Now Reading
Club Med Cherating Tawar Aktiviti Di Resort, Sesuai Untuk Percutian Yang Tenang!

Club Med Cherating Tawar Aktiviti Di Resort, Sesuai Untuk Percutian Yang Tenang!

Club Med Cherating merupakan tempat peranginan pantai keluarga yang terletak di tengah-tengah hutan seluas 80 hektar, sesuai untuk mereka yang mahukan pengembaraan hutan dan percutian spa yang tenang di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Percutian yang tenang adalah penting untuk menjana daya kreativiti minda seseorang itu. Ini bermakna, apabila anda keluar daripada ‘comfort-zone’, minda anda automatik akan menjadi semakin kreatif.

Sebab itulah jika ingin membangunkan rangkaian neural di dalam otak yang mencetus idea baharu, anda disarankan untuk keluar daripada zon selesa itu.

Dapat rileks pun ya juga.


Melancong Dalam Negara.

Umum sedia maklum bahawa industri pelancongan Malaysia telah terjejas teruk disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekitar dua tahun lalu. Oleh itu, pihak kerajaan telah menyarankan untuk masyarakat di seluruh negara untuk melancong di dalam negara.

Antara faedah yang boleh didapati ketika melancong dalam negara adalah:

  • Dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi tempatan.
  • Mengenali budaya serta warisan negara sendiri.
  • Menjimatkan masa dan kos.
  • Mudah untuk berkomunikasi.
  • Mengeratkan hubungan kekeluargaan serta rakan terdekat.

Dan seperti yang kita lihat, kebanyakan rakyat Malaysia lebih banyak menggunakan masa lapang di hujung minggu untuk melancong ataupun melakukan ‘short-trip’ ke kawasan peranginan seperti pantai, kawasan air terjun, malah menjamu selera atau ‘food-hunting’ di kedai/restoran yang viral.

Tapi, tahukah anda, ada satu lokasi yang boleh anda tuju di mana ia membolehkan anda melakukan kesemua aktiviti-aktiviti tersebut hanya di satu tempat sahaja?

Makan boleh, aktiviti air pun boleh, nak ‘healing’ pun ada lokasi best. Yang penting, boleh ‘unplugged’ seketika. Telefon pun tak perlu check setiap masa!


‘Unplugged’ Dari Dunia Luar Di Club Med, Cherating.

Sumber: Siti Murni/TRP

Lokasi tersebut adalah di Club Med, Cherating, Pahang.

Sebelum itu, kami akan menceritakan serba sedikit tentang apa yang ditawarkan oleh Club Med Cherating ini. Barulah rasa ‘excited’ sikit untuk anda yang nak pergi nanti!

Club Med Cherating merupakan tempat peranginan pantai keluarga yang merangkumi semua ini terletak di tengah-tengah hutan seluas 80 hektar, sesuai untuk pengembaraan hutan dan percutian spa yang tenang di Malaysia.

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Anda boleh bersiar-siar di bangunan jati tradisional, bersantai dengan bunyi lautan sambil menikmati urutan di pagoda terbuka di tepi laut. Layan, kan?!

Dan di Club Med Cherating ini ada juga tempat yang diberi nama ‘Zen Oasis’ di mana anda boleh menikmati pemandangan Laut China Selatan di kolam zen (untuk golongan dewasa sahaja).

Sumber: Siti Murni/TRP

Jika duduk kolam zen itu, anda boleh tertidur sambil baring di sofa dan dalam masa sama melayan angin pantai yang amat menyegarkan!

Sumber: Siti Murni/TRP

Aktiviti, Kemudahan & Makanan ‘All-Inclusive’ Hanya Di Club Med Cherating.

Sebagai perintis percutian premium semua termasuk (all-inclusive), Club Med mempunyai sejarah untuk menyatukan keluarga, terutamanya di pusat peranginan pertama yang ditubuhkan di Asia iaitu Club Med Cherating.

Ia membantu mereka mencipta kenangan yang kekal seumur hidup melalui program inovatif yang mencabar dan mentakrifkan semula maksud percutian keluarga.

Hanya tiga jam pemanduan dari Kuala Lumpur, Club Med Cherating adalah destinasi yang sempurna untuk percutian keluarga berbilang generasi kerana ia menawarkan percutian tanpa kerumitan ke alam semula jadi.

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Club Med Cherating juga menyediakan kemudahan, aktiviti dan program yang memenuhi keperluan tetamu dari semua peringkat umur.

Mereka yang melancong dalam kumpulan besar juga akan menikmati Club Med Cherating kerana konsep merangkumi semua bermakna percutian tanpa kerumitan sebaik sahaja mereka mendaftar masuk kerana semuanya termasuk dalam pakej iaitu:

  • Penginapan.
  • Makan sepanjang hari.
  • Sukan terpilih dan pelbagai aktiviti lain.
  • Hiburan siang dan malam.
  • Penjagaan kanak-kanak untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas bertujuan membolehkan tetamu menikmati sepenuhnya pengalaman percutian Club Med.
Sumber: Siti Murni/TRP

Apa yang lebih memudahkan percutian anda di Club Med ini adalah dengan adanya bantuan Club Med’s Gentils Organisateurs (GO) – di mana mereka ini sentiasa gembira untuk membantu keluarga memaksimumkan percutian di Club Med Cherating.

Pendek kata, bermula dari anda sampai di lobi, anda hanya turunkan bagasi daripada kenderaan, dan GO akan mulai mengambil dan menjaganya di lobi sementara menunggu anda kembali ke lobi untuk proses ‘check-in’.


Mini Club Med + Diperkenalkan.

Selaras dengan usaha untuk memastikan pengalaman memuaskan untuk kanak-kanak semasa bercuti, Club Med Cherating menampilkan Mini Club Med + baharunya iaitu evolusi kanak-kanak yang disanjung tinggi.

Kelab yang dahulunya dikenali sebagai Mini Club Med®, menonjolkan rangka kerja berasaskan sains serba baharu diilhamkan oleh Positive Education.

Ia dibangunkan dengan kerjasama Profesor Ilona Boniwell, seorang Pakar dalam Psikologi Positif & Pendidikan Positif dan peneraju dunia dalam bidang Psikologi Positif.

Rangka kerja baharu itu membantu meningkatkan kesejahteraan dan perkembangan diri kanak-kanak dengan meningkatkan kemahiran insaniah penting seperti kecerdasan emosi dan kebolehsuaian di mana akan membantu mereka berkembang dalam mana-mana persekitaran.

Melalui Mini Club Med +, kanak-kanak boleh menemui kekuatan watak mereka yang unik, berkisar pada enam C iaitu:

  1. Creativity.
  2. Cooperation.
  3. Courage.
  4. Connection.
  5. Cheerfulness.
  6. Confidence.

Ibu bapa boleh berhubung semula dengan anak-anak mereka melalui ‘Amazing Family’ iaitu program yang menggalakkan ikatan kekeluargaan melalui agenda aktiviti mingguan dan menyeronokkan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Diiringi oleh Gentils Organisateurs (G.Os) yang mesra, setiap aktiviti dalam program ini dijamin dapat mendekatkan semua orang terutamanya melalui aktiviti deria dan menghargai kepelbagaian alam semula jadi sebagai sebuah keluarga.

Mereka yang ingin menganjurkan acara besar untuk keluarga dan rakan-rakan juga boleh mempertimbangkan untuk ke Club Med Cherating, di mana konsep dan tawaran yang unik boleh membantu menganjurkan majlis serta menjadikannya kenangan untuk semua.

Sumber: Siti Murni/TRP

Sama ada majlis perkahwinan, ulang tahun atau perjumpaan keluarga, team Club Med Resort sentiasa bersedia untuk membantu dalam setiap butiran.

Mereka yang menginginkan eksklusiviti juga berpeluang untuk menyewa keseluruhan resort supaya percutian dikelilingi oleh wajah yang dikenali dan jadual yang dikhususkan (personalized) untuk anda dan tersayang sahaja.


‘Escape To Nature’ Di Club Med Cherating.

Resort ini menawarkan pemandangan alam semula jadi yang menakjubkan, terletak di kawasan percutian hutan tepi laut seluas 85 hektar yang menawarkan pengembaraan penuh keseronokan keluarga ke alam liar.

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Sama ada golongan dewasa atau kanak-kanak, tetamu boleh menikmati ruang dan aktiviti dalam kawasan resort, seperti:

  1. ‘Leisure-seekers’: Nikmati yoga pagi, tenggelamkan diri anda dalam ketenangan di Kolam Zen khusus orang dewasa sambil menikmati matahari terbenam menakjubkan, atau terokai ‘hidden gems’ di kawasan resort.
  2. ‘Adrenaline-hunters’: Anda boleh mencuba trapeze terbang yang terkenal dan lepaskan kemahiran akrobatik anda, dekati alam semula jadi dengan mendaki atau nikmati sukan lain yang memacu adrenalin seperti memanah, tenis, mendaki batu dan sailing.

The Turtle Conservation Society.

Sumber: Siti Murni/TRP

Club Med Cherating juga komited untuk berkongsi nilai mereka tentang pemeliharaan biodiversiti dengan bekerjasama dengan The Turtle Conservation Society.

Ia merupakan organisasi bukan kerajaan (non-profit) pertama yang berdedikasi untuk pemuliharaan populasi penyu liar di Malaysia.

Sumber: Siti Murni/TRP

Kerjasama itu telah menghasilkan program yang direka khas sesuai untuk seisi keluarga dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang salah satu haiwan yang paling terancam di negara ini.

Sumber: Siti Murni/TRP

Antara aktiviti interaktif yang mendidik dan menyeronokkan adalah seperti:

  1. Bengkel pembuatan sabun dan losyen mesra alam, di mana anda boleh mempelajari tentang bagaimana produk rumah boleh menjejaskan habitat penyu dan haiwan laut lain. Golongan dewasa dan kanak-kanak akan gembira kerana mereka bukan sahaja dapat membawa pulang kemahiran baru, tetapi juga produk yang dibuat di bengkel sebagai cenderahati.
  2. Pameran mini spesimen penyu yang bermaklumat serta ceramah interaktif untuk mengetahui lebih lanjut tentang kepentingan biodiversiti dan populasi penyu sedia ada di rantau kita.
  3. Aktiviti bertema yang sesuai untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur seperti mewarna, origami dan permainan.

Seronok, kan?

Kalau anda rasa berminat untuk menempah percutian bersama keluarga dan yang tersayang di Club Med Cherating, boleh ‘check out’ pakej yang ada DI SINI.

  • Lokasi: 29th Mile, Jalan Kuantan-Kemaman Kuantan, Malaysia 25710.
  • Nombor Telefon: 60 9-581-9133.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd