Now Reading
[Video] Individu Samun Remaja Lelaki Dalam Lif Perumahan Kini Ditahan Polis, Disahkan Positif Dadah

[Video] Individu Samun Remaja Lelaki Dalam Lif Perumahan Kini Ditahan Polis, Disahkan Positif Dadah

Suspek yang menyamun di dalam lif dipercayai telah mengambil dompet milik mangsa sebelum memulangkannya semula dan melarikan diri.

samun remaja dalam lif

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kalau bercakap tentang keselamatan diri pada zaman ini, memang agak merisaukan kerana pelbagai jenayah seperti rompak dan samun berani dilakukan meskipun di kawasan terbuka pada waktu siang.

Malah insiden di kawasan tertutup seperti di dalam lif juga kerap terjadi seperti mana yang berlaku kepada seorang remaja lelaki di Johor Bahru.


Remaja Lelaki Kena Samun Dalam Lif Perumahan

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman X (Twitter @nanmanjoi8715), kelihatan seorang remaja berseorangan memasuki lif sambil diekori dua orang lelaki bertopi keledar.

Tetapi hanya seorang sahaja daripada mereka yang memasuki lif berkenaan. 

Dalam rakaman kamera CCTV itu lagi, individu bertopi keledar yang memakai t-shirt berwarna putih dilihat bercakap dengan remaja lelaki tersebut sebelum menghalangnya untuk keluar dari lif.

Bukan itu sahaja, suspek juga cuba menggeledah beg mangsa dan dipercayai mengambil dompet miliknya sebelum memulangkan semula dan melarikan diri.

Selepas ditinggalkan di dalam lif berseorangan dan tiba di sebuah tingkat, remaja terbabit terus berlari keluar untuk menyelamatkan diri.


Netizen Bengang Penyamun Lakukan Jenayah Dalam Lif Kepada Remaja Terbabit

Di ruangan komen video berkenaan, ramai netizen bengang dengan tindakan penyamun berkenaan yang bertindak sedemikian kepada remaja lelaki terbabit ketika berada di dalam lif berseorangan.

Malah, ada juga menyebut (tag) pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan terhadap kes ini.

Kejadian yang berlaku juga membuatkan sesetengah masyarakat mula takut untuk memasuki lif di mana-mana lokasi seorang diri.

Dalam pada itu, netizen juga memberitahu tentang fungsi loceng kecemasan yang kebiasannya dimiliki di setiap lif sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini seperti kejadian samun ini.

Sumber: X (Twitter)

Individu Samun Remaja Lelaki Dalam Lif Kini Ditahan Oleh Pihak Polis

Memetik sumber Harian Metro, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat memaklumkan suspek lelaki warga tempatan telah ditahan oleh pihak polis selepas disyaki menyamun seorang remaja di dalam lif sebuah pangsapuri pada Ahad lalu (15 Oktober).

Penahanan lelaki tersebut dilakukan oleh pihak polis semalam (17 Oktober) sekitar jam 11:00 pagi di sebuah unit di pangsapuri yang sama selepas mangsa berusia 14 tahun membuat laporan polis.

Bertindak atas maklumat, ketua balai bersama anggota Unit Peronda Sektor (URS) Balai Polis Majidee membuat serbuan di sebuah unit pangsapuri di daerah ini dan menangkap suspek lelaki berkenaan. Polis turut merampas telefon bimbit, sehelai seluar dan sepasang kasut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat.

Hasil semakan pihak polis mendapati suspek memiliki empat rekod lampau jenayah dan tiga kes dadah. Ujian saringan air kencing juga menunjukkan suspek positif dadah jenis morfin.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: [Video] Guna Taktik Beri Isyarat Kereta Bermasalah, Mat Motor Cuba Samun Pemandu

Artikel Berkaitan: Polis Buru 2 Lelaki Kes Samun Wanita Di Stesen Minyak Di Cheras

Artikel Berkaitan: Tular Kes Tikam & Samun Pemandu e-Hailing Di Sentul, Suspek Dicekup Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd