Now Reading
Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Cuba Ceroboh Masuk Kediaman Taylor Swift

Lelaki Ditahan Polis Gara-gara Cuba Ceroboh Masuk Kediaman Taylor Swift

Menurut polis, individu mencurigakan yang cuba menceroboh kediaman Taylor Swift itu pernah difailkan saman atas kelakuan tidak senonoh pada 2017.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Sabtu lalu (20 Januari), pihak polis telah menahan seorang lelaki yang cuba menceroboh kediaman penyanyi dan penulis lagu terkemuka Taylor Swift di Tribeca, New York.

Polis menerima laporan tentang kejadian yang berlaku di Jalan Franklin apabila seorang individu mencurigakan bertindak sedemikian di rumah bintang terkenal itu. Walau bagaimanapun, sehingga kini namanya masih belum didedahkan, lapor Daily News.

Sumber: Instagram (@taylorswift)

Menerusi siasatan lanjut, polis telah menahan suspek kerana dia tidak dapat menjawab persoalan mengenai satu saman yang dikenakan ke atasnya kerana berkelakuan tidak senonoh di Brooklyn pada 2017.


Kes Individu Ceroboh Masuk Rumah Taylor Swift Pernah Berlaku

Umum sedia maklum penyanyi itu amatlah disanjungi dan diminati ramai seluruh dunia. Namun begitu, sikap segelintir peminat telah melampaui batas apabila sebelum ini kes ceroboh masuk ke kediamannya pernah berlaku di Manhattan.

Menurut pihak polis, Joshua Christian, 35, dari Brooklyn didakwa pernah muncul di kediaman bintang pop itu pada Julai 2022.

Difahamkan, Christian bertindak menjerit menerusi interkom (sistem telekomunikasi elektronik) di kediaman berkenaan dan memberi amaran akan mencederakan Taylor jika enggan bersama dengannya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Unsplash

Peminat Fanatik Cuba Dapatkan Akses Rumah Taylor Swift

Kes seperti itu tidak terhenti di situ sahaja apabila seorang individu dikenali sebagai Morgan Mank yang berada dalam keadaan mabuk merempuh bahagian tepi kediaman bintang pop tersebut menggunakan kenderaannya.

Dia juga berkata bahawa dia tidak akan meninggalkan kawasan itu selagi mana tidak bertemu dengan penyanyi tersebut.

Sementara itu, ada juga insiden yang lebih ekstrem pernah berlaku apabila peminat fanatik cuba mendapatkan akses ke atas hartanah Taylor yang lain iaitu rumahnya di Beverly Hills dan rumah agam di Rhode Island.

Kejadian sebegitu bukan sahaja memberi kemudaratan kepada privasi para artis, malah ia juga akan mengundang bahaya kerana tidak tahu niat sebenar mereka melakukan perkara itu.


Tips Keselamatan Untuk Elak Orang Pecah Masuk Rumah

Bagi mengelakkan kes orang pecah masuk rumah tidak berlaku, di sini kami kongsikan beberapa tips yang anda boleh dipraktikkan. Antaranya:

  • Terus laporkan kepada pengawal keselamatan sekiranya terdapat individu mencurigakan di sekitar kediaman.
  • Jangan biarkan pintu rumah terbuka walaupun hanya sebentar.
  • Jangan tinggalkan sebarang jenis nota di pintu rumah.
  • Segera menghubungi talian kecemasan 999 jika terlihat orang tidak dikenali masuk ke rumah jiran.
  • Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
Sumber: Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd