Now Reading
“Setiap Tahun Dapat Dekan” – Ibu Sebak Wakili Arwah Anak Terima Penghargaan Siswazah

“Setiap Tahun Dapat Dekan” – Ibu Sebak Wakili Arwah Anak Terima Penghargaan Siswazah

Jelas si ibu, Masriza Abd Rahman, arwah anak perempuannya yang sudah menghidap penyakit talasemia sejak usia tiga tahun itu merupakan seorang siswazah cemerlang di kampus.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Melihat kejayaan anak-anak dalam kehidupan khususnya melibatkan bidang akademik merupakan impian setiap ibu bapa.

Malah, golongan ibu bapa ini juga akan berasa bangga sekiranya dijemput untuk menghadiri sebarang majlis anugerah yang diraih oleh anak kesayangan.

Namun, momen yang sepatutnya menjadi kenangan indah bertukar duka, selepas seorang ibu menjadi wakil untuk menerima penghargaan buat si anak yang sudah pergi selamanya.

Baca Artikel Berkaitan: Ibu Bapa Wakilkan Arwah Anak Ambil Skrol Ijazah Di UMPSA


Ibu Sebak Terima Penghargaan Untuk Anak Yang Sudah Meninggal Dunia

Hari ini (9 Januari), seorang ibu tidak dapat menahan sebak ketika mewakili anaknya, Allahyarham Farra Wahida Ibrashid menerima penghargaan dalam Majlis Penghargaan Siswazah Cemerlang Kelas Pertama Siri 1 Negeri Sembilan.

Masriza Abd Rahman, 49, mewakili anak perempuannya yang sudah meninggal dunia pada 20 Januari 2023 akibat penyakit talasemia.

Untuk makluman semua, arwah Farra merupakan siswazah cemerlang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (kepujian) Pemasaran dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut si ibu, anak sulung daripada enam beradik itu disahkan menghidap penyakit tersebut sejak berusia tiga tahun lagi.

Meskipun begitu, ibunya mengakui Farra Wahida mempunyai semangat yang kuat bagi meneruskan pengajian walaupun terpaksa berulang-alik dari kampus ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Allahyarham bercita-cita nak jadi pensyarah malah dalam keadaan tidak mengizinkan akibat sakit dialami, dia tetap cekal dan rajin meneruskan pengajian. Arwah contoh kepada adik-adiknya,” ujar Masriza.


Farra Wahida Merupakan Pelajar Cemerlang

Tambah wanita itu, anaknya juga merupakan pelajar cemerlang di kampusnya.

“Setiap semester juga arwah meraih anugerah dekan. Saya sangat terharu, arwah tetap berjasa kepada keluarga sehingga saat ini dengan menerima duit penghargaan. Terima kasih saya ucapkan,” luahnya.

Dalam Majlis anjuran Yayasan Negeri Sembilan (YNS), Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyampaikan penghargaan kepada 152 siswazah yang mendapat keputusan cemerlang di universiti masing-masing.

Penerima juga telah mendapat RM5,000 bagi setiap seorang berserta sijil.


Lebih RM700 Ribu Diperuntukkan Buat Pelajar Cemerlang

Aminuddin dalam masa sama memaklumkan sejumlah RM760,000 diperuntukkan kepada siswazah cemerlang di negeri tersebut sebagai penghargaan dan pengiktirafan kejayaan diperoleh.

“Alhamdulillah, tradisi penting ini dapat diteruskan pada penggal kedua saya memerintah negeri ini di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Menerusi belanjawan tahun ini juga, YNS menyediakan pinjaman pendidikan kepada siswazah yang hendak menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan PhD (Doktor Falsafah). Sekiranya ada yang dalam proses menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, datanglah ke YNS, mereka dapat membantu,” jelas beliau.

Sumber: Facebook Sahabat Mohd Zaidy Abdul Kadir

Baca Artikel Berkaitan: Dua Pelajar UiTM Meninggal Dunia Selepas Sakit Kepala Teruk

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar SPM Jaga Ibu Sakit Hingga Akhir Hayat Raih 11A Kini Ditaja Lesen Motor & Kereta Selepas Tawaran Biasiswa


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd