Ini Sejarah Pakaian Tradisional Kaum Cina Yang Ramai Salah Faham
Sebenarnya, Cheongsam dan Samfu bukanlah satu-satunya pakaian tradisional kaum Cina.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Setiap kaum akan ada pakaian tradisional masing-masing. Contohnya kaum Melayu terkenal dengan persalinan baju kurung serta baju melayu. Kalau ditanya tentang pakaian tradisional kaum Cina pula, mesti ramai yang jawab Cheongsam dan Samfu kan?
Tetapi jika mengikut sejarah, Cheongsam dan Samfu ini hanya wujud lebih 100 tahun manakala tamadun Cina pula sudah lebih berusia daripada itu. Jadi apa sebenarnya pakaian tradisional kaum Cina?
Jom baca perkongsian dari seorang pengguna Twitter ini (AymanRashdanW) untuk kita sama-sama mempelajari tentang sejarah pakaian kaum Cina.
Sejarah Cheongsam dan Samfu
Cheongsam disebut sebagai Changshan dalam bahasa Kantonis yang membawa maksud jubah panjang manakala Samfu yang disebut Sanku bererti baju (shan) dan seluar (ku).
Baju yang dipakai oleh kaum lelaki itu juga biasa dipanggil Tangzhuang iaitu baju Tang yang merujuk kepada China.

Kebiasaannya masyarakat akan mengaitkan baju Cheongsam dengan wanita dan Samfu sebagai pakaian lelaki. Sebenarnya kedua-dua pakaian ini adalah unisex cuma berbeza dari segi reka bentuk sahaja.
Kaum lelaki yang ingin memakai Cheongsam boleh memadankan baju berkenaan dengan jaket dan membentuk pakaian digelar Changshan Magua.
Lelaki juga boleh pakai Changshan/Cheongsam/jubah panjang (yang macam Ip Man selalu pakai tu). Jubah panjang lelaki ni boleh match dengan Magua (馬褂) yang berbentuk jaket menjadi "Changshan Magua" yang lebih formal. pic.twitter.com/hsxtmMLppt
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Wanita zaman dahulu juga mengenakan Samfu ketika ingin masuk ke dalam hutan kerana tidak sesuai pula jika memakai jubah atau kain panjang ke dalam kawasan penuh dengan kayu serta ranting.
Wanita juga boleh pakai Samfu iaitu gabungan baju dan seluar. Wanita Hakka dulu lebih biasa pakai gaya macam ni sebab orang Hakka dulu tinggal kat kawasan pedalaman, wanita Hakka ni kena masuk hutan bagai jadi tak sesuai pakai jubah atau skirt. pic.twitter.com/xAPniuuKG5
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Pada zaman Qing ketika 300 tahun sebelumnya, Cheongsam atau Qipao hanya dipakai oleh golongan wanita minoriti (Manchu) kerana kebanyakan wanita Han memakai baju dan kain panjang yang diberi nama ‘pifeng’.
Dan dua gaya pakaian itulah pakaian yang dipakai oleh wanita Peranakan (Nyonya) di Nusantara dalam gambar-gambar lama. Kebanyakan Peranakan ni berhijrah ke Nusantara pada zaman Qing, jadi mereka bawa sekali gaya pakaian zaman itu. pic.twitter.com/B8oSEhXO6i
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Bagi kaum lelaki pada zaman Qing pula mereka menggayakan pakaian Changsan Magua atau Shanku mengikut aktiviti mereka.
Manakala lelaki pada zaman Qing (tak kira Manchu atau Han) pakai Changshan Magua atau Shanku. Changshan ni biasanya pakaian orang have-have dan jenis tak perlu buat kerja berat (seperti pelajar). Orang yang kena buat kerja berat macam petani dan tukang besi tu pakai lah Shanku. pic.twitter.com/DI4CPeZJrc
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Perubahan pakaian mengikut peredaran dinasti
Pada zaman Zhou (1046-256 sebelum Masihi), pakaian kaum China mempunyai kolar bersilang berbentuk Y, tiada butang dan diikat dengan tali dalam baju serta pinggang.
Gaya pakaian ini dipelopori oleh China pada zaman Zhou (1046-256 Sebelum Masihi). Negara2 di sekeliling China (Korea, Jepun dan Vietnam) anggap pakaian ini sebagai lambang tamadun dan turut ikut gaya yang sama. pic.twitter.com/z71A7UZwNa
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Tidak lama selepas itu, pakaian kaum Cina hampir serupa pula dengan pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.
Tapi selepas Tang, orang China kembali ke gaya pakaian yang asal. Malah reka bentuk zaman Ming (1368-1644) turut mempengaruhi pakaian Hanbok sebab Korea di zaman Joseon (1392-1897) mengikut rapat budaya China. pic.twitter.com/xfHEG447Hg
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Tidak lama selepas itu, kaum China sebenar yang merupakan golongan Han dipaksa untuk mengubah gaya pakaian kepada gaya Machu dengan menjadi botak di bahagian depan serta tocang di belakang.
Pakaian berkolar Y juga ditukar kepada kolar berbutang.
Jadi dengan itu, kolar Y tak berbutang ditukar kepada kolar berdiri yang berbutang. Gaya kolar ini berbentuk seperti karakter 厂 (chang). Orang putih panggil "Mandarin collar" dan "Chinese button knot", tapi gaya ni bukanlah gaya "Chinese" yang asal. pic.twitter.com/jUqVZfRqWE
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Selepas Revolusi 1911 yang menggulingkan Qing, lelaki China Han telah memotong tocang yang dianggap sebagai simbol penghambaan. Tapi diorang tak kembali kepada gaya rambut dan pakaian lama, sebaliknya memilih gaya moden. pic.twitter.com/mikWa8GZV1
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Tidak lama kemudian, Pengasas Republik China Sun Yat-sen pula memperkenalkan pakaian gaya moden bernama Zhongshan Suit sebagai pakaian rasmi.
Pengasas Republik China, Sun Yat-sen (kiri) memperkenalkan pakaian gaya moden ala Nehru Suit yang bernama Zhongshan Suit (中山裝) sebagai pakaian rasmi. Tapi pakaian ni siyes tak lawa. Komunis macam Mao Zedong (kanan) yang suka pakai, sehingga dikenali sebagai "Mao suit". pic.twitter.com/iGtdKAkyF6
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Changshan/Qipao/Cheongsam ni pada awalnya adalah lebih labuh, tapi lama-kelamaan jadi makin singkat dan hilang konotasi gender equality tersebut. pic.twitter.com/vbcDC3z4DU
— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) May 23, 2022
Cheongsam dan Samfu telah dipopularkan sehingga dikenali oleh satu dunia sebagai pakaian Cina, walaupun sejarahnya yang singkat.
Kepada anda yang ingin membaca perkongsian penuh kisah sejarah tentang pakaian ini, boleh [KLIK DI SINI].
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.