Now Reading
“Golongan B40 Miliki Kadar Penggunaan Kad Kredit Jauh Lebih Tinggi” – Statistik

“Golongan B40 Miliki Kadar Penggunaan Kad Kredit Jauh Lebih Tinggi” – Statistik

CTOS turut menjelaskan bahawa pendidikan kewangan masih sangat penting bagi satu perempat (1/4) pengguna di Malaysia, manakala kepentingan mengekalkan kesihatan kewangan menjadi suatu faktor bagi masyarakat penduduk selebihnya.

b40 kad kredit

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


CTOS, agensi pelaporan kredit terkemuka Malaysia, dengan kerjasama Monash University Malaysia (Monash) School of Business, telah menyiarkan intipati Laporan Kredit Pengguna CTOS bagi Malaysia tahun 2022.

Dengan menggunakan sampel meliputi lebih 1.4 juta pengguna individu CTOS, kajian tersebut menunjukkan pertambahan positif dalam purata Skor CTOS sejak tiga tahun lepas daripada 663 menjadi 678. 

Skor CTOS ialah nombor tiga digit yang mewakili kelayakan kredit pengguna berdasarkan bayaran dan pengurusan kredit individu tersebut. Ia adalah antara julat 300 hingga 850.

Semakin tinggi skor, semakin tinggi peluang untuk mendapatkan kredit.

Meskipun berdepan dengan pandemik, tahap kesihatan kewangan masih berada dalam kategori skor kredit “sederhana” yang mana ianya masih berpotensi dari sudut permohonan kredit.

CTOS

Kadar penggunaan kad kredit yang kekal pada sekitar 24% juga menunjukkan bahawa pengguna secara umumnya tidak perlu menambahkan pembelanjaan kredit tanpa cagaran untuk menempuh hidup sepanjang masa sukar tersebut.

Berbanding dengan negara-negara lain di peringkat global, Malaysia masih jauh di belakang jika dibandingkan dengan Amerika Syarikat yang mempunyai skor kredit purata 716. Akan tetapi dalam rantau Asia Tenggara, skor kredit merupakan suatu konsep yang agak baharu.

Kadar penembusan biro kredit di Malaysia adalah lebih tinggi berbanding negara-negara jiran seperti Indonesia di mana hanya 20-25% penduduknya mempunyai profil kredit, atau Thailand, yang menurut kajian baru-baru ini oleh FICO menunjukkan 67% pengguna di Thailand tidak berpuas hati dengan kredit generik (umum) yang ditawarkan oleh bank mereka disebabkan tiadanya permarkahan kredit.

Walaupun pada amnya skor 678 bermakna kebanyakan warga Malaysia layak mendapat produk-produk kewangan bergantung kepada tahap risiko pemberi pinjaman.

Namun, mereka berkemungkinan tidak akan mendapat tawaran kredit terbaik di pasaran berbanding dengan mereka yang mempunyai skor kredit di kategori “baik ke cemerlang”.

Kategori skor kredit “Baik’” bermula dari 697.

Tambahan pula, terdapat 28.3% pengguna yang tergolong di bawah kategori “rendah dan lemah’. Ini bermakna mereka tidak akan mendapat kredit daripada pihak institusi kewangan, oleh itu mereka mungkin akan terdedah kepada risiko menjadi mangsa pemberi pinjaman haram yang lazimnya mengenakan kadar faedah kredit yang terlalu tinggi.

Ini bermakna pendidikan kewangan masih sangat penting bagi satu perempat (1/4) pengguna di Malaysia, manakala kepentingan mengekalkan kesihatan kewangan menjadi suatu faktor bagi masyarakat penduduk selebihnya.

Di CTOS, misi kami adalah untuk memperkasakan individu dan juga perniagaan untuk mendapat akses kepada kredit dan mengawal masa depan kewangan mereka. Kami percaya setiap individu, tanpa mengira latar belakang atau kedudukan kewangan mereka, layak menerima kemudahan dan sumber maklumat yang perlu untuk menguruskan kesihatan kredit mereka secara berkesan. Sebab itulah pihak kami mewujudkan perkhidmatan semakan kendiri CTOS. Kami juga telah menjalankan sekitar 150 program pendidikan celik kewangan sejak 3 tahun lepas bersama-sama pelbagai institusi termasuk Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia, AKPK, EPF, KPKT dan NGO. Menerusi pelbagai inisiatif-inisiatif ini, kami memberi peluang kepada pengguna untuk belajar dan memperkukuhkan kemahiran pengurusan kewangan mereka supaya mereka dapat menambahbaik kesihatan kredit dan kewangan peribadi mereka.

Erick Hamburger, CEO Kumpulan CTOS Digital.

Laporan tersebut turut memuatkan butiran-butiran lain membandingkan kebolehpercayaan kredit generasi, purata baki pinjaman mengikut kumpulan pendapatan, jenis kemudahan kredit dan lain-lain lagi.

BACA JUGA: CTOS Beri Ganjaran Emas Bernilai RM20,000 Buat Pengguna Yang Ambil Cakna Kesihatan Kredit


“Golongan B40 Miliki Kadar Penggunaan Kad Kredit Jauh Lebih Tinggi” – Statistik.

Menurut Ketua Monash School of Business Profesor Dr Nafis Alam, statistik menunjukkan bahawa pada tempoh masa sukar, kumpulan berpendapatan lebih rendah (B40) mempunyai kadar penggunaan kad kredit lebih tinggi iaitu 34.2%.

Ia adalah jauh lebih tinggi daripada purata negara iaitu 23.7%, demi menampung kewangan mereka.

Selain kumpulan pendapatan, trend juga menunjukkan bahawa generasi lebih muda (Gen Y & Z) menggunakan kad kredit jauh lebih kerap daripada sebelumnya, berkemungkinan disebabkan desakan sosial, ini lantas meningkatkan tabiat berbelanja.

Ketua Monash School of Business Profesor Dr Nafis Alam.

Untuk laporan penuh, KLIK SINI.

BACA JUGA: 30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM

BACA JUGA: 18 Malaysians Declared As Bankrupt Per Day Between 2018 And This Year, Says Insolvency Department


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd