Now Reading
Taylor’s University Anjur Pengalaman Kulinari Di Hari Raya Buat Anak Yatim

Taylor’s University Anjur Pengalaman Kulinari Di Hari Raya Buat Anak Yatim

Taylor’s Culinary Institute menempatkan fasiliti-fasiliti bertaraf dunia dan tiga restoran mewah di Taylor’s Lakeside Campus untuk simulasi persekitaran kerja organisasi hospitaliti dan kulinari terkemuka.

Siti Murni
taylors university

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Pada 12 Mei lalu, Taylor’s Culinary Institute (TCI) telah menganjurkan majlis makan Malam Hari Raya Aidilfitri di Restoran Truffles di Taylor’s Lakeside Campus.

Majlis ini dihadiri 11 kanak-kanak berumur antara 12 hingga 17 tahun dari Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah, Batu Caves.

Selain daripada menikmati juadah yang dihidangkan, mereka turut menyertai pelbagai aktiviti seperti sesi ceramah motivasi mengenai industri kulinari dan hospitaliti oleh pensyarah Cef Abd Halim Tumin dan Encik Reuben Arthur serta demonstrasi adab makan dan minum.

Mereka juga berpeluang menonton sendiri proses penyediaan mocktail ‘Raya Nojito’ yang memaparkan bahan-bahan tempatan seperti limau kasturi, asam boi, longan dan serai.

Melalui makan malam ini dan sesi bersama ahli akademik, kami ingin mempamerkan yang terbaik daripada apa yang kami tawarkan dengan harapan untuk memberi inspirasi dan motivasi kepada kanak-kanak ke arah pengajian dan kerjaya masa depan dalam industri kulinari dan hospitaliti.

Cef Aaron Tang, Pengarah Program Advanced Diploma in Patisserie and Gastronomic Cuisine (ADC) dan Diploma in Culinary Arts.
taylors university
Antara menu empat hidangan yang disediakan sendiri oleh cef-cef berpengalaman dan pelajar TCI (kiri).
Minuman Raya Nojito yang begitu menyegarkan (kanan).
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Diinspirasikan Oleh Masakan Perancis dan Itali.

taylor's university

Diinspirasikan oleh masakan Perancis dan Itali, empat hidangan Continental terdiri daripada pelbagai hidangan termasuk:

  • Seafood Cannelloni
  • Pumpkin Soup
  • Chicken Ballotine
  • Trio Crème Brûlée, Cream Puffs dan Opera Cake
taylors university
Seafood Cannelloni (kiri), Pumpkin Soup (kanan).
(Sumber: Siti Murni/TRP)
taylors university
Chicken Ballotine (kiri), Trio Crème Brûlée, Cream Puffs dan Opera Cake (kanan).
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Saya berasa seronok berkumpul dan meraikan Hari Raya di Taylor’s bersama rakan sebaya, terutamanya menyaksikan bagaimana penyediaan makanan ‘fine dining’ sebelum dihidangkan. Ramai di antara kami tidak pernah menikmati hidangan seperti ini, jadi ia merupakan suatu pengalaman yang cukup menarik. Tergerak juga hati saya untuk mempertimbangkan bidang hospitaliti atau seni kulinari sebagai kerjaya masa depan.

Puteri Nadia Nursahhira binti Mohd Fairol, 16, yang kini menetap di Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nurr Jannah, Batu Caves.

Internship di Perancis.

taylor's university

Acara makan malam itu juga berfungsi sebagai sesi penghantaran buat 26 pelajar Advanced Diploma in Patisserie and Gastronomic Cuisine yang sedang menamatkan pengajian tahun terakhir mereka di Taylor’s.

Mereka yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa bakal memulakan latihan amali di restoran-restoran yang diberi taraf Bintang Michelin di Perancis dan Singapura seperti En Pleine Nature, L’Ambrosia dan Meta Restaurant.

Saya sangat teruja kerana diberi peluang ini untuk meningkatkan pengalaman saya dalam industri seni kulinari, terutama di restoran yang mendapat anugerah tinggi seperti Maison BRAS. Saya berharap dapat mengunakan kemahiran kulinari yang saya belajar untuk menaikkan taraf di restoran-restoran Malaysia.

Pelajar ADC Jack Yap Zhen Jie, 21, yang akan menjalani latihan amali di Maison BRAS di Perancis di bawah bimbingan Cef Sébastian Bras, anak kepada Cef Michel Bras, yang pernah diberi penghargaan tiga Bintang Michelin.

Jack juga menjelaskan bahawa dia sangat berminat untuk memasak di restoran Bintang Michelin dan jika peluang datang, dia juga ingin memulakan perniagaan sendiri sebaik sahaja menamatkan pengajian.

“Bagaimanapun, saya pasti akan meneruskan kerjaya saya dalam industri makanan dan minuman,” ujarnya.

taylors university

Sebagai peneraju antarabangsa dalam pendidikan seni kulinari dan hospitaliti, Taylor’s Culinary Institute menempatkan fasiliti-fasiliti bertaraf dunia dan tiga restoran mewah di Taylor’s Lakeside Campus untuk simulasi persekitaran kerja organisasi hospitaliti dan kulinari terkemuka.

Selain daripada suite dan latihan kulinari yang sama taraf dengan industri, Taylor’s Culinary Institute menawarkan diploma dwi anugerah bersama rakan-rakan industri terkemuka iaitu University of Toulouse-Jean Jaurès dan Academy of Toulouse.

Sejak 2010, kami telah menghantar lebih daripada 356 pelajar untuk pengalaman sekali seumur hidup dalam menjalani latihan amali di restoran-restoran Bintang Michelin. Beberapa alumni kami kini telah membuka restoran mereka sendiri atau bekerja di restoran terkenal seperti Kevin Wong dan Thirushaan Gunasakara yang masing-masing merupakan cef terkemuka di Meta Restaurant dan Spago Dining Room by Wolfgang Puck di Singapura.

Cef Frederic Raymond Paul Cerchi, Pengarah Taylor’s Culinary Institute.

Cef Frederic dalam masa yang sama mengatakan pengalaman bekerja secara langsung dengan cef terkemuka dalam melayani pelbagai pelanggan dan pengkritik makanan akan memastikan mereka menjadi graduan yang berkaliber tinggi dan bersedia untuk industri.

“Saya teruja untuk menyaksikan pertumbuhan dan kejayaan pelajar ADC kami yang selanjutnya sebaik sahaja mereka berada di luar negara,” jelasnya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one × 2 =

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd