Now Reading
Taylor’s University Lantik Naib Canselor & Presiden Baharu Dari Scotland

Taylor’s University Lantik Naib Canselor & Presiden Baharu Dari Scotland

Profesor Barry Winn sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik Pembangunan di Universiti Bradford dan Naib Canselor Pro untuk Penyelidikan dan Perusahaan di Universiti Hull.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Susulan pencarian di peringkat antarabangsa untuk mengisi jawatan Naib Canselor dan Presiden baharu di Taylor’s University, Profesor Barry Winn telah menyertai institusi tersebut dengan membawa kepakarannya dalam kepimpinan melibatkan pendidikan tinggi, penyelidikan dan pembangunan akademik selama empat dekad.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Pendidikan Taylor, Datuk Loy Teik Ngan mengalu-alukan kehadiran Profesor Winn ke dalam komuniti Taylor’s University.

Sumber: Taylor’s University

“Kami berbesar hati menerima Profesor Winn sebagai Naib Canselor baharu dan Presiden Taylor’s University. Pengalamannya yang luar biasa dan kepimpinan yang berwawasan sangat bergema dengan komitmen kami untuk memupuk kecemerlangan dalam pendidikan.

“Kami sangat teruja untuk melihat transformatif yang akan dibawa oleh beliau bagi mendorong Taylor’s University ke tahap kejayaan dan inovasi baharu,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Pendidikan Taylor, Datuk Loy Teik Ngan.


Prestasi Kepimpinan Profesor Winn Dalam Pendidikan Tinggi

Profesor Winn mempunyai rekod prestasi yang cukup kukuh dalam kepimpinan beliau melibatkan pendidikan tinggi.

Semasa bergelar Naib Canselor di Universiti Sihar pada 2015 sehingga 2022, institusi tersebut telah berkembang dengan jumlah pelajar seramai 7,000 orang dan kakitangan akademik berjumlah 180 orang.

Profesor Winn juga sebelum ini pernah memegang jawatan di beberapa institusi ternama sebagai Timbalan Naib Canselor Akademik Pembangunan di Universiti Bradford dan Naib Canselor Pro untuk Penyelidikan dan Perusahaan di Universiti Hull.

Bukan itu sahaja, beliau turut berkhidmat sebagai Dekan Pusat Pengajian Sains Hayat di Universiti Bradford.

Profesor Winn telah menjelaskan visi beliau terhadap pencapaian Taylor’s University pada masa akan datang sambil berkata, “Saya akan memastikan kami terus menetapkan sasaran tinggi bagi membolehkan institusi ini mencapai potensi penuhnya dan menjadi pemimpin global dalam pengajaran progresif dan inovatif, penyelidikan, dan pemindahan pengetahuan.

“Visi sepanjang dekad akan datang adalah untuk meletakkan Taylor’s sebagai peneraju institusi dunia untuk menangani cabaran dunia moden.

“Bagi membolehkan perkara ini dicapai, kepimpinan saya akan mengutamakan persekitaran kampus yang positif dan menjadikan Taylor’s sebagai institusi pilihan untuk pelbagai komuniti pelajar dan kakitangan,” kata Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University Profesor Barry Winn.


Sumbangan Profesor Win Terhadap Penyelidikan

Sumber: Taylor’s University

Sumbangan Profesor Winn kepada penyelidikan patut diberi perhatian selepas beliau pernah menyemak 100 artikel jurnal dan tiga bab buku.

Ia secara tidak langsung mencerminkan komitmennya untuk mendalami pengetahuan dalam bidang optik dan sains penglihatan.

Beliau juga telah menyumbang kepada standard akademik melalui peranannya sebagai penyemak untuk Agensi Jaminan Kualiti (UK) dan Akreditasi Akademik Oman Pihak Berkuasa (OAAA) serta berkhidmat sebagai pemeriksa luar untuk program prasiswazah dan pascasiswazah serta PhD di beberapa universiti di seluruh dunia.

Baca Artikel Berkaitan: Taylor’s Bakal Beri Ganjaran RM10,000 Buat 5 Guru Berinspirasi

Baca Artikel Berkaitan: Hatta Dolmat & Taylor’s Bekerjasama Dalam Pengeluaran Koleksi Lestari

Baca Artikel Berkaitan: Taylor’s University Anjur Pengalaman Kulinari Di Hari Raya Buat Anak Yatim


Taylor’s University Rai Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Diplomatik China-Malaysia

Pada Sabtu lalu, Persatuan Pelajar dan Penyelidik China di Malaysia telah menganjurkan Majlis Gala Tahun Baru Cina di Taylor’s Lakeside Campus bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

Sumber: Taylor’s University

Majlis ini turut disertai oleh Duta Besar Luar Biasa dan Mutlak Republik Rakyat China di Malaysia iaitu Ouyang Yujing dan Presiden Persatuan Persahabatan Malaysia-China, Datuk Abdul Majid Ahmad Khan.

Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University Profoesor Barry Winn berkata ketika majlis tersebut, “Pada tahun ke-55 ini kami bersama-sama dengan badan pelajar dari 100 buah negara, kami menjadikannya sebagai tumpuan utama untuk konsisten memperjuangkan hubungan antarabangsa dan kepelbagaian budaya.”


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd