Now Reading
Tikam Rakan Wanita Hingga Mati Lepas Makan Tengahari, Suspek Kini Ditahan Polis

Tikam Rakan Wanita Hingga Mati Lepas Makan Tengahari, Suspek Kini Ditahan Polis

Wanita yang ditikam beberapa kali hingga mati sekitar kawasan parkir sebuah restoran di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung, Klang kemudian dibawa pulang ke rumah suspek.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak kebelakangan ini, kes pembunuhan dalam kalangan rakyat Malaysia dilihat semakin meningkat dan berada pada tahap membimbangkan.

Baca Artikel Berkaitan: Pegawai Polis Langgar Murid Bakal Ditahan Kerja Lepas Didakwa Di Mahkamah Hari Ini

Seperti semalam, satu lagi kes dilaporkan berlaku apabila seorang lelaki telah menikam rakan wanitanya beberapa kali menggunakan pisau sejurus selepas makan bersama di sebuah restoran.

Kejadian berlaku di kawasan parkir restoran terbabit di Jalan Bayu Tinggi 5, Taman Chi Liung, Klang. Lelaki berusia 44 tahun itu kemudian memasukkan mangsa yang berlumuran darah ke dalam keretanya sebelum memandu pulang ke kediamannya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar.


Suspek Tikam Diri Sendiri Lepas Mangsa Tidak Lagi Bernyawa

Selepas cuba mengejutkan dan mendapati mangsa tidak lagi bernyawa, suspek telah bertindak mencederakan dirinya dengan menikam badan sendiri sebelum diberkas oleh pihak polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima maklumat daripada orang awam yang melaporkan seorang wanita ditikam oleh seorang lelaki di lokasi berkenaan.

Tambahnya, insiden berlaku pada 18 Disember lalu kira-kira jam 1.20 pada petang ketika mangsa wanita warga tempatan, 26, berjumpa dengan suspek di sebuah restoran sebelum ditikam berdekatan kereta selepas mereka selesai makan tengah hari.

“Suspek ditahan jam 4.20 petang oleh sepasukan polis dari Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, sebelum pemeriksaan lanjut menemukan wanita berkenaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” jelasnya.

Sumber: X (Twitter @mynewshub)

Banyak Kesan Tikaman Pada Badan Mangsa

Dalam pada itu, PDRM turut memaklumkan bahawa mereka menemui sebilah pisau dipercayai digunakan suspek untuk menikam.

Mengulas lanjut, Hoong Fong berkata hasil bedah siasat menemukan banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan mangsa. Manakala punca kematian disebabkan kesan tikaman yang tembus ke bahagian jantung.


Suspek Direman Selama 7 Hari

Hasil siasatan polis mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan kini direman selama tujuh hari bermula semalam (19 Disember).

Susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis masih menyiasat punca sebenar kejadian.

PDRM dalam masa sama menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menyalurkannya terus ke kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Sumber: Facebook Polis Klang Selatan
Sumber: Facebook Polis Klang Selatan

Hubungi Pihak Ini Jika Mempunyai Masalah Kesihatan Mental

Jika anda atau kenalan terdekat mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami kongsikan beberapa pihak yang boleh dihubungi untuk membantu. Antaranya:

1. Malaysian Mental Health Association (MMHA)
2. Befriends
  • Nombor telefon (Kuala Lumpur): +60379568145
  • Nombor telefon (Ipoh): +6055477933
  • Nombor telefon (Pulau Pinang): +6042815161
  • E-mel: sam@befrienders.org.my
  • Website: https://www.befrienders.org.my/
3. All Women’s Action Society (AWAM)

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Ibu Bapa: 3 Tikaman Ditemui Di Kepala, Leher & Muka Kedua-dua Mangsa

Baca Artikel Berkaitan: Zayn Rayyan Disyaki Mati 48 Jam Sebelum Ditemui, Terdapat Kesan Luka Cuba Pertahankan Diri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd