Now Reading
UOB TMRW: Aplikasi Bank Yang Paling Memahami Anda

UOB TMRW: Aplikasi Bank Yang Paling Memahami Anda

Aplikasi UOB TMRW ini dikuasakan oleh Artificial InteIligence (AI) yang bertindak sebagai penasihat anda untuk membantu dari segi pengurusan kewangan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Apabila menginjak dewasa, boleh dikatakan semua orang semakin sibuk. Mahu menguruskan kerja di pejabat, tugasan di universiti, keluarga dan sebagainya. Tapi pada masa yang sama, kita semua mahu menikmati kehidupan harian dengan tenang juga.

Dengan bebanan yang banyak dan masa yang singkat, anda tidak boleh membazirkan masa berharga di bank yang pastinya membosankan kerana perlu beratur lama apatah lagi untuk mengisi borang dan berinteraksi dengan pekerja bank tentang perkara sama.

Apa yang anda perlukan adalah bank yang memahami dan memberi sokongan kepada anda serta serasi dengan jiwa. Paling penting, boleh menguruskan wang anda sendiri macam bos!

Jadi kepada anda yang ingin menaik taraf pengurusan perbankan ke tahap yang lebih tinggi serta mempunyai pengawalan kewangan lebih bijak, cepat dan mudah, jom cuba UOB TMRW.

Dengan aplikasi UOB TMRW yang baharu dan ditambah baik, anda juga boleh menikmati pelbagai faedah menarik dalam satu kemudahan yang pastinya memberi kelebihan kepada sebagai seorang pengguna.

UOB TMRW ini bukanlah seperti aplikasi bank yang biasa. Ia dikuasakan oleh Artificial InteIligence (AI) yang bertindak sebagai penasihat kewangan anda yang boleh membantu dari segi cara menyimpan, berbelanja dan juga ‘reward’ diri sendiri SEPERTI BOS

Sejak memuat turun aplikasi ini di dalam telefon, pengurusan kewangan kami menjadi lebih mudah. Berikut adalah beberapa sebab mengapa kami ‘jatuh cinta’ dengan aplikasi UOB TMRW ini.

1. Sangat mudah untuk pengguna baharu

Walaupun anda tidak mempunyai akaun bank UOB, aplikasi UOB TMRW ini akan membolehkan anda membuka akaun simpanan UOB secara terus tanpa perlu bersusah payah untuk ke cawangan bank.

Senang sahaja. Caranya adalah dengan memuat turun aplikasi UOB TMRW di Google Playstore, Apple AppStore dan Huawei AppGallery, bergantung kepada sistem operasi telefon bimbit anda.

Hanya dengan beberapa langkah, seperti proses pengesahan gambar MyKad, diikuti wang deposit RM100 serta dengan beberapa langkah lain, anda kini sudah boleh menggunakan aplikasi UOB TMRW hari ini!

2. Pilih akaun yang sesuai dengan kehendak anda

Dengan UOB TMRW, anda boleh memilih akaun simpanan berbeza yang dikhaskan mengikut keperluan:

  • UOB One Account — ia seperti mempunyai tabung sendiri yang boleh dibawa bersama anda dan mampu diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja tanpa perlu membawa sejumlah wang tunai yang banyak dalam poket. Lebih menarik lagi, anda boleh menikmati ‘cashback’, bonus dan ganjaran setiap kali berbelanja. Best kan?
  • UOB Stash Account — simpan wang anda dalam satu tempat dan nikmati lebih banyak faedah, bonus dan juga ganjaran apabila anda menyimpan.
  • UOB Lady’s Savings Account — akaun simpanan yang dikhaskan untuk wanita yang bijak di luar sana. Lengkap dengan perlindungan insurans perubatan bagi enam jenis kanser wanita yang berbeza. Lindungi wang dan kesihatan anda dalam satu tempat!
  • UOB Prosave Account-i —  Simpan wang hasil usaha keras anda dengan menggunakan akaun simpanan patuh Syariah yang dilengkapi dengan perlindungan takaful sehingga RM10,000.

3. Mempunyai penasihat kewangan yang dipacu oleh teknologi AI di dalam poket anda!

Dengan UOB TMRW’s Insights, anda akan mempunyai pembantu peribadi berpacukan teknologi AI yang akan membantu memudahkan anda mengawal simpanan dan juga cara berbelanja berdasarkan makluman, peringatan dan pengesyoran yang dikhaskan.

Ini secara tidak langsung dapat membantu anda untuk mencapai matlamat kewangan dan juga gaya hidup.

Kawal sepenuhnya kewangan anda termasuklah apabila gaji sudah masuk, tarikh akhir pembayaran bil, dan juga apabila jumlah baki dalam akaun semakin berkurangan serta pelbagai maklumat lain berkaitan di mana wang anda dibelanjakan.

Sumber: UOB Malaysia

Kemudahan ini akan membantu anda melihat semula jika terdapat sebarang percanggahan yang berlaku. Anda juga akan menerima notifikasi sekiranya dikenakan caj tambahan terhadap sebarang servis.

Cukup menenangkan apabila ada penasihat kewangan di dalam poket!

4. Berbelanja dan beri ganjaran untuk diri sendiri!

Lebih banyak anda membelanjakan wang menggunakan UOB’s Rewards+, lebih banyak ganjaran yang boleh didapati. Rewards+ adalah platform ganjaran terbaharu dan terbesar UOB bagi penggunaan kad kredit menerusi aplikasi UOB TMRW yang membolehkan anda menyemak, mengawal dan menebus ganjaran di dalam telefon bimbit.

Sumber: UOB Malaysia

Dengan setiap transaksi yang dilakukan menggunakan kad kredit UOB, anda akan memperolehi UniRinggit di mana ia boleh digunakan untuk menebus ganjaran istimewa daripada katalog ganjaran menerusi aplikasi UOB TMRW.

Sumber: UOB Malaysia

Aplikasi sama turut membolehkan anda mengakses tawaran dari pelbagai premis meliputi ‘retail’, restoran dan trip percutian menggunakan platform yang sama. Selain itu, anda boleh menebus kupon malah melakukan pembayaran menggunakan ganjaran yang diperolehi. 

Lebih menarik lagi, anda juga boleh menukar mata ganjaran yang diperolehi kepada wang dan semua ini boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Mudah bukan?

Dengan adanya aplikasi UOB TMRW ini membuatkan kehidupan kewangan anda lebih mudah dan menyeronokkan. Ia bukan hanya setakat aplikasi bank, tetapi peneman gaya hidup yang memahami dan membantu kami untuk mencapai matlamat.

Kepada anda yang sedang mencari solusi bank digital yang bersesuaian, bolehlah cuba aplikasi UOB TMRW ini. Selain itu, anda tak teruja ke untuk bekerjasama dengan salah satu bank terkemuka di Malaysia dan menjadi kegemaran ramai di bandar?
Apa tunggu lagi? Jom muat turun aplikasi ini dan jadikan TMRW milik anda!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd