Now Reading
30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM

30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM

Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 mendapati hutang-hutang itu terkumpul untuk tujuan gaya hidup yang tidak produktif.

30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam kalangan rakyat Malaysia, ramai yang sudah mula terbeban dengan hutang sejak muda lagi terutamanya mereka yang membuat pinjaman bank untuk membeli kereta, rumah dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, ada juga yang sanggup berhutang dengan membuat pembayaran secara bulanan atau tahunan semata-mata untuk memiliki gajet canggih yang terbaharu.

Dalam tempoh enam tahun lepas, Jabatan Insolvensi melaporkan seramai 274,628 rakyat Malaysia telah diisytiharkan muflis dengan 46,132 daripada kes itu direkodkan antara tahun 2018 dan Mei 2022.

Hampir 60% daripada mereka yang diisytihar muflis itu adalah individu yang berada dalam lingkungan umur antara 25 hingga 44 tahun.

BACA JUGA: 5% Rakyat Malaysia Hutang Lebih RM1 Juta Sejak 5 Tahun Lepas – Jabatan Insolvensi


30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang Yang Diperoleh Semasa Awal Bekerja

30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM
Sumber: Amalan

Memetik laporan Bernama, satu tinjauan yang dilakukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Kaji Selidik Keupayaan dan Rangkuman Kewangan (FCI) 2021 mendapati bahawa 30% rakyat Malaysia terbeban dengan hutang yang dimiliki oleh mereka sejak awal bekerja.

Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan BNM iaitu Nor Rafidz Nazri menjelaskan bahawa perkara ini dilihat sebagai suatu masalah jangka masa panjang dalam kalangan pekerja bergaji di Malaysia.

Ini kerana hutang-hutang itu terkumpul untuk tujuan gaya hidup yang tidak produktif dan sesetengah daripada mereka didorong dengan kebimbangan jika terlepas untuk menikmati gaya hidup yang mewah.


Pengurusan Risiko Kewangan Peribadi Tidak Dipandang Serius Oleh Sesetengah Pihak

30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM
Sumber: Envanto

Dalam pada itu, sesetengah hutang yang terkumpul datang daripada perbelanjaan luar jangka melibatkan kemalangan atau kematian ahli keluarga.

Hasil kaji selidik menunjukkan bahawa pengurusan risiko kewangan peribadi kurang mendapat perhatian dalam kalangan rakyat Malaysia.

47% daripada rakyat Malaysia agak sukar untuk mengumpul dana bagi tujuan kecemasan dengan kadar minimum sebanyak RM1,000.

Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan Bank Negara Malaysia Nor Rafidz Nazri.

Satu daripada tiga rakyat Malaysia juga didapati tidak berminat untuk mendapatkan insurans atau perlindungan takaful bagi sebarang tujuan berkaitan kesihatan dan juga keselamatan diri.


50% Belia Malaysia Tiada Strategi Untuk Simpanan Persaraan Untuk Hari Tua

Selain itu, 27% rakyat Malaysia dilihat bimbang jika mereka tidak mampu untuk menampung kehidupan semasa hari tua kelak.

Malah, 50% belia di Malaysia pula menunjukkan bahawa mereka tiada strategi yang kukuh untuk mula menyimpan bagi tujuan persaraan.

Tabiat ‘hidup untuk hari ini dan biarlah esok yang menentukan’ sepatutnya perlu dielakkan kerana penting untuk kita merancang pada masa hadapan juga.

Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan Bank Negara Malaysia Nor Rafidz Nazri.

Tips Untuk Menyimpan Wang Walaupun Bergaji Rendah

30% Rakyat Malaysia Terbeban Dengan Hutang – BNM
Sumber: Harian Metro

Amalan menyimpan wang memang sangat penting untuk dilakukan dari usia muda lagi. Dapat simpan sikit-sikit pun tak apa, yang penting konsisten.

Bak kata pepatah ‘Sikit-sikit lama-lama jadi bukit’.

Antara tips yang boleh diamalkan sekiranya anda ingin mula menyimpan wang dari sekarang adalah:

  • Mengasingkan minimum 10% daripada gaji untuk tujuan simpanan.
  • Melabur di beberapa premis yang sah seperti Tabung Haji (TH), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan sebagainya.
  • Menambah pendapatan atau ‘side income’ dengan membuat kerja part-time.
  • Perbanyakkan bersedekah.
  • Membayar zakat.
  • Memotong penggunaan kad kredit.
  • Menyimpan wang di tempat yang sukar untuk dikeluarkan bagi tujuan berfoya-foya.

Tips ini pasti akan berjaya jika anda melakukannya dengan berdisiplin dan konsisten setiap bulan. Bila sudah nampak hasilnya, pasti anda akan terkejut!

BACA JUGA: Praktik Formula Simpan Duit Ini Untuk Hidup ‘Goyang Kaki’ Masa Umur 55 Tahun Nanti

BACA JUGA: [Tips] Nasihat Kewangan Buat Orang Muda Ini Penting Untuk ‘Survive’


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd