Now Reading
8 Conlay Berjaya Jual Penthouse Tunggal Bernilai RM30 Juta

8 Conlay Berjaya Jual Penthouse Tunggal Bernilai RM30 Juta

Terletak di tingkat 65 menara Hotel Kempinski, pembeli tersebut teruja dengan kediaman seluas 8,742 kaki persegi itu kerana ia menawarkan pemandangan 360 darjah bandar yang menakjubkan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


KSK Land hari ini mengumumkan penyiapan struktur Menara B kediaman berjenama berkembar 8 Conlay, YOO8 yang diservis oleh Kempinski (YOO8).

Pencapaian ini telah diraikan dengan siri foto unik yang mengabdikan pemandangan panoramik mercu tanda ikonik bandaraya Kuala Lumpur daripada dua unit kediaman Menara B.

Berjudul ‘Height of Anticipation’, siri foto penuh gaya itu bertujuan meraikan kemajuan stabil 8 Conlay, dan lebih simbolik lagi, bandar raya Kuala Lumpur sebagai sebuah metropolis yang pesat membangun.

Berikutan penyiapan struktur Menara A YOO8 hujung tahun lepas, kami amat berpuas hati dengan kemajuan 8 Conlay serta kejayaan dalam menyiapkan struktur Menara B YOO8. Kami ingin meraikan pencapaian ini dengan cara yang berbeza iaitu dengan mencetus daya imaginasi dan menguar-uarkan gambaran Kuala Lumpur yang tidak pernah dilihat sebelum ini dari ketinggian lebih daripada 800 kaki di atas tanah. Para pemilik YOO8 sangat menghargai perincian halus dan kami ingin menekankan perkara ini dengan menampilkan tab mandi origami yang merupakan rekaan istimewa Kelly Hoppen dengan kerjasama apaiser, jenama peralatan mandian mewah Australia, berlatarbekalangkan pemandangan menakjubkan.

Joanne Kua, Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group dan Pengarah Urusan KSK Land.

Dijangka menjadi salah satu alamat yang paling diidamkan di Kuala Lumpur, YOO8 yang diservis oleh Kempinski merupakan kediaman berjenama bersekutu dengan YOO – syarikat kediaman berjenama bukan hotel terbesar di dunia dengan rekod prestasi mengagumkan dalam bidang reka bentuk, pemasaran serta kualiti perkhidmatan.


YOO8 Tawar Pengalaman ‘Extraordinary’ Kepada Penghuni.

Terletak di projek 8 Conlay, sebuah pembangunan bercampur komersial dan berpegangan bebas dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.4 bilion (USD1.22b).

YOO8 menggabungkan kehidupan bandar terulung, hospitaliti, komersial serta reka bentuk bagi mewujudkan ruang yang menyediakan pengalaman menarik bagi penghuni residensi tersebut dan juga penduduk bandar.

Kediaman berjenama berkembar YOO8 menampilkan reka bentuk dalaman yang unik oleh syarikat seni bina dan reka bentuk Steve Leung & YOO dan Kelly Hoppen untuk YOO, menjadikannya kayu ukur gaya rekaan yang terunggul di tengah bandar.

Pembangunan itu juga menampilkan satu-satunya Hotel Kempinski bertaraf lima bintang pertama di Malaysia serta ruang komersial empat tingkat, justeru membawa pengalaman gaya hidup terbaik serta layanan luar biasa dan pengalaman gastronomi untuk peminat gaya hidup kontemporari.

conlay
Ketersambungan ‘hyperlocal’ 8 Conlay ke pelbagai lokasi komersial dan pelancongan utama di bandar ini serta pembangunan infrastruktur di sekitarnya seperti stesen MRT Conlay laluan Putrajaya yang akan datang meningkatkan nilainya sebagai pelaburan hartanah utama.

Menjulang tinggi dengan kediaman 56 tingkat yang mewah, YOO8 Tower B menampilkan hiasan dalaman yang anggun oleh salah seorang pereka paling disanjungi, Kelly Hoppen CBE.

Terkenal untuk kepakarannya dalam cita rasa “East-meets-West” dan minimalis moden, estetika Kelly Hoppen menghiasi hotel-hotel mewah, restoran, pesawat, kapal persiaran dan kediaman selebriti berprofil tinggi.

Sebagai tambahan kepada kediaman kosmopolitan mewah YOO8, penduduk juga dapat menikmati pelbagai perkhidmatan luar biasa oleh Kempinski Hotel Kuala Lumpur.

Ini termasuk perkhidmatan concierge oleh duta hospitaliti Kempinski Lady-in-Red, valet, perkemasan, chef peribadi, servis menjahit, butler-on-call dan banyak lagi.


Unit Penthouse 8 Conlay Berjaya Terjual Dengan Harga RM30 Juta!

Dalam satu lagi pencapaian penting, KSK Land juga mengumumkan bahawa satu-satunya unit penthouse 8 Conlay telah terjual pada harga RM30 juta.

Terletak di tingkat 65 menara Hotel Kempinski, pembeli tersebut teruja dengan kediaman seluas 8,742 kaki persegi itu kerana ia menawarkan pemandangan 360 darjah bandar yang menakjubkan, servis Hotel Kempinski serta lokasi strategik di pusat bandar Kuala Lumpur.

Ini penanda kukuh bahawa hartanah kediaman mewah, termasuk kediaman berjenama, “menjadi kelas aset pilihan sejak 12 bulan lalu” untuk kohort sejagat yang mempunyai nilai bersih ultra tinggi, menurut cerapan utama daripada The Wealth Report 2022.

Kami mendapati bahawa minat pasaran untuk hartanah ultra-mewah di Malaysia seperti YOO8 kian meningkat, daripada pembeli dari luar mahupun dalam negara. Di peringkat domestik, kami telah merekod pertumbuhan sebanyak 10% dalam nisbah pembeli tempatan daripada 30% ke 40% sejak beberapa tahun yang lalu. Situasi ini telah didorong oleh ketidakstabilan pasaran antarabangsa yang telah menggalakkan individu bernilai bersih tinggi untuk melihat pasaran hartanah Malaysia sebagai pasaran yang selamat untuk pelaburan

Joanne Kua, Ketua Pegawai Eksekutif KSK Group dan Pengarah Urusan KSK Land.

Kua juga menambah bahawa, “Permintaan kediaman berjenama di Asia kekal teguh sejak beberapa tahun lalu. Kami menjangkakan bahawa situasi ini akan mendapat lebih banyak daya tarikan tatkala sempadan anatarabangsa dunia dibuka semula.

“YOO8 di 8 Conlay akan terus menarik minat pelabur yang cenderung untuk mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka dengan kediaman berjenama.

“Kualiti binaan projek yang tinggi, perkhidmatan dan kemudahan gaya hidup mewah bersepadu serta pengurusan hartanah premium yang diasah oleh Kempinski, akan memastikan peningkatan modal YOO8 yang teguh,” jelasnya.

Tambahan pula, lokasi pusat projek ini mempunyai ketersambungan ‘hyperlocal’ ke mercu tanda komersial dan pelancongan bandar.

KSK Land menjangkakan penyiapan Menara A YOO8 pada awal tahun 2023, dan seterusnya Menara B YOO8 pada hujung tahun 2023.

Ini akan diikuti dengan ruang komersial yang dijangka siap pada separuh pertama 2023 serta 8 Conlay Kempinski Hotel yang dijangka siap pada separuh pertama 2024.

Sehingga kini, kediaman berjenama berkembar YOO8 telah mencapai GDV terjual melebihi RM1.56 bilion (bersamaan ~USD-355m) dengan kadar pengambilan Menara A YOO8 pada 80% dan Menara B pada 40%.

Unit pameran Menara B YOO8 yang direka oleh Kelly Hoppen untuk YOO terletak di Galeri Jualan 8 Conlay, Bangunan KSK, Jalan Yap Ah Shak, Kuala Lumpur. 

Layari discover.8conlay.com atau hubungi +603 2698 0788 untuk menetapkan temu janji lawatan peribadi.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd