Now Reading
Lelaki Tikam Rakan Kerana Minum Air Oren Miliknya Ketika Iftar, Suspek Kini Ditahan Polis

Lelaki Tikam Rakan Kerana Minum Air Oren Miliknya Ketika Iftar, Suspek Kini Ditahan Polis

Suspek warga Pakistan berusia 51 tahun telah menikam rakannya menggunakan pisau selepas mangsa didapati meminum air oren miliknya ketika berbuka puasa.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak akhir-akhir ini, kes melibatkan jenayah pembunuhan dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat dan berada pada tahap membimbangkan.

Lebih merisaukan lagi, penjenayah tersebut adalah dalam kalangan kenalan yang rapat seperti rakan-rakan mereka sendiri.

Sesetengah kes itu juga dipercayai berlaku oleh kerana salah faham yang kecil sehingga menimbulkan kemarahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.

Baca Artikel Berkaitan: Bunuh Kawan Baik 4 Tahun Lepas, Bekas Pelajar Tingkatan 6 Dihukum Penjara 30 Tahun

Baca Artikel Berkaitan: Tikam Rakan Wanita Hingga Mati Lepas Makan Tengahari, Suspek Kini Ditahan Polis


Lelaki Tikam Rakan Kerana Minum Air Oren Miliknya Ketika Buka Puasa

Dalam kes terbaharu menerusi laporan NST, seorang lelaki telah ditikam oleh rakan sekerja hanya kerana meminum air milik suspek ketika berbuka puasa.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah asrama pekerja di kilang berhampiran Seksyen 36, Shah Alam semalam (19 Mac).

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim memaklumkan bahawa laporan mengenai insiden tersebut telah diterima sekitar jam 7:20 malam.

Iqbal berkata kejadian didakwa berlaku selepas lelaki terbabit berang apabila mangsa menikmati minuman milik suspek ketika berbuka puasa.

Sumber: Astro Awani

Siasatan mendapati bahawa suspek dan mangsa merupakan warga Pakistan berusia 51 tahun dan 49 tahun yang bekerja sebagai buruh am.

Kejadian berpunca daripada kemarahan suspek apabila mangsa meminum jus orennya ketika berbuka puasa menyebabkan suspek bertindak menikam mangsa berkali-kali menggunakan pisau yang diambil dari dapur.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Suspek Sudah Ditahan Pihak Polis

Selepas laporan polis diterima, suspek telah ditahan di lokasi kejadian pada jam 7:30 malam hari yang sama dan merampas sebilah pisau dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika hukuman mati tidak dikenakan pesalah juga boleh dikenakan hukuman rotan tidak kurang daripada 12 kali.

Susulan kejadian yang berlaku, pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kes berkenaan untuk segera menghubungi Asisten Superintendent Penyiasat Md Anuar Md Amilah @ Harun di talian 019-2255597.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd