Now Reading
5 Posisi Tidur Yang Tidak Digalakkan Oleh Doktor Atas Faktor Kesihatan

5 Posisi Tidur Yang Tidak Digalakkan Oleh Doktor Atas Faktor Kesihatan

Antara posisi tidur yang tidak digalakkan oleh doktor adalah tidur meniarap, terlentang, kepala terlalu tinggi, mengiring terlalu lama dan mengangkat sebelah kaki.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Siapa je yang tak suka tidur? Itulah nikmat yang paling best.

Bila cakap pasal tidur pula, setiap orang mesti ada gaya masing-masing kan? Ada jenis yang suka tidur bergerak sana sini dan dikelilingi dengan bantal sampai tak muat katil.

Tahukah anda? Terdapat posisi tidur yang sebenarnya tidak digalakkan oleh para doktor untuk mengelakkan masalah kesihatan.

Seorang pengguna Twitter @AkeemSharyzal baru-baru ini berkongsi infografik daripada Maukerja tentang beberapa posisi yang tidak elok untuk diamalkan. Antaranya adalah seperti berikut:

1. Tidur meniarap

Posisi di mana bahagian perut berada di bawah tubuh badan boleh menyebabkan kerosakan pada tulang belakang, menyekat sistem pernafasan serta memberi tekanan pada urat leher.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga sebelum ini pernah memberi penjelasan bahawa hukum tidur meniarap dalam Islam adalah DILARANG.

Berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW, tidur meniarap merupakan cara tidur yang dimurkai oleh Allah.

إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُقَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم

Maksudnya: Sesungguhnya ini adalah cara tidur yang dimurkai Allah. Kemudian Tikhfah RA berkata: “Lalu aku melihat lelaki itu (yang membangunkanku) adalah Rasulullah SAW.

Riwayat Abu Daud (5040) & al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad (1187)

2. Tidur terlentang

Posisi tidur seperti ini pula menyebabkan dengkuran seseorang menjadi lebih kuat apabila saluran nafas menjadi terlalu lapang.

3. Kepala lebih tinggi

Ada sesetengah orang yang suka tidur di atas timbunan bantal sehingga menyebabkan kedudukan kepala lebih tinggi daripada badan.

Posisi ini juga tidak digalakkan kerana boleh mengurangkan pengaliran oksigen dalam badan serta meningkatkan potensi untuk mendapat serangan penyakit kardiovaskular.

4. Mengiring terlalu lama

Percaya atau tidak, ada juga individu yang tidur tak bergerak langsung. Kalau dari awal tidur mengiring belah kiri, sampai esok pagi dia akan menghadap bahagian kiri sahaja.

Sebenarnya, tidur mengiring terlalu lama pun tak elok juga kerana boleh menyebabkan kulit wajah berkedut.

Bukan itu sahaja, posisi ini juga menimbulkan rasa sakit pada tulang bahu serta lengan kerana aliran darah tidak lancar.

5. Mengangkat sebelah kaki

Rasanya ini memang posisi yang paling seronok waktu tidur. Nikmat dia memang tak terkata.

Malangnya, posisi seperti ini pun tidak berapa bagus untuk kesihatan kita kena boleh merosakkan struktur tulang belakang seseorang.


Netizen pun pening nak tidur gaya macam mana pula lepas ni

Di ruangan komen perkongsian tersebut, rata-rata netizen mula terfikir posisi yang terbaik untuk tidur selepas ini kerana nampaknya gaya tidur kegemaran mereka tidak digalakkan oleh para doktor.

Boleh tahan kelakar jugalah komen masing-masing.

Cuba suggest sikit nak tidur macam mana pula lepas ni? Haha.


Jadi, apa posisi tidur yang terbaik?

Menurut kajian Universiti DePaul, posisi tidur paling kurang memberi tekanan adalah secara terlentang dan diikuti dengan tidur mengiring.

Untuk yang tidur terlentang, mereka akan mendapat sokongan yang lebih baik jika meletakkan bantal di bawah leher serta lutut.

Kajian juga mendapati tidur secara meniarap adalah posisi yang paling memberi tekanan.

Buat penggemar tidur secara mengiring, anda dinasihatkan untuk meletakkan bantal di antara lutut untuk memastikan tulang belakang berada pada posisi yang baik.

Walau bagaimanapun, cara-cara ini tidak dapat memberi manfaat sekiranya kita tidak tidur pada bantal dan tilam yang memberi sokongan yang betul.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd