Now Reading
KL Raih Tempat Ke-2 Untuk Bandar Terbaik Di Rantau Asia Tenggara

KL Raih Tempat Ke-2 Untuk Bandar Terbaik Di Rantau Asia Tenggara

Menerusi senarai Indeks Bandar Global oleh Oxford Economics 2024, Kuala Lumpur mendahului di tangga ke-2 berbanding 12 bandar lain di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak beberapa tahun lalu, bandar Kuala Lumpur telah meraih anugerah dan dinobatkan beberapa prestasi cemerlang.

Seperti tahun lalu, Kuala Lumpur diiktiraf sebagai bandar ke-8 terbaik di dunia untuk didiami oleh ekspatriat atau warga asing yang datang bekerja di sesebuah negara.

Untuk info, penilaian dibuat berdasarkan beberapa kriteria antaranya seperti kualiti hidup, kemudahan menetap dan kewangan peribadi.

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Tempat Ke-8 Terbaik Di Dunia Untuk Diduduki Golongan Ekspatriat


KL Bandar Ke-2 Terbaik Di Asia Tenggara

Indeks Bandar Global oleh Oxford Economics 2024 telah menempatkan Kuala Lumpur sebagai bandar kedua terbaik di rantau Asia Tenggara.

Dalam senarai itu, Kuala Lumpur berada di tempat ke-135 daripada 1,000 bandar raya di seluruh dunia di mana Singapura mendahului di tempat ke-42 dalam indeks.

Sumber: Pexels

Bandar utama lain di Asia Tenggara termasuklah Bangkok (Thailand) di tempat ke-192, Manila (Filipina) di tempat ke-256, dan Jakarta (Indonesia) di tempat ke-284.

Senarai berkenaan juga terdiri daripada 12 bandar lain di Malaysia iaitu:

  • Georgetown – 351
  • Melaka – 359
  • Johor Bahru – 376
  • Butterworth-Bukit Mertajam – 385
  • Kota Kinabalu – 391
  • Kuantan – 412
  • Kuching – 419
  • Kota Bharu – 433
  • Seremban – 447
  • Kuala Muda – 459
  • Ipoh – 465

Bagaimana Setiap Bandar Dinilai?

Indeks tersebut menilai dan meletakkan kedudukan bandar menerusi lima kategori iaitu ‘Ekonomi’, ‘Modal Insan’, ‘Kualiti Hidup’, ‘Alam Sekitar’ dan ‘Tadbir Urus’.

Kategori Ekonomi mengukur daya hidup ekonomi bandar dalam pembangunan bandar, peluang pekerjaan, akses kepada barangan dan perkhidmatan serta banyak lagi.

Kategori Modal Insan pula mengukur pengetahuan dan kemahiran kolektif penduduk di bandar. Ini secara tidak langsung mencerminkan dinamik pencapaian pendidikan, inovasi, dan bilangan tenaga kerja yang pelbagai dan berkemahiran tinggi.

Sementara itu, kategori Kualiti Hidup mengukur sosioekonomi penduduk, termasuk kesejahteraan, kebolehdiaman bandar, bakat individu dan kebahagiaan umum masyarakat setempat. Ia juga mencerminkan dasar bandar dan kerancakan budaya.

Foto: Taman Negara

Bagi kategori Alam Sekitar, ia diukur melalui komitmen bandar terhadap kelestarian alam sekitar dan kecenderungan untuk terjejas akibat perubahan iklim. Ia membawa skor lebih untuk Kuala Lumpur kerana persekitaran alam semula jadi yang cemerlang melalui penggubalan dasar dan geografi.

Tadbir urus yang baik memupuk kepercayaan, perpaduan sosial dan akses yang saksama kepada peluang. Ini bermakna tadbir urus yang lemah membawa kepada ketidakcekapan, rasuah, dan pergolakan sosial.

Memandangkan tadbir urus bandar terikat dengan kerajaan negara, kategori tersebut dinilai pada peringkat kebangsaan.

Bandar yang mendapat markah tinggi dalam kategori Tadbir Urus menampilkan institusi yang melindungi hak penduduk mereka dan memupuk kestabilan politik.


Pencapaian KL Untuk Setiap 5 Kategori Yang Dinilai

Kuala Lumpur menduduki tempat ke-106 dalam Ekonomi, ke-21 dalam Modal Insan, ke-391 dalam Kualiti Hidup, ke-526 dalam Alam Sekitar dan ke-334 dalam Tadbir Urus.

Kedudukan tersebut menunjukkan Kuala Lumpur, seperti mana-mana bandar lain mempunyai kekuatan dan kelemahannya tersendiri.

Menerusi data yang sama, kita dapat lihat bahawa bidang yang manakah memerlukan penambahbaikan.


Bandar Terbaik Seluruh Dunia

Dalam ranking 2024, bandar teratas yang dinobatkan dalam Oxford Economics memperoleh markah seperti berikut:

  • New York, Amerika Syarikat (AS) – 100%
  • London, United Kingdom – 99.4%
  • San Jose, AS – 98.5%
  • Tokyo, Jepun – 97.8%
  • Paris, Perancis – 96.3%
  • Seattle, AS – 95.8%
  • Los Angeles, AS – 95.4%
  • San Francisco, AS – 94.7%
  • Melbourne, Australia – 94.6%
  • Zurich, Switzerland – 94.2%

Indeks tersebut menekankan bahawa mendapatkan gelaran bandar terbaik di dunia adalah satu perkara yang sukar kerana ia bergantung kepada pelbagai faktor.

Sebagai contoh, New York dan London menunjukkan prestasi terbaik dalam kategori Ekonomi dan Modal Insan manakala San Jose dan Paris mempunyai markah yang kukuh dalam kategori Kualiti Hidup.

Bandar seperti Melbourne dan Zurich tidak begitu mendahului dari segi ekonomi tetapi mendapat manfaat daripada skor Alam Sekitar atau Kualiti Hidup yang unggul.

Untuk info lanjut, anda boleh memuat turun Indeks Bandar Global Ekonomi Oxford penuh 2024 [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Tahun 2023

Baca Artikel Berkaitan: Kuala Lumpur Raih Bandar Ke-6 Jadi Tuan Rumah Bengkel Siswazah Universiti Manchester UK


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd