Now Reading
Ini 10 Destinasi Pilihan Rakyat Msia Di Google Flight & Tips Pilih Masa Terbaik Beli Tiket Penerbangan

Ini 10 Destinasi Pilihan Rakyat Msia Di Google Flight & Tips Pilih Masa Terbaik Beli Tiket Penerbangan

Data harga sejarah di Google Flights menunjukkan untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia, pihak Google mendapati bahawa harga biasanya paling rendah dalam tempoh 4 hingga 5 bulan, dengan purata harga menurun 139 hari sebelum berlepas.

10 destinasi teratas untuk rakyat Malaysia

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia dan bercuti memang tidak dapat dipisahkan. Pantang ada cuti umum, pasti ada sahaja destinasi yang ingin dituju. Tak kiralah dalam negara atau luar negara, bak kata pepatah; Jauh perjalanan, luas pandangan.

via GIPHY

Jadi, kalau nak bercuti untuk ‘rejuvenate’, memang patut pun. 🙂

Artikel Berkaitan: Club Med Cherating Tawar Aktiviti Di Resort, Sesuai Untuk Percutian Yang Tenang!


Google Flight

Jika anda sedang mencari inspirasi untuk destinasi percutian seterusnya, anda hanya perlu mencarinya di Google Flights iaitu alat yang boleh membantu anda meneroka destinasi dan menjejak harga untuk mencari dan menempah penerbangan.

Menurut laporan Google, mereka telah menganalisis destinasi yang menyaksikan jumlah pertanyaan tertinggi di Google Flights untuk bulan Jun hingga Ogos 2023.

Sumber: Siti Murni/TRP

Antara 10 destinasi teratas untuk rakyat Malaysia adalah:

  1. Tokyo, Jepun
  2. Bangkok, Thailand
  3. London, United Kingdom
  4. Taipei City, Taiwan
  5. Denpasar, Indonesia
  6. Kota Kinabalu, Malaysia
  7. Langkawi, Malaysia
  8. Seoul, Korea Selatan
  9. Kuala Lumpur, Malaysia
  10. Osaka, Jepun

Mengulas lanjut, Nick Drew selaku Ketua Industri Pelancongan, Google Malaysia menyatakan, “Dengan munculnya kembali keinginan melancong dalam kalangan para pelancong, Google Flights memberi kami gambaran tentang tempat-tempat yang difikirkan oleh rakyat Malaysia sempena cuti musim panas mereka yang akan datang.

“Kami mendapati bahawa para pelancong lebih sukakan destinasi APAC, dan destinasi teratas mereka adalah Tokyo, Jepun. Malah, daripada sepuluh destinasi teratas, 9 berada dalam APAC dan tiga daripadanya adalah domestik.”


Masa Terbaik Untuk Menempah Penerbangan Dari Malaysia

Persoalan yang sering menjadi tanda-tanya adalah; Bila masa yang sesuai untuk menempah tiket penerbangan?

via GIPHY

Dengan melihat data harga sejarah di Google Flights untuk penerbangan yang berlepas dari Malaysia, pihak Google mendapati bahawa harga biasanya paling rendah dalam tempoh 4 hingga 5 bulan, dengan purata harga menurun 139 hari sebelum berlepas.

“Tetapi, perlu diingatkan bahawa corak ini mungkin tidak tepat untuk laluan khusus pelancong, jadi perancangan dan tempahan awal biasanya merupakan idea yang baik.

“Dengan Google Flights, para pelancong boleh menetapkan notifikasi harga supaya mereka boleh dimaklumkan apabila harga penerbangan yang mereka minati turun ke bawah paras harga tertentu, dan ini boleh membantu menjimatkan sedikit wang tambahan yang boleh dibelanjakan semasa mereka melancong,” tambah Nick Drew.


Asia Adalah Destinasi Paling ‘Panas’

Jika anda terfikir untuk melancong ke destinasi yang berbeza dari rakyat Malaysia, berikut merupakan destinasi teratas yang dicari oleh pelancong Asia Pasifik iaitu:

  • Jepun.
  • Thailand.
  • Amerika Syarikat.
  • United Kingdom.
  • Korea Selatan.

Untuk rekod, populariti negara matahari terbit tidak dapat dinafikan lagi apabila telah muncul sebanyak 22 kali dalam senarai sepuluh teratas negara yang dikaji oleh Google, serta menduduki tempat teratas dalam tujuh daripadanya.

“Jepun, Thailand dan Korea Selatan menduduki lima tempat teratas, tidak hairanlah Asia Pasifik merupakan rantau teratas untuk para pelancong – 70% daripada destinasi yang ingin dilawati oleh mereka pada musim panas ini berada dalam rantau ini.

“Daripada jumlah ini, satu pertiga adalah ke Asia Tenggara, dengan Bangkok muncul sebagai bandar teratas, diikuti oleh Bali dan Singapura, satu tanda bahawa para pelancong menantikan pantai yang cerah, bandar yang meriah dan makanan yang menakjubkan.”


Lokasi Popular Untuk Dikunjungi Dalam Malaysia

Sumber: Siti Murni/TRP

Selain daripada perkunjungan pada musim panas, data Google juga mendapati perjalanan masuk teratas pada suku pertama 2023 – lawatan bukan pemastautin ke Malaysia adalah dari Singapura, Australia dan Indonesia.

Dan jika anda tertanya-tanya ke mana mereka akan tuju? Berkemungkinan juga salah satu tempat berikut:

Berikut pula merupakan senarai pantai, taman dan muzium popular berdasarkan pantai, taman dan muzium awam yang mempunyai permintaan arah dan interaksi terbanyak di Google Maps antara 20 Februari 2022 hingga 21 Mac 2023.

#1. 5 Pantai Awam Popular Teratas

  1. Pantai Pengkalan Balak Melaka
  2. D’Aur Beach Resort
  3. Pantai Tanjung Biru
  4. Pantai Batu Hitam Kuantan
  5. Pantai Batu Layar, Kota Tinggi 

#2. 5 Taman Popular Teratas

  1. Taman KLCC 
  2. Taman 99 Wonderland
  3. Taman Saujana Hijau Putrajaya 
  4. Anjung Floria
  5. Taman Rekreasi Gunung Lang

#3. 5 Muzium Popular Teratas

  1. Muzium Negara
  2. Rumah Agam Peranakan Pulau Pinang
  3. Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia
  4. Muzium Budaya Borneo
  5. Muzium Wonderfood

Artikel Berkaitan: Langkawi Diiktiraf Sebagai Pulau Percutian Terbaik Di Malaysia

Artikel Berkaitan: Sunway Resort Hotel Tawar Percutian Bersama Keluarga Dengan Pakej Menarik


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd