Now Reading
“Truth Matters” – Starbucks Malaysia Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Buat Rakyat Msia

“Truth Matters” – Starbucks Malaysia Akhirnya Tampil Beri Penjelasan Buat Rakyat Msia

Starbucks Malaysia telah menjelaskan setiap persoalan yang sering diajukan tentang jenama ini sejak berlakunya konflik Palestin-Israel pada 7 Oktober 2023.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Starbucks Malaysia hari ini (28 Februari 2024) menerusi satu kenyataan rasmi telah memaklumkan bahawa pihak mereka akan berkongsi beberapa fakta tentang pendirian dan perjuangan mereka.

Kenyataan bertajuk ‘Truth Matters’ itu menerangkan mengenai kebenaran dan ketelusan pihak Starbucks Malaysia untuk memenuhi misi dan janji mereka.

Credit: @trance/Unsplash

Kami memahami kebimbangan mengenai masa kenyataan kami dikeluarkan. Matlamat kami adalah untuk memastikan komunikasi yang bernas dan tepat. Kami mengambil masa untuk mengumpulkan maklumat, menilai situasi secara menyeluruh dan memberikan respons yang sejajar dengan nilai kami.

Starbucks kepada TRP.

Truth Matters – Starbucks Malaysia

Mengulas lanjut, pihak Starbucks Malaysia memaklumkan bahawa disebabkan banyak maklumat palsu dan mengelirukan dilihat terus tular tentang jenama ini, mereka membuat keputusan untuk menjawab beberapa soalan ‘common’ yang sering diajukan oleh orang ramai.

Jelas mereka lagi, soalan-soalan berkenaan telah dijawab diikuti dengan fakta.

Gambar sekadar hiasan.

“Di Starbucks, kebenaran dan ketelusan adalah penting untuk memenuhi misi dan janji kami serta mengamalkan nilai kami. Jadi, apabila maklumat yang salah tentang syarikat kami tular sepantas kilat dalam dunia yang semakin terpolarisasi, kami percaya ia adalah penting untuk kami merespon dengan fakta dan mengulangi pendirian kami,” ujar kenyataan tersebut.


#1. Fakta Tentang Starbucks Corporation.

Walaupun akar umbi kami adalah dari Amerika Syarikat, kami adalah syarikat global dengan cawangan di 86 pasaran, termasuk lebih 1,900 cawangan di 11 pasaran Timur Tengah dan Afrika Utara yang memiliki lebih daripada 19,000 partner (pekerja).

Di semua pasaran kami menjalankan perniagaan, kami berbangga menjadi sebahagian daripada komuniti tempatan, di mana kami bekerja secara langsung dengan rakan kongsi tempatan yang mengendalikan cawangan kami, memberi peluang pekerjaan kepada beribu warga tempatan, melayani berjuta pelanggan dan memberi impak positif kepada masyarakat melalui sokongan kami terhadap kawasan kecil dan bandar.

“Starbucks adalah organisasi, bukan politik,” tegas mereka.

400,000 partner (pekerja) kami di seluruh dunia mempunyai perspektif yang berbeza tentang pelbagai topik. Tanpa mengira spektrum kepercayaan, Starbucks adalah organisasi bukan politik. Starbucks mahupun bekas pengerusi/presiden/ketua pegawai eksekutifnya, Howard Schultz, tidak memberikan sokongan kewangan kepada kerajaan Israel dan/atau Tentera Israel dalam apa jua cara.

Kami berpendirian dan kekal fokus untuk memelihara warisan syarikat kami dengan berhubung bersama partner (pekerja) dan pelanggan kami sambil menikmati secawan kopi berkualiti tinggi dan menawarkan pengalaman terbaik kepada mereka, tanpa mengira lokasi geografi.

#2. Fakta Tentang Starbucks Malaysia.

Starbucks di Malaysia dimiliki sepenuhnya oleh syarikat tersenarai awam Malaysia.

Gambar sekadar hiasan.

Selama lebih 25 tahun, kami konsisten dalam menunjukkan komitmen kami untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat, termasuk sokongan aktif untuk komuniti tempatan, Kerajaan semasa dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) melalui pelbagai inisiatif yang secara langsung direka untuk meningkatkan dan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

Dengan lebih 5,000 pekerja di 400 cawangan, tenaga kerja kami terdiri sepenuhnya daripada rakyat Malaysia, termasuk individu kurang upaya.

#3. Apakah Tanggapan Starbucks Mengenai Kekejaman Yang Sedang Berterusan?

Pendirian kami tetap tidak berubah. Starbucks menjunjung tinggi kemanusiaan. Kami mengutuk kekerasan, kehilangan nyawa orang yang tak berdosa, serta semua ujaran kebencian.

Meskipun pernyataan yang tidak benar tular melalui media sosial, kami tidak memiliki agenda politik. Kami tidak menggunakan keuntungan kami untuk membiayai operasi Kerajaan atau ketenteraan di mana jua dan tidak pernah melakukannya.

#4. Adakah Starbucks Beroperasi di Timur Tengah?

Ya. Starbucks telah berada di Timur Tengah selama lebih dari 20 tahun. Sekitar 19,000 partner (pekerja) apron hijau di seluruh wilayah melayani jutaan pelanggan setiap hari.

Bersama rakan kongsi tempatan, Alshaya Group (perniagaan swasta keluarga Kuwait), mengoperasikan hampir 2,000 cawangan Starbucks di kawasan Timur Tengah dan Afrika Utara. Ketika ini di wilayah tersebut, kami hanya memiliki cawangan di Bahrain, Mesir, Jordan, Kuwait, Lebanon, Maghribi, Oman, Qatar, Arab Saudi, Turki, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia adalah penting untuk kami memaklumkan bahawa Starbucks tidak mempunyai sebarang cawangan di Israel.

Gambar sekadar hiasan.

Meskipun pernyataan yang tidak benar tular melalui media sosial, kami tidak memiliki agenda politik. Kami tidak menggunakan keuntungan kami untuk membiayai operasi Kerajaan atau ketenteraan di mana jua dan tidak pernah melakukannya.

#5. Adakah Starbucks Sebuah Organisasi Politik?

Tidak. Meskipun pernyataan yang tidak benar tular melalui media sosial, kami tidak memiliki agenda politik. Kami tidak menggunakan keuntungan kami untuk membiayai operasi Kerajaan atau ketenteraan di mana jua dan tidak pernah melakukannya.

#6. Benarkah Starbucks Atau Howards Schultz Memberikan Sokongan Kewangan Kepada Israel?

Tidak. Ini sama sekali tidak benar. Tuduhan tentang Starbucks atau Howard memberikan sokongan kewangan kepada Kerajaan Israel dan/atau Angkatan Tentera Israel adalah tidak tepat. Starbucks adalah sebuah Perusahaan tersenarai awam dan oleh itu diwajibkan untuk mendedahkan setiap pemberian korporat setiap tahun melalui kenyataan proksi.

#7. Pernahkah Starbucks Menyalurkan Keuntungannya Kepada Kerajaan Israel dan/atau Tentera Israel?

Tidak, Ini sama sekali tidak benar.

#8. Benarkah Starbucks Menutup Cawangannya di Israel Berdasarkan Isu Politik?

Tidak. Kami tidak membuat keputusan perniagaan berdasarkan isu politik. Kami memutuskan untuk membubarkan perkongsian kami di Israel pada tahun 2003 disebabkan oleh cabaran operasi berterusan yang kami alami dalam pasaran itu. Kami percaya ia kekal sebagai keputusan yang tepat untuk perniagaan kami.

#9. Adakah Anda Mempunyai Rancangan Untuk Membuka Semula Sekiranya Ada Peluang?

Bila dan di mana kami melihat sesebuah kes perniagaan adalah logik dan sesuai untuk jenama Starbucks dalam pasaran, kami akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi tempatan untuk menilai kebolehlaksanaan penawaran jenama kami kepada komuniti itu.

Kami akan terus menilai semua peluang berdasarkan ini. Ketika ini, kami akan terus mengembangkan perniagaan kami di Timur Tengah kerana kami sangat berpuas hati dengan penerimaan kukuh jenama kami di rantau itu. Kami terus bekerjasama rapat dengan rakan perniagaan kami, Kumpulan Alshaya dalam membangunkan rancangan kami untuk rantau itu.

#10. Mengapakah Starbucks Memfailkan Litigasi Terhadap Workers United?

Pada awal Oktober 2023, kenyataan tentang kekejaman yang berterusan telah dimuat naik di media sosial ‘Workers United of Starbucks’ menggunakan logo dan nama syarikat kami, yang kemudiannya dikaitkan dengan Starbucks dan bukannya Workers United mahupun ahli gabungan/wakilnya.

Kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan yang membawa kepada ancaman kepada pekerja kami, kerosakan pada cawangan kami dan gesaan untuk memboikot. 

Starbucks menghormati hak orang lain untuk menyatakan pandangan mereka sendiri mengenai isu politik dan sosial. Walau bagaimanapun, Starbucks tidak meluluskan penyalahgunaan nama dan logo Starbucks apabila menyatakan pandangan tersebut.

BACA JUGA: Perlukah Starbucks, Coca-Cola dan McDonald’s diboikot dalam usaha menentang Israel?

BACA JUGA: Berkesan Ke Kalau Boikot Produk Yang Sokong Israel?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd