Now Reading
CTOS Beri Ganjaran Emas Bernilai RM20,000 Buat Pengguna Yang Ambil Cakna Kesihatan Kredit

CTOS Beri Ganjaran Emas Bernilai RM20,000 Buat Pengguna Yang Ambil Cakna Kesihatan Kredit

Kenaikan positif purata Skor CTOS rakyat Malaysia meningkat daripada 663 ke 678 dalam tempoh tiga tahun, menurut laporan State of Consumers Credit CTOS 2022.

CTOS

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


CTOS Data Systems Sdn Bhd iaitu agensi pelaporan kredit terkemuka di Malaysia baru-baru ini telah memberi ganjaran emas bernilai lebih RM20,000 kepada pengguna yang mengambil inisiatif untuk mengikuti perkembangan kesihatan kredit mereka dengan menyemak Skor CTOS.

Lapan pemenang pertandingan “Win Gold & Hop With Joy” CTOS yang dianjurkan bersempena musim perayaan Tahun Baru Cina telah diberikan ganjaran jongkong emas 10 gram setiap seorang.

Para pemenang telah mencipta slogan paling kreatif daripada lebih 20,000 peserta yang membeli Laporan Skor MyCTOS mereka dalam tempoh antara 3 hingga 21 Januari 2023.

Tahniah kepada semua peserta yang menyertai pertandingan ini terutamanya kepada lapan pemenang kita. Kami mendapati bahawa daripada kajian terkini “State of Consumer Credit CTOS 2022″, kesihatan kredit kian meningkat, dengan penambahbaikan dalam purata Skor CTOS pengguna pada tahun lepas. Oleh itu, kami ingin terus menggalakkan rakyat Malaysia untuk cakna dengan kesihatan kredit mereka.

Erick Hamburger, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CTOS Digital Berhad.

Erick dalam masa sama turut menjelaskan bahawa memperjuangkan tabiat kewangan yang sihat dan memberi galakan kepada masyarakat untuk meneruskan amalan tersebut adalah peranan penting CTOS sebagai agensi pelaporan kredit terkemuka di negara ini.


“Win Gold & Hop With Joy”

Para pemenang telah menerima hadiah mereka daripada Erick Hamburger di ibu pejabat CTOS.

Saya bersyukur dan berterima kasih kerana saya menang. Ini adalah satu hadiah yang unik dan saya akan menghargainya. Saya menyemak Skor CTOS saya setiap tahun walaupun saya tidak memohon sebarang kemudahan  kredit daripada bank kerana saya ingin memastikan kesihatan kewangan saya berada dalam keadaan yang baik. Saya mencadangkan kepada setiap rakyat Malaysia untuk sentiasa menyemak skor mereka dan bukan sahaja menyemak apabila memohon pinjaman.

Pemenang, Zamir Farhan.

Selain itu, Vincent Loh iaitu salah seorang pemenang juga memberitahu bahawa dia bekerja untuk salah sebuah bank dan majikannya mewajibkan pekerja untuk melaksanakan semakan kesihatan kredit bagi semua pekerja sebagai penyokong kuat kesihatan kewangan.

Saya turut mendorong semua rakan setugas saya untuk menyemak skor CTOS mereka secara berkala.

Pemenang, Vincent Loh.

COTS Anjur Program & Webinar Dalam Usaha Tingkatkan Kesedaran Awam

Untuk pengetahuan umum, CTOS telah mengadakan lebih 450 program dan webinar tentang pendidikan kewangan dalam tempoh 6 tahun ini bagi meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan menguruskan kesihatan kredit mereka.

CTOS
Sumber: MalayMail & Freepik

Anjuran-anjuran ini telah meningkatkan pemahaman dalam kalangan pengguna rakyat Malaysia akan kepentingan membuat semakan kendiri bagi memastikan perancangan kewangan yang mantap untuk masa hadapan lebih baik.

Kesannya dapat dilihat melalui laporan State of Consumers Credit CTOS 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini menunjukkan kenaikan positif purata Skor CTOS rakyat Malaysia yang meningkat daripada 663 ke 678 dalam tempoh tiga tahun.

Skor CTOS ialah nombor 3 digit di antara 300 hingga 850 menggambarkan tahap risiko kredit seseorang pengguna berdasarkan pembayaran dan pengurusan kredit. Semakin tinggi skor, semakin tinggi peluang untuk layak mendapat kredit.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kesihatan kredit dan membuat semakan kendiri CTOS, anda boleh KLIK LINK INI atau muat turun aplikasi CTOS.

BACA JUGA: 30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM

BACA JUGA: 18 Malaysians Declared As Bankrupt Per Day Between 2018 And This Year, Says Insolvency Department


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd