Now Reading
Ini Sebab Kenapa Pengebumian Kaum Cina Ambil Masa Lebih Sehari

Ini Sebab Kenapa Pengebumian Kaum Cina Ambil Masa Lebih Sehari

Mengikut tradisi kaum Cina, semakin tinggi umur seseorang yang sudah meninggal dunia, maka semakin banyak hari upacara pengebumian diadakan.

upacara pengebumian kaum cina

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kaum mempunyai adat dan tradisi masing-masing dari segi pemakaian, makanan, gaya hidup dan sebagainya. Contohnya, kaum Melayu terkenal dengan makanan tradisional nasi lemak dan kaum Cina pula popular dengan kek bulan.

Walaupun sejarah setiap kaum sudah bermula beberapa dekad dahulu, namun amalan dan budaya masih menjadi ikutan sehingga ke hari ini.

Kalau anda perasan, upacara pengebumian kaum Cina dilakukan lebih daripada satu hari. Nak tahu kenapa? Jom baca perkongsian seorang pengguna Twitter ini (@ypchristinemay).

Tempoh pengebumian bergantung kepada umur

Persoalan tentang tempoh upcara pengebumian kaum Cina mula timbul apabila ditanyakan oleh seorang kawan pengguna Twitter tersebut yang berbangsa Melayu.

Persoalan itu berada di minda rakannnya selepas terlihat jiran berhampiran yang merupakan kaum Cina mengadakan upacara pengebumian selama lima hari.

Berikutan itu, pengguna Twitter dikenali sebagai Christine menjelaskan bahawa upacara pengebumian orang Tiong Hua mengikut agama masing-masing.

Mereka yang beragama Buddha dan Tao akan mengadakan upacara pengebumian selama tiga, lima atau tujuh hari.

Kenapa dilakukan dalam tempoh ganjil? Ianya kerana nombor genap kebiasaannya dilakukan untuk sambutan perayaan.

Mengikut tradisi kaum Cina, semakin tinggi umur seseorang yang sudah meninggal dunia, maka semakin banyak hari upacara pengebumian diadakan.

Tempoh hidup seseorang yang agak panjang menjadi faktor mereka mengenali ramai orang. Oleh itu, lebih banyak masa diperlukan bagi memberi peluang kepada mereka memberi penghormatan terakhir.

Netizen belajar perkara baharu

Perkongsian Christine tentang upacara pengebumian kaum Cina ini menarik perhatian orang ramai terutamanya mereka yang bukan berbangsa Cina.

Bagus juga bila kita ambil tahu tentang adat dan budaya kaum lain, lebih-lebih apabila kita tinggal di kejiranan dengan pelbagai jenis bangsa dan agama di Malaysia.

Meskipun berlainan agama, tetapi bangsa lain juga menghadiri upacara pengebumian kenalan mereka berbangsa Cina sebagai tanda hormat.


Bersyukur juga rakyat Malaysia hidup berbilang kaum. Dalam pada masa sama, kita dapat mengenali budaya masyarakat kaum lain.

Bila kita saling belajar dan memahami antara satu sama lain, barulah hidup lebih harmoni.

BACA JUGA: Ini Sejarah Pakaian Tradisional Kaum Cina Yang Ramai Salah Faham


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd