Now Reading
[Video] Tanya Harga Bilik Sebagai Taktik, Pekerja Hotel Di Sri Gombak Disamun Jam 3 Pagi

[Video] Tanya Harga Bilik Sebagai Taktik, Pekerja Hotel Di Sri Gombak Disamun Jam 3 Pagi

Pekerja hotel itu telah diketuk dengan parang beberapa kali sebelum suspek melarikan diri bersama telefon bimbit miliki syarikat dan beg tangannya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Jenayah samun yang semakin berleluasa telah membimbangkan ramai pihak kerana ia melibatkan tahap keselamatan seseorang.

Lebih membimbangkan lagi, penjenayah kebiasaannya akan membawa bersama senjata seperti pisau, pistol, parang dan sebagainya untuk mengugut serta menakut-nakutkan mangsa agar mereka menyerahkan barangan berharga yang dimiliki.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Guna Taktik Beri Isyarat Kereta Bermasalah, Mat Motor Cuba Samun Pemandu

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Samun Remaja Lelaki Dalam Lif Perumahan Kini Ditahan Polis, Disahkan Positif Dadah

Baca Artikel Berkaitan: Kes Pemerasan & Rogol Pelajar Uzbekistan, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah


Kejadian Samun Melibatkan Pekerja Hotel Di Sri Gombak

Menerusi video dimuat naik di laman X (Twitter @AsalGombak), tular tentang satu kejadian samun telah dirakam daripada kamera litar tertutup CCTV di sebuah premis hotel di Sri Gombak, Batu Caves, Selangor.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada jam 3:00 pagi pada Sabtu lalu (13 Januari) selepas pekerja hotel itu didatangi pasangan lelaki dan wanita yang memakai topi keledar dan bertanya tentang harga bilik di lokasi penginapan tersebut.

Pada awalnya, mangsa tidak mengesyaki sebarang ancaman sebelum suspek lelaki secara tiba-tiba mengeluarkan parang dari dalam beg.

Memetik sumber Harian Metro, mangsa telah diketuk dengan parang beberapa kali sebelum suspek melarikan diri bersama telefon bimbit miliki syarikat dan beg tangan pekerja hotel itu.

Mangsa yang mengalami kesakitan pada bahagian kepala akibat diketuk dengan parang segera membuat laporan polis di Balai Polis Gombak untuk tindakan selanjutnya.

Kes ini turut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir dan siasatan kini sedang dijalankan.


Netizen Mula Bimbang Dengan Keselamatan Di Kawasan Gombak

Perkongsian video menunjukkan kejadian samun yang berlaku di Sri Gombak itu telah mencetuskan kerisauan orang ramai terutamanya mereka yang tinggal di sekitar kawasan tersebut.

Malah, ada yang menyamakan situasi membahayakan itu seolah-olah di kawasan Klang yang dikatakan sebagai lokasi kerap berlaku jenayah.

“Gombak dah tak selamat. Ibarat Klang 2.0,” kata netizen.

Pada masa yang sama, netizen turut mengutuk jenayah yang dilakukan oleh pasangan lelaki dan wanita tersebut kerana mneggunakan cara yang tidak sepatutnya untuk mendapatkan wang.

“Badan sihat pergi lah cari kerja. Yang perempuan tu pun sama tak padan bertudung boleh jadi accomplice nak menyamun hotel. Astaghfirullah,” ujar netizen.

Netizen juga memberi cadangan kepada pihak hotel agar mengunci pintu masuk selepas jam 12:00 tengah malam dan perlu meletakkan sekurang-kurangnya dua orang pekerja yang bertugas pada waktu malam.

Sumber: X (Twitter @AsalGombak)

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd