Now Reading
Pavilion Damansara Heights Kini Dibuka Hari Ini, 9 Oktober

Pavilion Damansara Heights Kini Dibuka Hari Ini, 9 Oktober

Pintu masuk utama Pavilion Damansara Heights dihias dengan 2,888 teknologi kristal kaca Murano yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka, Lightsculptures.

pavilion damansara heights (5)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Penantian warga Damansara berakhir apabila pusat membeli-belah Pavilion Damansara Heights kini secara rasminya telah dibuka pada hari ini, 9 Oktober kepada masyarakat umum pada fasa pertamanya.

Pembukaan fasa pertama ini akan menyajikan sekitar 100 jenis perniagaan pada penghujung Oktober ini.


Keistimewaan Pavilion Damansara Heights

Pavilion Damansara Heights ini mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila pintu masuk utama dihias dengan 2,888 teknologi kristal kaca Murano yang dihasilkan oleh syarikat terkemuka, Lightsculptures.

Juga dikenali dengan nama ‘Pavilion Crown’, dinding bangunan yang menghadap ke arah jalan raya atau disebut sebagai ‘facade’ dibina dengan kaca kitar semula, selaras hasrat pusat membeli-belah ini yang menyokong pembangunan ‘hijau’.

Sumber: Pavilion Damansara Heights
Sumber: Murni Azman/ TRP

Ketua Pegawai Eksekutif (Retail) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Datuk Joyce Yap berkata bahawa pihak mereka yakin untuk memperkenalkan fasa satu pusat membeli-belah berkenaan selepas melihat kepada faktor ketersambungan kawasan yang bertambah baik dan musim perayaan yang semakin hampir.

Suku keempat tahun 2023 kebiasaannya akan menyaksikan peningkatan dalam jualan runcit apabila menjelang musim perayaan pada akhir tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif (Retail) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd Datuk Joyce Yap.

Selain boleh membeli-belah, Pavilion Damansara Heights turut mempunyai bangunan korporat dan tempat tinggal yang boleh memuatkan 26,000 orang.

Beliau juga optimis untuk pertumbuhan selanjutnya pada tahun 2024 memandangkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia yang positif sebanyak 4.3% oleh Bank Dunia.

Sumber: Pavilion Damansara Heights
Sumber: Pavilion Damansara Heights

Pavilion Damansara Heights Mudah Diakses

Orang ramai yang bercadang untuk berkunjung ke Pavilion Damansara Heights ini tidak perlu risau jika pusat membeli-belah ini sukar untuk diakses kerana ia dibina berhampiran dengan pelbagai lebuh raya seperti:

  • Lebuhraya Persekutuan
  • Lebuhraya SPRINT
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE)
  • Lebuhraya Damansara- Puchong (Penchala)
Sumber: Pavilion Damansara Heights

Jika anda mahu menaiki pengangkutan awam pun boleh kerana Pavilion Damansara Heights ini berhampiran dengan MRT Pusat Bandar Damansara laluan Kajang-Sungai Buloh.

Apa tunggu lagi, jom ke Pavilion Damansara Heights. Boleh cuci mata melihat barangan dan kedai terbaharu di sana.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd