Now Reading
Kes Pemerasan & Rogol Pelajar Uzbekistan, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Kes Pemerasan & Rogol Pelajar Uzbekistan, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah

Selain tuduhan merogol pelajar wanita Uzbekistan, lans koperal, Muhammad Fazrul bersama rakan sekerjanya turut berdepan pertuduhan pemerasan kepada seorang pelajar lelaki warga tempatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


9 Januari lalu, dua anggota polis ditahan kerana didakwa kes samun serta rogol terhadap dua pelajar.

Kedua-dua anggota terbabit difahamkan membuat rondaan sebelum membuat pemeriksaaan terhadap sebuah kenderaan jenis Volkswagen Golf yang ketika itu berhenti ditepi jalan.

Mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan dan berusia 18 tahun manakala seorang lagi pelajar wanita warga Uzbezkistan berusia 17 tahun.

Kedua pelajar itu kemudiannya dipercayai telah diminta untuk membayar RM500, mereka lalu dibawa ke dua lokasi berbeza sebelum berlaku insiden samun dan juga rogol.

Susulan insiden itu anggota polis berkenaan ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Baca artikel berkaitan: 2 Anggota Polis Ditahan, Disyaki Samun Warga Tempatan & Rogol Pelajar Uzbekistan

Lans koperal mengaku tak bersalah rogol pelajar wanita warga Uzbekistan

Terbaharu, salah seorang anggota polis yang ditahan dan berpangkat sebagai lans koperal telah mengaku tidak bersalah bagi empat pertuduhan sebaik pertuduhan dibacakan ketika di Mahkamah Sesyen.

Empat pertuduhan itu termasuk dakwaan merogol pelajar warga Uzbekistan dalan kenderaan peronda polis pada 9 Januari lalu.

Anggota yang dikenali sebagai Muhammad Fazrul Razzi Yunus berusia 31 tahun itu mengaku tidak bersalah sebaik ia dibacakan di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.

Selain dakwaan rogol, tertuduh turut didakwa lagi tiga pertuduhan

Mengikut pertuduhan, selain dakwaan merogol tertuduh juga didakwa telah melakukan persetubuhan luar tabii, melakukan hubungan seks serta amang seksual fizikal kepada pelajar wanita berkenaan.

Tindakan itu dilakukan tertuduh tanpa kerelaan mangsa.

Tiga pertuduhan itu di bawah Seskyen 376(1), 377C, dan 377CA Kanun Keseksaan, yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara lima hingga 30 tahun serta sebatan.

Lans koperal berkenaan turut dituduh di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat.

Lans koperal ada sakit saraf dan otot

Ketika pembicaraan, Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad telah mencadangkan anggota itu untuk diberikan ikat jamin sebanyak RM20,000 untuk setiap pertuduhan.

Namun cadangan tersebut telah dibantah oleh peguam yang mewakili tertuduh, G Visvanathan Nair kerana ia terlalu tinggi.

“Anak guam merupakan seorang anggota polis, maka tiada risiko untuk melarikan diri, selain telah memberi kerjasama sepanjang siasatan dijalankan.

“Mohon ikat jamin diberi pada kadar minimum kerana dia mempunyai penyakit saraf dan otot, perlu menyara isteri dan dua anaknya yang masih kecil, termasuk ibu bapanya yang telah berusia,” jelas peguam berkenaan, lapor Sinar Harian.

Ekoran itu hakim kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan seperti dicadangkan oleh anggota polis berkenaan.

Lans koperal bersama seorang lagi rakan sekerja mengaku tak bersalah atas pertuduhan pemerasan

Dalam pada itu, lans koperal berkenaan bersama seorang lagi rakan sekerjanya iaitu Konstabel Muhammad Adib Aikal Sharul Nizam turut mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan iaitu membuat pemerasan sehingga menyebabkan ketakutan kepada rakan lelaki pelajar warga Uzbekistan berkenaan.

Pertuduhan pemerasan itu difahamkan untuk menyebar video pasangan pelajar berkenaan yang bercumbu sehingga membuatkan pelajar lelaki terbabit memberikan wang RM500 kepada polis tersebut.

Kesalahan pemerasan itu telah dibuat di tepi Jalan Ampang Hillview pada 9 Januari, jam 10.09 malam.

Kedua-dua anggota itu telah dituduh di bawah Seksyen 384 dan dibaca bersama Sesyen 34 kanun sama yang boleh membawa kepada hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau man-mana dua daripada hukuman tersebut sekiranya bersalah.

Diberikan ikat jamin RM4,000 dan diminta lapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan

Peguam mewakili Muhammad Adib iaitu Kee Wei Lon dan Visnanthan Nair kemudiannya membuat rayuan untuk ikat jamin diberikan pada kadar yang munasabah.

Keduanya lalu diberikan ikat jamin sebanyak RM4,000 oleh Majistret, Amalina Basirah Md Top dengan seorang penjamin termasuk syarat tambahan di mana tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa selain perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada setiap bulan.

Mahkamah menetapkan kes disebut semula pada 12 Mac ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd