Now Reading
Digital Nomad, Ini 6 Kafe Untuk Anda ‘Remote’ Di Pavilion Bukit Jalil

Digital Nomad, Ini 6 Kafe Untuk Anda ‘Remote’ Di Pavilion Bukit Jalil

Kalau korang jenis yang tak boleh duduk buat kerja di rumah lama-lama, boleh cuba lokasi-lokasi kafe yang kami senaraikan di Pavilion Bukit Jalil ini untuk ‘remote’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Bekerja secara ‘remote’ sememangnya memberikan kebebasan, keselesaan, serta flesibiliti untuk seseorang yang dikenali sebagai ‘digital nomad’. Ini kerana kalau terperangkap terlalu lama di dalam rumah, boleh jadi ‘cabin fever‘ pula.

Sebab itulah semakin ramai individu yang lebih suka untuk bekerja dari luar secara ‘remote’. Kadangkala, duduk di sesuatu tempat/kafe selama lima hingga enam jam pun tak mengapa.

Asalkan kerja siap.

via GIPHY

Dapat secawan kopi dan WiFi yang laju bak ‘The Flash’ pun sudah memadai.


6 Lokasi Kafe Di Pavilion Bukit Jalil Yang Sesuai Untuk Golongan Digital Nomad

#1. Bukit Jalil Tsutaya Book. Level 2, Orange Zone.

Sumber: Klook

Dikelilingi rak yang dipenuhi buku-buku di Bukit Jalil Tsutaya Books, ini adalah persekitaran sempurna untuk menyelesaikan senarai tugasan anda sambil menikmati sepinggan pancake lembut dalam pelbagai perisa.

Sumber: Malay Mail

Ada juga Puding Custard Karamel yang dihasilkan daripada telur Kenkori segar dari ladang premium dan paling sedap dinikmati dengan sirap karamel homemade.

#2. Artelier Coffee. Level 5, Orange Zone.

Jika anda mencari persekitaran tenang dan luas untuk menyiapkan kerja, hidangan kopi dan teh di Artelier Coffee terutamanya hidangan istimewa seperti Dirty Mocha dan Iced Filter Coffee adalah pilihan yang sempurna untuk anda.

Nikmati tegukan rasa yang kaya namun lembut dari penambahan terbaru dalam menu mereka; Colombia Gaitania, dengan biji kopi dipetik tangan dan dipilih dengan teliti yang menjanjikan pengalaman kopi luar biasa.

Sambil buat kerja, sambil minum kopi. Layan betul.

#3. Asuka Cafe. Level 4, Pink Zone.

Penulis adalah seorang yang selalu lapar dan memerlukan bekalan snek sepanjang hari. Jadi, Asuka Cafe adalah pilihan terbaik buat golongan seperti penulis kerana mereka menawarkan pelbagai pilihan snek di dalam menu, termasuk pilihan unik roti bagel manis dan masin, serta pelbagai pilihan waffle manis dan kek kecil.

Bagi mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan kopi, mereka juga mempunyai menu yang mesra dengan gambar visual bahan-bahan yang digunakan dalam kopi. Mereka juga menawarkan pilihan untuk mereka yang tidak minum kopi, termasuk teh, smoothie yogurt, dan jus enzim khas mereka yang mengandungi enzim semula jadi untuk meningkatkan pencernaan yang sihat dengan pelbagai perisa.

#4. CO2 Coffee Bar. Level 3, Pink Zone.

Buat mereka yang sentiasa sibuk dan memerlukan “caffein fix” yang cepat dan snek kecil di antara mesyuarat, anda boleh menikmati sekeping Kek dalam Tin dan secawan kopi dari CO2 Coffee Bar.

Dengan gabungan reka bentuk dalaman yang artistik namun futuristik, anda boleh menikmati speciality cofftails mereka dengan pilihan yang menarik seperti Young-Man-Go, S.P.Y, atau Secret Drink jika anda ingin mencuba sesuatu yang berani! Mereka juga menyediakan tempat duduk di luar supaya anda dapat menghirup udara segar semasa bekerja.

#5. Flower Girl Coffee. Level 5, Orange Zone.

Suasana yang menenangkan di Flower Girl Coffee sesuai buat mereka yang kreatif, bersedia untuk mendapatkan inspirasi dari tanaman hiasan dan bunga-bunga yang tersebar di seluruh kedai kopi ini.

Ia juga dihiasi dengan warna-warni yang segar bersama pelbagai jenis minuman dari smoothie dan kopi soda hingga secawan kopi biasa. Dinding bata terdedah yang dihias dengan indah juga menjadi latar belakang yang ‘cool’ kalau korang ada Zoom Meeting!

#6. illy Caffe. Level 3, Orange Zone.

Sedang mencari tempat yang bergaya dan kontemporari untuk bekerja?

illy Caffè adalah lokasi sempurna untuk menyelesaikan tugasan dalam senarai kerja anda sambil menikmati secawan kopi yang disesuaikan mengikut citarasa anda. Kopi illy Caffè diperbuat daripada biji kopi berkualiti tinggi diperoleh dari kawasan pertumbuhan kopi terbaik di seluruh dunia.

Ia juga didatangi dengan hidangan menu seperti sandwich, pastri, dan kek yang boleh anda nikmati sama ada di dalam kedai atau di kawasan tempat duduk terbuka.

PRO TIP: Private meeting room mereka dihasilkan untuk membantu mencipta atmosfera kerja yang optimum sambil menikmati kopi yang lazat.

BACA JUGA: 5 Kafe ‘Instagramable’ Yang Anda Patut Cuba Di Sekitar KL & Selangor


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd