Now Reading
Amerika Syarikat Bekal 15,000 Bom & 57,000 Meriam

Amerika Syarikat Bekal 15,000 Bom & 57,000 Meriam

Antara jenis senjata api yang dihantar oleh AS adalah 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan banyak lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum sejak 7 Oktober lalu, Amerika Syarikat (AS) telah menghantar ribuan senjata kepada negara sekutu mereka iaitu Israel bagi menentang pejuang Hamas di Palestin.

Memetik sumber Wall Street Journal, bekalan senjata tersebut termasuklah 15,000 bom dan 57,000 peluru meriam.

Senjata dan peralatan itu kemudian dibawa melalui pesawat kargo tentera C-17 sejurus selepas bermulanya kembali konflik di Semenanjung Gaza ekoran penamatan gencata senjata.

“AS sebelum ini tidak mendedahkan jumlah senjata dihantar ke Israel mahupun pemindahan 100 BLU-109, 2,000 paun bom bunker-buster,” kata pegawai AS lapor Wall Street Journal.

Untuk maklumat, bom bunker-buster dikenali dengan keupayaannya untuk menembusi jauh ke dalam sesuatu struktur yang padat sebelum ia meletup.

Antara senarai senjata api yang dihantar oleh pihak AS kepada Israel terdiri daripada lebih 5,400 bom MK84, 5,000 bom MK82 tidak berpandu, 1,000 bom berdiameter kecil GBU-39 dan 3,000 JDAM yang menukar bom tidak berpandu kepada peluru berpandu tepat.


Israel Teruskan Serangan Selepas Tamat Gencatan Senjata

Terkini, tentera rejim Zionis kembali meneruskan kekejaman dan penindasan dengan mengebom kawasan di Semenanjung Gaza sejak Jumaat lalu (1 Disember) selepas tamat perjanjian gencata senjata.

Baca Artikel Berkaitan: Gencatan Senjata Perang Israel-Palestin Tamat, Zionis Sambung Bedil Gaza

Jelas Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya seramai 193 rakyat Palestin terbunuh dan 652 cedera dalam serangan udara baru-baru ini.

Dalam pada itu, jumlah nyawa rakyat Palestin yang terkorban juga kian meningkat sejak awal peperangan bermula iaitu lebih 15,500 individu.

Baca Artikel Berkaitan: Jumlah Kematian Rakyat Palestin Terus Meningkat, Cecah Lebih 15,500


Nurul Ain Mohon Orang Ramai Tak Berhenti Berdoa

Seorang rakyat Malaysia yang pernah terperangkap di Gaza terdahulu iaitu Nurul Ain Haron menerusi akaun TikTok miliknya telah merayu kepada orang ramai untuk tidak berhenti mendoakan kesejahteraan dan keselamatan rakyat Palestin.

Katanya, situasi di sana sudah semakin teruk berbanding sewaktu dirinya berada di sana sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Nurul Ain & Suami Selamat Tiba Di Malaysia, Dedah Keadaan Pilu Di Palestin

“Dua kali ganda teruk daripada apa yang saya hadap. Kakak saya sendiri sudah dihubungi oleh Israel untuk kosongkan rumah tetapi tiada tempat untuk pergi,” ujarnya.

Tambah Nurul Ain, dia juga meminta masyarakat untuk tidak berhenti memboikot syarikat-syarikat yang secara langsung membantu dan memberi sumbangan kepada pihak musuh.

Sementara itu, wanita ini berkata keluarganya yang sedang berada di sana masih meneruskan misi memberi bantuan sumber air bersih kepada para penduduk walaupun keadaan kini sangat berbahaya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd