Now Reading
Ini Sejarah Pakaian Tradisional Kaum Cina Yang Ramai Salah Faham

Ini Sejarah Pakaian Tradisional Kaum Cina Yang Ramai Salah Faham

Sebenarnya, Cheongsam dan Samfu bukanlah satu-satunya pakaian tradisional kaum Cina.

CHEONGSAM DAN SAMFU (1)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kaum akan ada pakaian tradisional masing-masing. Contohnya kaum Melayu terkenal dengan persalinan baju kurung serta baju melayu. Kalau ditanya tentang pakaian tradisional kaum Cina pula, mesti ramai yang jawab Cheongsam dan Samfu kan?

Tetapi jika mengikut sejarah, Cheongsam dan Samfu ini hanya wujud lebih 100 tahun manakala tamadun Cina pula sudah lebih berusia daripada itu. Jadi apa sebenarnya pakaian tradisional kaum Cina?

Jom baca perkongsian dari seorang pengguna Twitter ini (AymanRashdanW) untuk kita sama-sama mempelajari tentang sejarah pakaian kaum Cina.

Sejarah Cheongsam dan Samfu

Cheongsam disebut sebagai Changshan dalam bahasa Kantonis yang membawa maksud jubah panjang manakala Samfu yang disebut Sanku bererti baju (shan) dan seluar (ku).

Baju yang dipakai oleh kaum lelaki itu juga biasa dipanggil Tangzhuang iaitu baju Tang yang merujuk kepada China.

Sumber: Twitter

Kebiasaannya masyarakat akan mengaitkan baju Cheongsam dengan wanita dan Samfu sebagai pakaian lelaki. Sebenarnya kedua-dua pakaian ini adalah unisex cuma berbeza dari segi reka bentuk sahaja.

Kaum lelaki yang ingin memakai Cheongsam boleh memadankan baju berkenaan dengan jaket dan membentuk pakaian digelar Changshan Magua.

Wanita zaman dahulu juga mengenakan Samfu ketika ingin masuk ke dalam hutan kerana tidak sesuai pula jika memakai jubah atau kain panjang ke dalam kawasan penuh dengan kayu serta ranting.

Pada zaman Qing ketika 300 tahun sebelumnya, Cheongsam atau Qipao hanya dipakai oleh golongan wanita minoriti (Manchu) kerana kebanyakan wanita Han memakai baju dan kain panjang yang diberi nama ‘pifeng’.

Bagi kaum lelaki pada zaman Qing pula mereka menggayakan pakaian Changsan Magua atau Shanku mengikut aktiviti mereka.

Perubahan pakaian mengikut peredaran dinasti

Pada zaman Zhou (1046-256 sebelum Masihi), pakaian kaum China mempunyai kolar bersilang berbentuk Y, tiada butang dan diikat dengan tali dalam baju serta pinggang.

Tidak lama selepas itu, pakaian kaum Cina hampir serupa pula dengan pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.

Tidak lama selepas itu, kaum China sebenar yang merupakan golongan Han dipaksa untuk mengubah gaya pakaian kepada gaya Machu dengan menjadi botak di bahagian depan serta tocang di belakang.

Pakaian berkolar Y juga ditukar kepada kolar berbutang.

Tidak lama kemudian, Pengasas Republik China Sun Yat-sen pula memperkenalkan pakaian gaya moden bernama Zhongshan Suit sebagai pakaian rasmi.

Cheongsam dan Samfu telah dipopularkan sehingga dikenali oleh satu dunia sebagai pakaian Cina, walaupun sejarahnya yang singkat.

Kepada anda yang ingin membaca perkongsian penuh kisah sejarah tentang pakaian ini, boleh [KLIK DI SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd