Now Reading
[Video] 5 ‘Common Sense’ Bila Tumpang Kereta Rakan & Orang Lain, Jangan Ambil Mudah!

[Video] 5 ‘Common Sense’ Bila Tumpang Kereta Rakan & Orang Lain, Jangan Ambil Mudah!

Antara common sense yang ditekankan adalah seperti mengucapkan terima kasih selepas menumpang kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila nak pergi ke sesuatu tempat, orang ramai lebih cenderung untuk berkongsi kereta atau menumpang kenalan mereka lebih-lebih lagi jika menuju ke lokasi yang sama. Situasi tersebut lebih dikenali dengan panggilan ‘carpool’.

Carpool ini memberi pelbagai kebaikan bukan sahaja kepada alam sekitar dan kewangan tetapi juga menjimatkan tenaga.

Namun begitu, ramai di antara orang ramai di luar sana bertindak sesuka hati apabila menumpang kereta orang lain walhal kereta tersebut bukan miliknya.

Sumber: Pexels

Lelaki Kongsi 5 Common Sense Ketika Tumpang Kereta Orang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@altimatsaujana) apabila seorang lelaki berkongsi perkara-perkara yang perlu diambil perhatian setiap kali menumpang kereta rakan atau kenalan.

Buat mereka yang selalu carpool kenderaan orang lain, take note ya. Antaranya:

#1. Bersihkan Kotoran Daripada Kasut Sebelum Menaiki Kereta

Ketika berada di luar, sudah tentu anda akan memijak dan melalui kawasan yang kotor seperti jalan tar, pasir atau tanah. Kadangkala jalan yang lembab juga menyebabkan sisa tanah melekat pada permukaan tapak kasut.

Perkara itu boleh menyebabkan alas kaki di kereta mudah kotor. Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk anda mengetuk dulu kedua-dua belah selipar atau kasut di luar sebelum menaiki kenderaan.

Sumber: TikTok (@altimatsaujana)

Maklumlah, mencuci kereta memerlukan kos, dengan cara tersebut rakan anda tidak perlu bersusah mengeluarkan duit semata-mata untuk membersihkan kotoran yang anda lakukan.

#2. Jangan Hempas Pintu Kereta

Seterusnya adalah dengan menutup pintu dengan perlahan dan tidak menghempaskannya. Segelintir individu dikatakan sering menghempas pintu kereta dengan kuat setiap kali masuk dan keluar dari kenderaan.

“Jangan hempas (pintu). Rakan korang tu tak habis bayar lagi kereta tu. Kalau tercabut sebelah pintu, nak naik apa?” kata lelaki tersebut.

Sumber: Freepik
#3. Hulur Duit Minyak

Seterusnya adalah dengan menghulurkan sedikit wang untuk membayar minyak kereta. Dengan cara ini, si rakan akan berasa gembira kerana kos minyak tidak ditanggung sepenuhnya sebaliknya secara bersama.

“Kawan dah bawa jauh-jauh berjalan, healing apa semua. Ingat senang ke? Korang boleh buat-buat tidur pula,” jelas lelaki tersebut.

Sumber: Pexels
#4. Jangan Buat Rakan Menunggu

Perkara yang keempat ini adalah antara situasi yang sering berlaku di kalangan rakan-rakan iaitu bersiap lambat sehingga menyebabkan individu membawa kereta terpaksa menunggu lama.

Sumber: Freepik

Apabila rakan anda sudah berjanji untuk datang pada waktu ditetapkan, jangan pula anda sengaja bersiap lambat. Kadangkala ada juga kes di mana, seseorang individu itu mula bersiap selepas si rakan sudah tiba untuk menjemputnya.

Tindakan itu bukan sahaja menyusahkan rakan yang memandu malah ia juga adalah tidak beradab.

#5. Ucap Terima Kasih

Common sense terakhir yang sepatutnya dipraktikkan oleh orang ramai yang menumpang kereta rakan adalah mengucapkan terima kasih.

Ucapan terima kasih itu sebagai petanda diri sendiri menghargai usaha rakan untuk menjemput dan menghantar anda.

Sumber: Freepik

Walaupun anda kekurangan bajet untuk membayar duit minyak, mungkin kata-kata tersebut mampu membuatkan rakan anda lembut hati dan tidak mengungkit tentang isu bayar duit minyak pada masa akan datang.

@altimatsaujana Dah tahu menumpang kereta orang, common sense la sikit !! #bengkelkereta #bengkel #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelrepairaircondkereta #automotive #automotif #bengkelsaujanautama #bengkelsaujana #petronasautoexpert #altimatautogarage #serviskereta #serviceaircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #aircondkereta ##automotifmalaysia #bengkesaujana #bengkelkeretasaujanautama #bengkelsungaibuloh #bengkelkeretasungaibuloh #petronassaujanautama ♬ Epic Music(863502) – Draganov89

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd