Now Reading
Kena Scam Dengan Syarikat Katering RM13,000, Keluarga Pengantin Terpaksa Masak Sendiri

Kena Scam Dengan Syarikat Katering RM13,000, Keluarga Pengantin Terpaksa Masak Sendiri

Jumlah tempahan yang dibuat oleh pengantin wanita dianggarkan sebanyak 1,000 orang. Keluarga mereka juga telah cuba menghubungi pihak katering tersebut namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga mengiimpikan sebuah majlis perkahwinan sempurna. Oleh itu, terdapat pelbagai persediaan perlu dilakukan bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar seperti tempahan baju, dewan makan, katering dan banyak lagi.

Namun, lain pula yang terjadi oleh pasangan ini apabila majlis kahwin bertukar menjadi mimpi ngeri setelah ditipu oleh sebuah syarikat katering.


Ditipu Syarikat Katering Ketika Majlis Kahwin

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok (@najmudin.shukor), lelaki ini menceritakan detik di mana keluarganya ditipu oleh syarikat katering sehingga mengalami kerugian sebanyak RM 13,000 dan terpaksa memasak sendiri hidangan untuk para tetamu yang hadir.

Pemilik akaun TikTok bernama Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor yang juga merupakan abang kepada pengantin perempuan tidak menyangka bahawa perkahwinan adiknya yang sepatutnya berjalan dengan lancar bertukar menjadi huru-hara apabila pihak katering yang ditempah tidak muncul pada hari majlis tersebut.

Menurut lelaki itu, setelah majlis akad nikah adiknya, dia pergi ke dewan majlis yang diadakan di dewan Maktab Rendah Sains Mara untuk melihat persiapan, tetapi yang ada hanya pelamin sahaja.

Tiada meja atau kerusi yang disediakan untuk tetamu.

Jumlah tempahan yang dibuat oleh pengantin wanita pula dianggarkan sebanyak 1,000 orang. Keluarga mereka juga telah cuba menghubungi pihak katering tersebut namun tidak mendapat sebarang maklum balas.


Masak Sendiri Hidangan Buat Para Tetamu Majlis Kahwin

Selepas menunggu sehingga jam 9 malam, mereka telah membuat perbincangan dan bersetuju untuk menyediakan makanan sendiri untuk tetamu namun hanya mampu menyediakan lauk ringkas seperti ayam gulai, sambal belacan, ulam-ulaman dan buah.

Kami berpecah kepada beberapa kumpulan, tapi hanya mampu siapkan dalam 400 pax makanan sahaja. Ada antara kami yang cari set meja, kerusi, periuk besar dan barang-barang untuk masak.

Burhanuddin Rabbani Abdul Shukor.

Bagi pihak keluarganya, Burhabuddin tampil memohon maaf kepada tetamu yang hadir kerana hanya dihidangankan dengan juadah tidak seberapa. Mereka sekeluarga juga telah membuat laporan polis berkenaan kes itu di Balai Polis Bandar Seri Jempol.

@najmudin.shukor Sebak. Sebab semua tak jangka kita bole handle. #abangsoya ♬ original sound – ABANG SOYAAA

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd