Now Reading
Else Hotel Dibuka Di Chinatown, KL. Boleh ‘Staycation’ & Relaks Hujung Minggu!

Else Hotel Dibuka Di Chinatown, KL. Boleh ‘Staycation’ & Relaks Hujung Minggu!

Else Hotel akan dibuka pada 10 September 2022 ini dengan kadar pembukaan RM398 sehingga 31 Oktober 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila sudah penat bekerja, pastinya anda inginkan waktu khusus di mana anda boleh menenangkan minda serta badan supaya boleh ‘recharge’ semula, kan?

Mana tidaknya, hari-hari yang ‘hectic’ sememangnya tidak dapat dikawal sehingga menyebabkan kepala semakin kusut. Oleh itu, ada juga waktu-waktu di mana anda perlu memanjakan diri dan berehat sebentar.

Kalau tak boleh berehat di rumah, anda boleh berehat di hotel sekitar Kuala Lumpur di hujung minggu.

Sumber: Izuddin Helmi Adnan/Unsplash

Hotel Baharu Dibuka Di ChinaTown, Kuala Lumpur: Else Hotel.

Ditempatkan di bangunan Wisma Lee Rubber di tengah-tengah ChinaTown Kuala Lumpur, Else mengekalkan legasi seni bina mercu tanda ikonik itu dan pada masa sama turut menerapkan reka bentuk kontemporari dan pendekatan baharu terhadap hospitaliti.

Menyediakan ruang untuk membebaskan diri daripada hiruk-pikuk kehidupan di kota, tetamu tempatan dan antarabangsa boleh memulakan penerokaan untuk membina pengalaman dan hubungan yang bermakna.

Hartanah 49 bilik,yang telah dibaikpulih dan diubahsuai ini mempunyai keluasan 56,000 kaki persegi dan merangkumi ruang setinggi tujuh tingkat.

Pengasas Else, Justin Chen dan Javier Perez telah melantik pereka bentuk, artis dan rakan kongsi terkemuka tempatan untuk merealisasikan visi mereka yang berteraskan hospitaliti sebenar.

Firma reka bentuk Malaysia, Studio Bikin telah mengkonseptualisasikan reka bentuk dan menyelia proses pemuliharaan yang dilaksanakan oleh Faizah Architect, satu lagi rakan seni bina termasyhur di Malaysia.

Else memakan masa selama empat tahun untuk direalisasikan di mana projek ini terpaksa menempuhi pelbagai cabaran akibat pandemik global dan ianya diinspirasikan oleh kemunculan pengembara era baharu. Hasilnya ialah sebuah syurga kota bagi mereka yang berfikiran global dan mempunyai semangat ingin tahu. Pasukan reka bentuk dan pembinaan kami telah mengambil pendekatan yang sensitif dalam mengimbangi kontras di antara elemen baharu dan lama dengan penelitian terhadap usaha memulihara keindahan bangunan era sebelum perang dan reka bentuk berinovasi yang dapat menarik para pelanggan kami untuk menerokai sendiri hartanah ini, dan menikmati ruang-ruang peribadi untuk beristirehat dan menenangkan fikiran.

Pengasas Bersama, Justin Chen.

Jenis Bilik Di Else Hotel.

Terdapat empat kategori bilik yang diatur khusus untuk para tetamu, bermula dengan Bilik Mantra (Standard), santuari seluas 25 meter persegi dilengkapi dengan katil bersaiz King dan bilik air serba mewah, dan Bilik Urban (Deluxe) – bilik seluas 33 meter persegi yang turut dilengkapi dengan ruang tempat duduk serba anggun.

Bilik Sanctuary, terletak di tingkat atas, dilengkapi dengan katil bersaiz Super King dan sebuah balkoni peribadi, membolehkan tetamu menikmati pemandangan kota yang indah lagi bertenaga.

Bilik Sutera (kiri), bilik suit dengan keluasan 69 meter persegi, menampilkan ciri-ciri serba mewah lengkap dengan ruang tamu peribadi yang boleh memuatkan sebuah keluarga besar.

Bilik terbesar sekali ialah Else Suite, dengan keluasan 84 meter persegi bilik ini menawarkan pemandangan Kuala Lumpur yang sangat luas dan balkoni persendirian yang bersambung daripada bilik hingga ke ruang tamu. Else Suite sangat sesuai untuk pasangan, serta majlis peribadi dan korporat.

Semua bilik-bilik dilengkapi dengan peralatan berteknologi terkini seperti tablet multimedia dan sistem bunyi Bluetooth. Di dalam semua bilik dan suit, para tetamu boleh menikmati produk penjagaan diri keluaran Omno, jubah mandi LULLA dan pengering rambut Dyson.

Bilik-bilik tersebut turut dihiasi dengan karya seni yang dihasilkan oleh artis tempatan dan bahan bacaan nukilan penulis Malaysia.


Rakan Berimpak Rendah & Lestari Jadi Keutamaan Else.

Jenama dan rakan artisan bebas, tempatan dan lestari telah dipilih bagi mengurangkan impak ke atas alam sekitar dan menginspirasikan penginapan yang bermakna.

Tekstil hiasan kepala katil, kain hamparan dan permaidani ditempah khas telah direka bentuk dan dihasilkan di Malaysia oleh Omar Khan, seorang anak kelahiran Singapura berpangkalan di Kuala Lumpur.

Pelbagai barangan antik dan karya seni budaya turut dipamerkan di segenap sudut hartanah ini, termasuk di bilik tetamu dan bilik perpustakaan. Setiap karya tersebut telah dipilih sendiri daripada Gilded Lion, kurator barangan antik dan kebudayaan yang halus dan sukar ditemui.


Seni Tempatan Mencetuskan Inspirasi.

Karya seni kompleks, mencabar pemikiran dan mencetuskan inspirasi diperolehi daripada artis-artis Malaysia yang memenangi pelbagai anugerah, termasuklah Fauzul Yusri, Fendy Zakri, Fawwaz Sukri dan Nathan Fikri.

Karya seni indah oleh artis tempatan yang sedang mencipta nama, W. Rajaie. B dan karya refleksi kehidupan oleh Firdaus Ismail turut menghiasi dinding-dinding Else.

Karya seni artis Kanada, Joe Fleming, yang telah dipamerkan di peringkat antarabangsa selama lebih dua dekad, termasuk Muzium Holocaust di L.A dan FIAC Paris, serta karya penuh semangat dan berjiwa bebas oleh artis terkenal Argie Bandoy dari Filipina turut dipamerkan.


Else dibuka pada 10 September 2022 dengan kadar pembukaan RM398 sehingga 31 Oktober 2022. Untuk maklumat lanjut mengenai Else, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd