Now Reading
Apa Itu ‘Emotional Eating’?

Apa Itu ‘Emotional Eating’?

Mereka yang mengalami masalah Emotional Eating ini selalunya akan makan kerana ingin relaks dan menenangkan diri sendiri dalam sesuatu keadaan.

emotional eating

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Manusia normal selalunya akan makan dan minum apabila terasa lapar dan dahaga, kan? Dan berhenti makan dan minum sejurus rasa kenyang muncul. Kiranya perut dah tak boleh masuk apa-apa, memang dah penuh.

Tapi tahukah anda, ada juga segelintir individu yang jenis tak kenal rasa kenyang meskipun pada ketika itu mereka sedang makan atau mengunyah sesuatu?

Untuk pengetahuan anda, keadaan itu dikenali sebagai ‘Emotional Eating’.

Emotional Eating Itu Apa?

Seorang Psikiatrist iaitu Doktor Rostam menerusi Twitter miliknya (@zaidrostam) telah menerangkan dengan terperinci apa itu Emotional Eating untuk mudah difahami ramai.

Menurutnya, mereka yang mengalami masalah Emotional Eating ini selalunya akan makan kerana individu berkenaan sebenarnya ingin relaks dan menenangkan diri sendiri dalam sesuatu keadaan.

Ia juga adalah fenomena di mana kita makan bukan kerana lapar tetapi kita makan kerana di ‘trigger’ oleh emosi. Majoriti emosi yang trigger benda ini ialah emosi yang dikategorikan -ve mcm sedih, kecewa, risau, bosan dan sebagainya.

Lebih tinggi risiko bagi individu yang jenis jaga makan atau sedang diet.

Punca Emotional Eating

Kebiasaannya, punca untuk Emotional Eating ini menyerang adalah:

  • Stres kerja.
  • Isu perhubungan.
  • Kewangan.
  • Kesihatan.

Kenapa ia berlaku?

Emosi yang sukar menyebabkan kita ada emotional void, dan void ini boleh ‘diisi’ oleh makanan yang akan merangsang dopamine.

“Dopamine makes us feel happy & rewarded,” jelas Dr Rostam.

Bagaimana kita boleh membezakan di antara lapar biasa dengan lapar emosi? Lapar biasa datang ikut timing, rasa itu datang perlahan-lahan dan boleh diredakan dengan makan yang mengikut kadar.

Kredit: wayhomestudio/Freepik

Jadi, kalau anda diserang Emotional Eating ini, anda disarankan untuk mencari cara terbaik untuk meredakan emosi yang terganggu dan bercelaru dengan cara lain yang lebih sihat.

Anda juga boleh:

  • Meditasi.
  • Bersenam.
  • Berjalan.
  • Berjogging.
  • Berbasikal.
  • Mengemas rumah.
  • Membaca buku.
  • Melakukan sesuatu yang boleh ‘distract’ diri daripada stres.

Bagaimana Cara Untuk Hentikan Emotional Eating?

Untuk anda yang kerap mengalami keadaan Emotional Eating ini, anda boleh cuba cara-cara di bawah ini untuk menghentikan masalah tersebut:

  • Cari punca sebenar yang menyebabkan emosi anda terganggu.
  • Tanya diri sendiri, ‘Kenapa anda makan? Lapar ataupun sebaliknya?’
  • Tukar snek anda kepada sesuatu yang lebih sihat.
  • Pilih makanan yang boleh melawan stres.
  • Cipta pakej kecemasan!

Semoga informasi di atas bermanfaat buat kita semua.

BACA JUGA: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental

BACA JUGA: Ini 6 Jenis ‘Toxic Positivity’ Yang Anda Patut Elakkan Demi Kesihatan Minda

BACA JUGA: 5 Posisi Tidur Yang Tidak Digalakkan Oleh Doktor Atas Faktor Kesihatan


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/

ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd