Perkara tersebut dilakukan bagi memastikan seseorang itu tidak dikelilingi hutang sepanjang tahun baru.

Selain itu, bekas menyimpan beras pula akan diisi dengan penuh. Manakala kertas merah tercetak aksara ‘满‘ dalam bahasa Mandarin yang membawa maksud penuh akan ditampal di hadapan bekas menyimpan beras tersebut. Ia membawa maksud rezeki yang tidak akan terputus sepanjang tahun.

Sumber: Freepik
#3. Setiap Hiasan Ada Maksud Tersendiri

Perhiasan:

Perhiasan dikatakan boleh membawa keberkatan jika dipasang beberapa hari sebelum menjelangnya Tahun Baru Cina. Selain dua biji tanglung merah, kain riben merah, hiasan seni guntingan kertas mengikut bentuk perkataan yang membawa tuah dan keberkatan juga dilekat pada dinding dalam rumah.

Sementara itu, kertas perhiasan berwarna merah yang disaluti dengan warna emas dengan cetakan aksara “” dalam bahasa Mandarin bererti tuah dipamerkan di sekitar rumah dan pintu besar.

Pokok-pokok:

Pokok limau dipercayai akan mendatangkan lebih banyak keuntungan, rezeki dan kekayaan melimpah-ruah. Dalam bahasa Kantonis, pokok limau dipanggil ‘kam‘ yang membawa maksud emas dan simbol kekayaan serta keuntungan. Manakala nanas turut membawa unsur positif dan dipanggil ‘wong lai‘ yang bermaksud ‘ong lai‘ atau tuah.

Bunga-bungaan:

Bunga teratai dan kekwa merah dan kuning membawa simbolik harapan, aman damai dan ketenangan. Ianya sering menjadi pilihan di kalangan masyarakat Cina.

Sumber: Pexels
#4. Kumpul Dengan Keluarga Pada Malam Tahun Baru

Malam sebelum Tahun Baru Cina merupakan waktu yang jauh lebih penting berbanding hari pertama perayaan tersebut. Malam tersebut diluangkan bersama untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga yang sudah lama tidak berjumpa.

Kepercayaan masyarakat Cina mengatakan semua perkara tidak baik akan berakhir sewaktu acara makan malam besar berlangsung.

Bahkan amalan itu akan menyebabkan anak-anak mendapat pahala. Malah, usia ibu bapa juga akan dipanjangkan oleh Tuhan kerana ketaatan anak-anak.

Seterusnya, baju merah akan dipakai bertujuan untuk menghalau roh jahat selain membawa keberkatan dan kesejahteraan seseorang. Memakai pakaian baru juga merupakan simbolik permulaan hidup baru dengan penuh harapan.

Sumber: Herald Malaysia
#5. Hidangan Besar Ada Maksud Di Sebaliknya

Hidangan makan besar merupakan simbolik masyarakat Cina. Setiap hidangan akan dihidangkan mewakili harapan dan keinginan yang ingin dikecapi pada tahun baru. Oleh disebabkan itulah setiap makanan membawa maksud positif serta penuh dengan kebaikan. Contohnya:

Yee Sang:

Hidangan wajib adalah Yee Sang. Ia melambangkan simbol kemewahan, penyatuan dan kemurahan rezeki yang bakal diperoleh sepanjang tahun. Dalam Kantonis, ‘Yee‘ bermaksud ikan yang turut membawa erti kekayaan berkekalan dan ‘Sang‘ merujuk kepada mentah, hidup dan kebangkitan.

Lou hei bermakna menggaul naik. Perkataan lou sang dan lou hei aaa… dalam bahasa Kantonis akan disebut dengan suara yang tinggi dan berulang kali dengan harapan ia dapat memberi kesihatan baik, kemakmuran serta kemewahan hidup yang lebih baik. Semakin tinggi yee sang itu digaul dan diangkat tinggi, maka kesihatan akan menjadi semakin baik. Kemakmuran dan kemewahan juga akan dikurniakan pada tahun tersebut.

Ikan/Yue:

Hidangan ini membawa maksud lebihan bekalan yang masih ada di hujung tahun juga mesti disediakan. Masyarakat Cina percaya lebihan tersebut akan bertambah dengan banyak pada tahun berikutnya.

Daun udang/Chung:

Hidangan ini membawa maksud kebijaksanaan dan saderi atau sai kan membawa maksud kerajinan. Sajian kuih bakul yang juga dikenali sebagai kuih tahunan atau nin koh dalam bahasa Kantonis memberi simbolik kepada pencapaian pada tahap yang cemerlang pada tahun mendatang.

Sumber: Fodors Travel Guide
#6. Mercun Dibakar Untuk Hilangkan Nasib Malang & Puaka

Bunyi mercun kuat yang akan membingitkan telinga penduduk perumahan dipercayai akan menghalau segala nasib malang, menolak bala serta mengusir puaka keluar dari kawasan rumah.

Selepas selesainya pembakaran mercun, segala tuah dan peristiwa ria akan datang melimpah-ruah.

Sumber: Pexels

Pasti ramai di antara anda yang baru tahu kan maksud di sebalik aktiviti sebelum dan semasa Tahun Baru Cina ini?

Buat mereka yang akan menyambut perayaan tersebut tidak lama lagi, kami dari TRP mengucapkan Selamat Tahu Baru Cina, Gong Xi Fa Cai. Semoga sambutan kali ini lebih meriah dengan insan tersayang.

Baca Artikel Berkaitan: CNY Tak Lama Lagi, Ini 8 Cadangan Hadiah Menarik Untuk Ahli Keluarga

Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Raih Tempat Ke-3 Destinasi Paling Popular Untuk Tahun Baru Cina

Baca Artikel Berkaitan: Suria KLCC Tampil Dengan Replika Naga 3D Sempena Tahun Baru Cina Tahun Ini


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd