Now Reading
Orang Awam Alih Kon Keselamatan Punca Penunggang Motosikal Terjunam Dalam Parit

Orang Awam Alih Kon Keselamatan Punca Penunggang Motosikal Terjunam Dalam Parit

Kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Bukit Katil, Melaka itu didakwa berpunca dari tindakan orang awam mengalihkan kon keselamatan yang diletakkan oleh pihak kontraktor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Apabila terdapat kerja-kerja pembinaan, kebiasaannya pihak kontraktor projek akan meletakkan papan atau alatan keselamatan bagi memberi peringatan kepada semua pihak supaya lebih berhati-hati.

Walaupun hanya sekadar papan segi tiga amaran atau kon keselamatan, alatan berkenaan sangat berguna bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku seperti yang terjadi di Melaka baru-baru ini.


Penunggang Motosikal Terjunam Dalam Parit Kerana Kon Keselamatan Dialihkan

Dalam satu kejadian yang berlaku pada awal pagi semalam (4 Januari), tiga orang penunggang motosikal telah terlibat dalam satu kemalangan apabila kenderaan yang dinaiki oleh mereka itu terjunam ke dalam sebuah parit.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Jalan Bukit Katil, Melaka itu didakwa berpunca dari tindakan orang awam yang mengalihkan kon keselamatan diletakkan oleh pihak kontraktor di kawasan lencongan.

Memetik Kosmo, nahas yang berlaku kira-kira pada jam 6:30 pagi itu turut mengakibatkan seorang mangsa berusia 21 tahun dikenali sebagai Haiqal Iman Mohd maut ketika terjatuh ke dalam parit berkenaan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Sumber: Facebook Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dua orang mangsa lain yang terlibat dalam nahas ini adalah Chong Min Yang berusia 58 tahun dan Mohd Zaim Bahrin berusia 32 tahun.

Kedua-dua mangsa ini dilaporkan mengalami luka di kaki dan cedera di bahagian kepala serta patah kaki kiri.

“Mangsa dalam perjalanan dari arah Jabatan Pengangkutan Jalan Bukit Katil ke arah lampu isyarat Hospital Pantai dan setiba di lokasi mereka telah melalui lencongan yang ditutup dengan kon oleh pihak kontraktor.

“Kita percaya semasa kejadian, kon itu telah dialihkan oleh orang awam menyebabkan mangsa tidak nampak kerja-kerja pembaikan dilakukan dan terjatuh ke dalam parit tersebut,” jelas Christopher Patit.


Kejadian Kini Dalam Siasatan

Pegawai penyiasat yang melakukan siasatan awal mendapati bahawa permukaan jalan ketika kemalangan itu berlaku adalah basah serta laluan juga mempunyai pencahayaan lampu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat dan siasatan lanjut masih diteruskan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit.

Namun sehingga kini tiada saksi yang tampil memberikan keterangan lanjut.

Baca Artikel Berkaitan: Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang

Baca Artikel Berkaitan: Penghantar Makanan Hampir Terjunam Dalam Lubang Besar Di Tengah Jalan

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Persoal Bonggol Tinggi Di Sentul Boleh Tempah ‘Maut’


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd