Now Reading
CNY Tak Lama Lagi, Ini 8 Cadangan Hadiah Menarik Untuk Ahli Keluarga

CNY Tak Lama Lagi, Ini 8 Cadangan Hadiah Menarik Untuk Ahli Keluarga

Pemberian hadiah kepada ahli keluarga atau rakan-rakan semasa Tahun Baru Cina dipercayai bakal membawa rahmat dan berkat untuk tahun hadapan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tahun Baru Lunar yang juga dikenali sebagai Festival Musim Bunga adalah sebuah perayaan ‘pembaharuan’. Itulah sebabnya mengapa sesuatu perjumpaan amat penting kerana ia adalah cara untuk memperbaharui hubungan sesama ahli keluarga.

Seperti kebiasaannya, pertukaran hadiah antara satu sama lain akan dilakukan semasa perayaan berlangsung kerana pemberian itu dipercayai akan membawa tuah dan berkat.


8 Pilihan Hadiah Tahun Baru Cina Buat Insan Tersayang

Berikut kami senaraikan beberapa pilihan hadiah terbaik yang anda boleh berikan kepada insan tersayang bagi menyambut Tahun Naga dengan lebih meriah! Antaranya:

#1. Bakul Buah
Sumber: AfterRainFlorist & Freepik.

Memandangkan aspek kesihatan diutamakan pada perayaan tersebut, maka memberikan sebakul buah sebagai hadiah amatlah dialu-alukan.

Anda boleh menjadikan hadiah itu lebih bermakna dengan meletakkan buah-buahan yang mempunyai makna simbolik seperti nanas, buah limau dan buah naga. Buah nanas bermaksud nasib baik, buah limau menandakan kelimpahan dan perpaduan keluarga manakala buah naga pula adalah simbol kecantikan serta tuah.

#2. Coklat
Sumber: Venchi MY

Coklat merupakan satu lagi hadiah hebat yang boleh diberikan kepada ahli keluarga kerana hidangan manis yang dikongsi melambangkan ‘tahun manis’ bakal dilalui pada masa hadapan.

Jenama Venchi telah mengeluarkan koleksi hadiah edisi terhad yang menampilkan coklat Chocoviar, Gianduiotti, Granblend dan Cremini.

Pembungkusan coklat berwarna-warni dan corak bunga itu pula menunjukkan simbol kepada permulaan baharu dan sambutan yang sempurna ketika Tahun Naga.

#3. Set Teh
Sumber: Freepik

Minum teh adalah aspek penting dalam budaya masyarakat Cina. Hal ini kerana, teh dipercayai membawa manfaat kesihatan seperti menyejukkan atau menyingkirkan toksin dari badan.

Oleh disebabkan itu, memberi seseorang set teh tradisional yang cantik merupakan pilihan yang sangat baik. Antara jenis teh yang boleh dipertimbangkan bagi melengkapkan set hadiah tersebut ialah seperti teh seperti pu-erh, oolong dan teh bunga.

#4. Deko Tema Tahun Baru Lunar
Sumber: Lego

Memberikan hiasan deko bertema Tahun Baru Luna kepada seseorang seperti skrol kaligrafi naga yang elegan serta ucapan selamat boleh meningkatkan seri dan menceriakan kediaman mereka.

Jika ia adalah untuk keluarga atau sekumpulan rakan, anda boleh mendapatkan mana-mana set permainan Lego yang bertemakan Tahun Baru Lunar Lego yang tersedia di pasaran.

Lego mempunyai pelbagai set menggambarkan perjumpaan seisi keluarga, ‘pokok wang’ yang memaparkan buah oren mandarin dan juga ‘Naga Bertuah’.

#5. Tumbuhan Bertuah
Sumber: Fail TRP

Tumbuhan pasu seperti tumbuhan buluh bertuah, kalanchoe, succulents matahari terbit dan tumbuhan jed dipercayai membawa tuah, nasib baik serta kemakmuran.

Tumbuhan bertuah itu juga berfungsi sebagai hiasan rumah yang unik dan pasti akan menggembirakan hati penerima lebih-lebih lagi jika dia ialah pencinta pokok tumbuhan.

#6. Pakej Penjagaan Kesihatan dan Relaksasi
Sumber: Fail TRP

Selepas tergesa-gesa membuat persiapan untuk perayaan, pasti ahli keluarga atau kenalan anda akan berasa kepenatan. Oleh disebabkan itu, anda boleh memberikan sesuatu hadiah yang menggalakkan seseorang untuk berehat dan tenangkan fikiran.

Hadiah yang paling sesuai dengan tema itu adalah seperti baucar spa, urut atau pakej meditasi. Dengan pakej tersebut, ia boleh membantu orang tersayang berehat dan bersedia dengan permulaan yang ‘segar’ pada tahun hadapan.

#7. Barang Kemas
Sumber: Zalora & Lazada

Barang kemas adalah hadiah paling sesuai buat mereka yang suka bergaya. Anda boleh memeriahkan majlis itu dengan menghadiahkan kenalan terdekat dengan barangan kemas unik bertemakan haiwan zodiak atau tahun kelahiran mereka.

Jika anda tidak pasti tentang zodiak masing-masing, anda boleh belikan sahaja barang kemas bertema naga kerana ia melambangkan Tahun Naga. Aksesori zodiak itu boleh dijadikan sebagai rantai, azimat, ataupun gelang.

#8. Jam Tangan
Sumber: G-Shock

Jika penerima tidak terikat dengan pantang larang, jam tangan boleh dijadikan sebagai hadiah terbaik buat mereka. Anda juga boleh ‘personalised’ hadiah itu dengan menempah ukiran naga di belakang jam tangan tersebut.

Jenama G-Shock mempunyai rangkaian jam tangan yang diilhamkan daripada naga emas (MTG-B3000CXD). Bezel dan gelung jenama jam tangan ditutup dengan ‘motif skala naga emas’.

Motif skala naga itu juga dicetak pada bahagian dial dengan warna gelap berserta ukiran naga megah di belakang sarung untuk menandakan kejayaan dan tahun yang baik.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd