Now Reading
[Video] Netizen Persoal Bonggol Tinggi Di Sentul Boleh Tempah ‘Maut’

[Video] Netizen Persoal Bonggol Tinggi Di Sentul Boleh Tempah ‘Maut’

Sehingga semalam (16 Disember), bonggol tersebut kini sudah selesai dicat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPBM untuk updates terkini yang relevan dan menarik!


Kemalangan jalan raya merupakan sesuatu yang tidak boleh dijangka. Puncanya mungkin disebabkan oleh kecuaian diri sendiri atau pemandu lain.

Namun, faktor struktur jalan juga boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Contohnya seperti jalan yang licin selepas hujan, jalan berlubang dan sebagainya.

BACA JUGA: Penghantar Makanan Hampir Terjunam Dalam Lubang Besar Di Tengah Jalan

Jika struktur jalan tidak berapa baik, pihak bertanggungjawab perlu segera memperbetulkan laluan tersebut. Risau sekiranya boleh meragut nyawa seseorang.

Bonggol jalan terlalu tinggi

Antara yang menjadi perhatian di media sosial adalah apabila wujudnya bonggol jalan yang didakwa terlalu tinggi di kawasan Bandar Baru Sentul.

Bonggol yang tinggi dan tidak bercat itu menyebabkan sesetengah pemandu tidak perasan kewujudan bonggol tersebut.

Perkara ini dilaporkan oleh salah seorang pengguna Facebook Endang Kartini Guntor apabila dia memuat naik video beberapa kenderaan yang melalui bonggol berkenaan.

Dalam video itu, boleh dilihat beberapa kenderaan yang tidak sempat menekan brek seolah-olah ‘terlompat’ naik kerana tidak perasan kewujudan bonggol yang tinggi.

Ada juga yang terpaksa brek mengejut.

Yang lebih menyakitkan adalah apabila terdengar bunyi geseran pada badan kereta dan jalan raya. Kereta jenis lowered memang menangis dengar bunyi itu.

Risau melihat keadaan bonggol yang membahayakan itu, seorang wanita meletakkan lampu LED berdekatan bonggol tersebut sebagai isyarat kepada pemandu yang lain.

Sehingga semalam (16 Disember), bonggol tersebut kini sudah selesai dicat.

Boleh lihat video penuh DI SINI.

Ramai yang dah terkena

Di ruangan komen posting berkenaan, ramai pengguna jalan raya berkongsi pengalaman mereka ketika melalui bonggol tersebut. Boleh dikatakan kebanyakkannya mengutuk bonggol yang terlalu tinggi itu.

Buatnya orang tu tak biasa lalu jalan di situ dan tak sempat tekan brek, memang ‘terbang’ jawabnya.

Kredit: Facebook Endang Kartini Guntor
Kredit: Facebook Endang Kartini Guntor
Kredit: Facebook Endang Kartini Guntor

Harapnya pihak yang bertanggungjawab boleh merujuk semula garis panduan untuk membina bonggol yang selamat bagi pengguna jalan raya.

Untuk pemandu pula, kena selalu berhati-hati bila di jalan raya. Lebih-lebih ketika musim hujan ni.

Biar lambat, asal selamat!


Kongsikan cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPBM: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd