Now Reading
[Video] Lelaki Terlibat Dalam Kemalangan Disyaki Pengsan Ketika Memandu

[Video] Lelaki Terlibat Dalam Kemalangan Disyaki Pengsan Ketika Memandu

Pihak polis menjelaskan hasil ujian mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol. Manakala ujian urin juga didapati negatif.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Pada Rabu (27 Oktober), satu kemalangan telah berlaku di Taman Jenaris, Kajang melibatkan seorang pemandu pacuan empat roda yang disyaki pengsan ketika memandu akibat perut kosong.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata dalam kejadian jam 6 petang, lelaki berusia 39 tahun itu memandu Toyota Hilux dalam perjalanan dari arah sebuah pasar raya di Prima Saujana menuju ke Kajang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, lelaki itu telah pengsan semasa memandu. Kemudian dia panik apabila tersedar dan berlaku kemalangan. Kenderaan tersebut telah masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza, sebelum melanggar rumah kedai,” jelas Mohd Zaid.

Memetik laporan, kedua-dua pemandu yang terlibat dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan, hanya kerosakan pada kenderaan.

Kredit: Sinar Harian

Pihak polis menjelaskan hasil ujian mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh alkohol. Manakala ujian urin juga didapati negatif.

Kes tersebut disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

Video tular

Pada Rabu, video berdurasi 1 minit 20 saat itu telah tular di media sosial memaparkan insiden kemalangan tersebut.

Malah, orang awam turut dilihat cuba untuk menghulurkan bantuan serta mengawal kesesakan susulan kemalangan yang berlaku pada ketika itu.

Tonton penuh di bawah:

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membiarkan perut kosong sebelum meneruskan perjalanan atau keluar dari rumah bagi mengelakkan perkara tidak diingini seperti ini berlaku.


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd