Now Reading
Si Kecil Umur 1 Tahun 2 Bulan Terpaksa Jalani 5 Pembedahan Kerana Penyakit Kronik

Si Kecil Umur 1 Tahun 2 Bulan Terpaksa Jalani 5 Pembedahan Kerana Penyakit Kronik

Antara masalah kesihatan yang sedang dilalui anak kecil bernama Mikhayla Aafiyah adalah jantung berlubang dan injap sempit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sudah pasti rata-rata semua individu mahukan tubuh badan yang sihat tanpa sebarang penyakit bahaya.

Namun sebagai manusia biasa, kita hanya mampu merancang manakala yang selebihnya terserah pada Tuhan Maha Esa.

Lebih menyayat hati apabila penyakit tersebut menyerang anak-anak kecil yang baru sahaja menjalani kehidupan mereka.


Anak Perempuan Umur Setahun Dua Bulan Terpaksa Jalani 5 Pembedahan

Itulah nasib yang menimpa seorang bayi perempuan dikenali sebagai Mikhayla Aafiyah Abdul Muhai­min apabila telah menjalani lima pembedahan walaupun baru mencecah umur setahun dua bulan.

Antara masalah dilalui oleh anak perempuan tersebut adalah jantung berlubang, injap sempit serta kelai­nan otot jantung.

Menurut si bapa, Abdul Muhaimin Muhammad Farid, 35, dia bersama isteri Nur’amirah Muhamad Suhaimi, 32, mengetahui tentang keadaan anaknya sewaktu minggu ke-26 kehamilan akibat ketulan yang dilihat di belakang leher.

Selepas Aafiyah lahir secara pembedahan, doktor mengesahkan anak saya mengalami masalah genetik setelah pelbagai pemeriksaan termasuk ujian kromosom dijalankan.

Abdul Muhaimin.
Sumber: Kosmo

Pembedahan 2 Kali Untuk Saluran Pernafasan Tak Berjaya

Tambah si bapa yang juga bekas guru kelas Al-Quran dan Fardu Ain itu, dua daripada keseluruhan pembedahan yang dilalui oleh anaknya bertujuan bagi membesarkan saluran pernafasan. Pun begitu, kedua-dua pembedahan tersebut dikatakan tidak berjaya.

“Doktor buat sekali lagi pembedahan dengan menebuk leher Aafiyah. Apabila lama di wad, dia berdepan jangkitan paru-paru selain memerlukan ubat berharga RM18,000.

“Dengan masalah paru-paru ditambah lagi jantung, Aafiyah dibedah kali keempat bagi memasukkan belon dan pembedahan kali kelima dilakukan selepas mendapati lemak terkumpul di bahagian paru-paru,” ujar Abdul Muhaimin.


Senyuman Si Kecil Asbab Kekuatan Untuk Ibu Bapa

Ibu bapa mana yang tidak akan berasa hiba dah luluh hati melihat keadaan anak sebegitu rupa. Mana tidaknya, terpaksa menanggung kesakitan seawal usia muda, walhal sepatutnya membesar dengan baik di sisi ibu bapa di rumah.

Walau bagaimanapun, senyuman manis Aafiyah setiap kali sedar daripada pembedahan adalah asbab kekuatan mereka untuk berjuang demi kesihatan anak.


Aafiyah Tunggu Giliran Untuk Pembedahan Masalah Kelainan Otot Jantung

Berbicara mengenai keadaan terkini si kecil, Aafiyah dalam proses menunggu giliran untuk pembedahan seterusnya melibatkan masalah kesihatan kelainan otot jantung. Kos keseluruhan untuk pembedahan kali ini masih belum dimaklumkan.

Urat (berkaitan jantung) Aafiyah sepatutnya kecil, tapi dia memiliki urat besar. Tiada cara lain kena buat pembedahan. Aafiyah baru keluar dari Hospital Serdang sebelum Aidilfitri selepas 10 bulan.

Ayah kepada Aafiyah.

Bapa Berhenti Kerja Untuk Jaga Anak

Melihat kepada keadaan kesihatan anak yang serius, si bapa terpaksa berhenti daripada pekerjaan sedia ada dan kini tinggal bersama mentua.

“Dari segi penjagaan, kami perlukan RM1,500 sebulan termasuk susu khas berharga RM90. Saya rancang untuk cuba kerja seperti p-hailing (selepas keadaan mengizinkan),” katanya kepada Kosmo.

Buat orang ramai yang berhasrat untuk membantu anda boleh menghubungi Abdul Muhaimin di talian 013-916 4430 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: Bapa Terpaksa Berhenti Kerja Demi Jaga Anak Kesayangan Hidap Leukemia

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Akan Kenang Sepanjang Hayat”- Lelaki Dedah Siti Nurhaliza Pernah Bantu Bayar Kos Bedah Jantung Anak [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Rayu Bantuan RM100,000 Untuk Tampung Kos Rawatan Bedah Jantung Anak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd