Now Reading
Ini 6 Jenis Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Ini 6 Jenis Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah Secara Online

Zakat Fitrah adalah zakat yang terikat dengan tempoh waktu iaitu hanya di bulan Ramadan sahaja dan berdosa jika tidak menunaikannya.

platform bayar zakat fitrah online

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Zakat Fitrah merupakan kewajipan ke atas setiap umat Islam yang berkemampuan serta telah memenuhi syarat ditetapkan ketika berada di dalam bulan Ramadan.

Kadar fitrah adalah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini ditentukan berdasarkan keputusan Pihak Berkuasa Agama Negeri-negeri.

Berdasarkan sumber dari laman web Pusat Pengutusan Zakat (PPZ), Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-60 yang bersidang pada 23 Oct 2003 telah memutuskan bahawa hukum Zakat Fitrah adalah wajib sekiranya telah memenuhi syarat wajibnya iaitu:

  • Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan

Zakat Fitrah adalah zakat yang terikat dengan tempoh waktu iaitu hanya di bulan Ramadan sahaja. Justeru itu, terdapat hukum dan waktu untuk mengeluarkan zakat berkenaan iaitu:

  • Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  • Waktu Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya Aidilfitri.
  • Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadan.
  • Waktu Makruh: Selepas solat Hari Raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  • Waktu Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.

Mereka yang tidak menunaikan kewajipan Zakat Fitrah ini dianggap berdosa di sisi agama Islam.


Platform Online Untuk Boleh Membayar Zakat Fitrah

Kebiasaannya, Zakat Fitrah ini dibayar di masjid, surau atau lokasi tumpuan ramai seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC).

Tetapi dengan adanya teknologi pada zaman sekarang, semuanya berada di hujung jari kerana terdapat beberapa platform yang membolehkan kita untuk membayar Zakat Fitrah secara atas talian.

Antaranya:

1. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Aplikasi MAE

Sumber: Maybank2u

Umum sedia maklum, aplikasi MAE menjadi pilihan orang ramai sebagai ‘dompet digital’ bagi memudahkan urusan seharian mereka dan juga mengawal perbelanjaan.

Antara ciri lain yang disediakan di dalam aplikasi MAE termasuklah pembayaran Zakat Fitrah. Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Log masuk ke MAE.
  2. Klik ‘Pay bills’ pada paparan ‘Quick Actions’.
  3. Klik ‘Zakat’.
  4. Pilih Badan Zakat dan jenis zakat.
  5. Pilih jenis beras anda dan jumlah tanggungan termasuk diri sendiri.
  6. Masukkan nombor telefon bimbit.
  7. Semak butiran anda, kemudian lafaz niat yang tertera dan tekan ‘Bayar Sekarang’.

2. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Aplikasi Boost

platform-bayar-zakat-fitrah-online-3
Sumber: Boost

Aplikasi Boost juga dikategorikan sebagai ‘dompet digital’ yang membolehkan pengguna membuat pembayaran dengan lebih mudah termasuklah untuk menunaikan Zakat Fitrah.

Tidak kiralah anda pengguna Basic atau Premium, perkhidmatan ini masih boleh digunakan dengan syarat anda mempunyai baki wang yang mencukupinya di dalam aplikasi tersebut sebelum meneruskan pembayaran Zakat Fitrah.

Cara-caranya:

  1. Klik ‘Zakat’ pada laman utama.
  2. Klik ‘ Add New Zakat Account’ atau ikon pada atas kanan skrin.
  3. Pilih Badan Zakat.
  4. Klik simbol + pada bawah kanan kad Badan Zakat.
  5. Masukkan nombor kad pengenalan diikuti nama penuh dan nombor telefon.
  6. Pilih jenis beras.
  7. Masukkan jumlah bayaran zakat.
  8. Klik ‘Pay Zakat’.

3. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: TheNoor

platform-bayar-zakat-fitrah-online-3
Sumber: Malaysiakini/Majalah Labur

TheNoor adalah sebuah aplikasi yang diwujudkan oleh selebriti terkenal di Malaysia iaitu Neelofa Mohd Noor bertujuan untuk memberi panduan kepada masyarakat beragama Islam dari segi kehidupan Islamik.

Aplikasi ini telah bekerjasama dengan beberapa institusi zakat tempatan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kedah bagi memudahkan urusan orang ramai bagi menunaikan Zakat Fitrah di bulan Ramadan.

4. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Aplikasi Tulus

platform-bayar-zakat-fitrah-online-3
Sumber: Tulus

Tulus merupakan satu aplikasi capaian pantas yang selamat digunakan sepanjang tahun bagi perkhidmatan berteraskan Islam serta patuh syariah.

Kemudahan yang wujud menerusi aplikasi Tulus ini diasaskan oleh bekas Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia iaitu Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar.

Aplikasi ini juga dikategorikan sebagai ‘All-In-One’ kerana membolehkan pelbagai pembayaran dalam satu masa seperti zakat, waqaf, infaq dan sedekah. Nak bayar Zakat Fitrah pun boleh!

5. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Aplikasi/ Portal MyEG

Sumber:MyEG

Mesti ada yang terfikir, bukan ke MyEG adalah tempat untuk melakukan urusan berkaitan pengangkutan seperti memperbaharui lesen memandu dan membayar roadtax?

Untuk pengetahuan anda, MyEG juga menyediakan kemudahan untuk proses pembayaran pelbagai jenis zakat termasuklah zakat pendapatan peribadi, zakat perniagaan (syarikat) dan Zakat Fitrah.

6. Platform Untuk Bayar Zakat Fitrah: Portal PayHalal

platform-bayar-zakat-fitrah-online-3
Sumber: MalayMail/ PayHalal

PayHalal yang hanya wujud dalam bentuk laman web memudahkan urusan untuk membayar zakat kerana ia tidak memerlukan sebarang pendaftaran.

Buat masa ini, portal PayHalal membolehkan pengguna membayar Zakat Fitrah di tiga buah negeri termasuklah Kuala Lumpur, Kelantan dan Kedah.


Semoga perkongsian ini memudahkan anda untuk menunaikan pembayaran Zakat Fitrah di bulan Ramadan pada tahun ini.

BACA JUGA: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd