Now Reading
“Utamakan Graduan Dalam Negara” – CUEPACS Bantah Cadangan Pelajar Asing Kerja Di Malaysia

“Utamakan Graduan Dalam Negara” – CUEPACS Bantah Cadangan Pelajar Asing Kerja Di Malaysia

Menurut Datuk Adnan Mat, cadangan membenarkan pelajar luar negara bekerja di Malaysia akan merugikan kerajaan yang telah melakukan pelaburan tinggi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isu mengenai peluang pekerjaan yang dikatakan tidak luas buat rakyat tempatan sering kali dibahas oleh orang ramai di media sosial.

Baru-baru ini, muncul cadangan oleh pihak berkaitan bagi mengambil lebih banyak pekerja asing untuk menerajui pekerjaan-pekerjaan dalam negara.


CUEPACS Bantah Cadangan Dasar Benarkan Pelajar Asing Kerja Di Malaysia

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam satu kenyataan memaklumkan bantahan cadangan dasar yang membenarkan pelajar asing bekerja di Malaysia bagi menampung kekurangan tenaga kerja mahir.

Menurut presidennya Datuk Adnan Mat, tindakan tersebut bukan sahaja menutup peluang pekerjaan buat graduan Malaysia malah ia juga bakal merugikan kerajaan yang telah melakukan pelaburan tinggi melalui institusi pengajian tinggi tempatan demi melahirkan generasi berkemahiran tinggi.

“Negara kita sudah berada di landasan yang tepat dalam melahirkan graduan tempatan yang berkemahiran tinggi dan tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja asing.

“Tindakan membenarkan pelajar asing untuk mengisi peluang pekerjaan di sektor teknologi tinggi di Malaysia ibarat kata pepatah kera di hutan disusukan, anak di rumah kelaparan,” ujarnya.

Sumber: Pexels

Tidak Adil Buat Pelajar Tempatan

Sementara itu, Adnan turut menegaskan bahawa cadangan itu adalah tidak adil bagi pelajar tempatan jika kerajaan membenarkan pelajar asing untuk menerokai peluang pekerjaan di Malaysia.

Tindakan itu turut disifatkan sebagai satu langkah ke belakang dalam membangunkan martabat graduan tempatan selain boleh mengakibatkan golongan tersebut menerima gaji yang lebih rendah.

Bukan itu sahaja, jelasnya lagi ia juga akan meningkatkan kadar pengangguran rakyat tempatan pada masa hadapan.

“Negara ketika ini sudah berada di landasan yang tepat dalam melahirkan graduan tempatan yang berkemahiran tinggi dan tidak lagi perlu bergantung kepada tenaga kerja asing,” tambahya.

Sumber: Malay Mail

Kenapa Majikan Sanggup Bayar Gaji Tinggi Kepada Pekerja Asing?

Sebelum ini, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), dilaporkan sedang mempertimbangkan kebenaran buat graduan antarabangsa untuk bekerja di negara ini.

Cadangan itu diusulkan bagi menampung kekurangan tenaga mahir dalam beberapa sektor termasuk elektrik dan elektronik (E&E).

Dalam pada itu, Adnan turut mempertikaikan segelintir majikan yang sanggup membayar upah tinggi kepada pekerja asing walhal kualiti pekerja tempatan adalah jauh lebih baik.

Pilih kasih atau double standard dalam isu upah ini, mengakibatkan ramai rakyat Malaysia memilih untuk berhijrah ke luar negara.

Datuk Adnan Mat.

Baca Artikel Berkaitan: Miliki Degree Bidang Kimia, Gadis Ini Redha Bekerja “Sementara” Di KFC


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd