Now Reading
Peniaga Rugi Hampir RM1 Juta Gara-gara Kena Scam Dengan Individu Menyamar Polis

Peniaga Rugi Hampir RM1 Juta Gara-gara Kena Scam Dengan Individu Menyamar Polis

Menurut mangsa, dia telah kehilangan sebanyak RM922,300.87 selepas memberikan kad ATM berserta no pin dan cek kepada seorang individu yang menyamar sebagai ‘Sarjan Tan’.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kes scam dalam kalangan orang ramai dilihat semakin membimbangkan.

Walaupun banyak kempen kesedaran dilakukan namun segelintir masyarakat masih terpedaya dengan taktik penipuan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Jika masalah tersebut tidak dibendung, ramai lagi individu tidak bersalah akan menjadi mangsa hingga mengakibatkan kerugian harta yang banyak.

Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas 74 Tahun Hilang RM225,000 Lepas Terjerat Dalam Love Scam Dengan ‘Lee Min-ho’


‘Sarjan Tan’ Scam Peniaga Kedai Runcit

Seperti baru-baru ini, seorang peniaga kedai runcit di Alor Gajah, Melaka dilaporkan mengalami kerugian besar apabila wang simpanannya berjumlah RM922,300.87 lesap sekelip mata selepas ‘termakan’ dengan kata-kata scammer.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu pihaknya menerima laporan oleh pengadu berhubung kejadian itu pada kelmarin (9 Januari).

Kata Arshad Abu, siasatan awal mendapati mangsa berumur sekitar 50-an menerima panggilan daripada seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Sarjan Tan’ dari Perak.

Pada awalnya, suspek memaklumkan terdapat seorang pengurus sebuah bank yang sudah berhenti kerja melakukan aktiviti scam menggunakan akaun bank mangsa.

Namun begitu, mangsa telah menafikan penglibatannya dengan perkara tersebut. Suspek kemudiannya meminta peniaga itu untuk mengikut segala arahannya jika tidak mahu diberkas oleh pihak berkuasa.


Suspek Arah Mangsa Tinggalkan Kad ATM Berserta Nombor PIN

Pada 20 Disember lalu, mangsa diarah untuk meletakkan kad mesin juruwang automatik (ATM) bank miliknya berserta nombor pin di sebuah lokasi sekitar Simpang Ampat, Alor Gajah tanpa perlu berjumpa dengan suspek.

Insiden scam tidak terhenti di situ sahaja, apabila suspek kemudiannya diarahkan untuk mengeluarkan cek atas nama sebuah syarikat suspek sebanyak RM420,000 pada 3 Januari.

Mangsa bagaimanapun menurut perintah si suspek dan memasukkannya dalam mesin cek sebuah bank cawangan Alor Gajah.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels/Unsplash

Mangsa Terkejut Lihat Jumlah Wang Yang Banyak Telah Dipindahkan

Selepas memberikan maklumat, barangan peribadi dan cek kepada polis palsu itu, mangsa meluahkan rasa terkejut apabila mendapati separuh daripada RM1 juta duitnya telah lesap dalam akaun bank.

“Pengadu kemudiannya membuat semakan di akaun bank miliknya di cawangan Pulau Sebang dan terkejut mendapati ada beberapa transaksi pemindahan wang dari akaun banknya ke akaun tidak dikenali bermula dari 21 Disember lalu hingga 8 Januari lalu berjumlah RM502,300.87,” kata Arshad Abu.

Sementara itu, mangsa mendedahkan suspek sekali lagi menghubunginya untuk membuat transaksi lain pada kelmarin, namun kali ini tidak diendahkan.

Secara keseluruhannya, mangsa sedar bahawa jumlah kerugian sebenar yang lesap adalah sebanyak RM922,300.87.

Kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Hukuman yang boleh diterima jika disabitkan kesalahan ialah boleh dipenjarakan tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun dan sebat serta hendaklah dikenakan denda.

Baca Artikel Berkaitan: “Scammer Alaf Baru” – Peniaga Guna Suara AI Siti Nurhaliza & Aaron Aziz Untuk Promosi Barang Jualan Secara Online

Baca Artikel Berkaitan: Kena Scam Dengan Syarikat Katering RM13,000, Keluarga Pengantin Terpaksa Masak Sendiri


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd