Now Reading
Penuntut UMK Raih Keuntungan 6 Angka Hanya Dengan Jual Mi Sotong Segera!

Penuntut UMK Raih Keuntungan 6 Angka Hanya Dengan Jual Mi Sotong Segera!

Penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Syed Muhammad telah berjaya meraih keuntungan tinggi selepas membuka perniagaan produk mi sotong segera menggunakan resepi asli ayahnya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keinginan untuk berjaya pastinya diimpikan oleh setiap individu tidak kiralah golongan tua atau muda.

Namun bagi merealisasikan cita-cita tersebut, pelbagai pengorbanan dan usaha gigih perlu dilakukan. Seperti peribahasa Melayu yang berbunyi, “Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mendapat sagu.”

Situasi itu boleh dilihat melalui kisah seorang penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) apabila dia telah menjadi tumpuan ramai selepas mendapat untung jualan lebih enam angka daripada perniagaan yang dijalankan.


Penuntut UMK Raih Untung Lumayan Lepas Jual Produk Mi Sotong Segera

Syed Muhammad Hafiz Seeni Mohd, 23, telah menjadi inspirasi kepada orang ramai di luar sana kerana memperoleh pendapatan lumayan sejak usia muda dengan hanya menjual produk mi sotong segera.

Kalau anda nak tahu, hasil jualan produk berkenaan telah merekodkan keuntungan lebih RM100,000 dalam tempoh setahun sejak 2021.

Menurut pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Bioindustri) di UMK Kampus Jeli itu, perniagaan mi sotong yang diusahakan tersebut menggunakan resipi asli milik ayahnya.

Memetik sumber Sinar Harian, titik permulaan bisnes itu bermula apabila dia mengikut dan menolong ayah berniaga di kaki lima setiap hari sejak umurnya sembilan tahun.

Walaupun mempunyai pelbagai kelayakan berprestij daripada universiti, namun dia berkeras untuk membantu bapanya dalam bidang perniagaan lebih-lebih lagi semenjak wabak Covid-19 melanda pada tahun 2020.

Sama seperti kebanyakan perniagaan yang lain, bisnes kecil keluarga Syed Muhammad juga terkesan dengan teruk akibat kekurangan pelanggan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan oleh pihak kerajaan.

Sumber: Facebook

Penggunaan Teknologi Retort Membuahkan Hasil

Oleh disebabkan cabaran yang ditempuhi oleh keluarga semasa pandemik, Syed Muhammad terpaksa mencari inisiatif lain bagi memastikan sumber pendapatan mereka tidak terhenti.

Tambahnya, bermula dari ujian itulah dia telah bangkit dengan melaksanakan transformasi perniagaan makanan segera melalui teknologi retort.

“Melihat keperitan dan kesusahan ayah meniaga di tepi jalan bagi menyara keluarga telah mendorong saya untuk mengubah nasib keluarga dengan menukar sistem perniagaan street food kepada teknologi retort,” katanya.

Syed menjelaskan bahawa inovasi tersebut dapat memperkenalkan makanan dan minuman istimewa Pulau Mutiara agar boleh dinikmati oleh pelanggan tanpa perlu bersusah payah singgah ke Pulau Pinang.

Sumber: Facebook

Pelajar UMK Tak Sangka Ramai Sokong Perniagaan Mi Sotong Segera

Dengan bermodalkan wang simpanan sendiri dan pendapatan yang diperoleh dari keuntungan berniaga mi sotong di tepi jalan, karnival keusahawanan, kiosk niaga dalam kampus universiti serta bantuan geran perniagaan dari agensi keusahawanan, Syed Muhammad telah berjaya mengendalikan perniagaannya sendiri.

“Saya tidak menyangka perniagaan ini mendapat sambutan luar biasa dari pelanggan kerana asalnya menggoreng mi dalam kuali. Kini berjaya memperkenalkan mi sotong segera (teknologi retort),” jelasnya.

Bisnes miliknya itu juga telah berdaftar dengan Syarikat Siswa Universiti (SSU) di bawah Institut Keusahawanan UMK (UMKEI).

Malah, dia tidak terfikir bahawa orang ramai bakal memberikan sokongan terhadap bisnesnya.

Syed Muhammad yang merupakan pemilik dan pengasas kepada syarikat Seeni Food & Beverages Sdn Bhd dalam masa sama bercita-cita untuk membangunkan produk mi sotong segera ke peringkat antarabangsa seperti di Korea Selatan.

Tahniah Syed Muhammad! Usia muda pun sudah berjaya, semoga Seeni Food & Beverages Sdn Bhd semakin dikenali ramai pada masa akan datang.

Sumber: Facebook

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rakyat Malaysia Jual Sate Di Australia, Raih Jualan Hingga 400 Batang Dalam Tempoh 3 Jam

Baca Artikel Berkaitan: Local Student Earns RM100K In Just Two Weeks From Selling Clothes 

Baca Artikel Berkaitan: Gadis 12 Tahun Dari Malaysia Hasilkan Kek Satay Dalam Rancangan Junior Bake Off


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd