Now Reading
Pemandu Civic Rempuh Motosikal Gara-gara Bertengkar Dengan Isteri Sudah Ditahan Polis

Pemandu Civic Rempuh Motosikal Gara-gara Bertengkar Dengan Isteri Sudah Ditahan Polis

Dalam video yang tular, pemandu Honda Civic itu telah merempuh sebuah motosikal di Taman Tun Teja, Rawang, Gombak selepas bertengkar dengan isterinya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kadangkala apabila di jalan raya, susah untuk kita menjangka situasi yang bakal berlaku.

Demi menjaga keselamatan diri dan juga individu lain, kita telah berusaha sehabis mungkin untuk berhati-hati dan menjadi pemandu berhemah.

Namun masih juga terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat kecuaian dan sikap tidak bertanggungjawab orang lain.


Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Lepas Larikan Diri Dari Isteri

Seperti semalam (30 November), tular satu hantaran video berdurasi 18 saat di media sosial menyaksikan seorang pemandu telah merempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Ego di Jalan Tun Teja 3, Taman Tun Teja, Rawang, Gombak, Selangor.

Jika dilihat daripada video, pemandu itu terus memecut dan meninggalkan mangsa yang jatuh daripada motosikalnya.

Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM), pemandu kereta jenis Honda Civic itu dipercayai telah bertengkar dengan isterinya sebelum bertindak melarikan diri dan melanggar penunggang motosikal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad berkata hasil siasatan mendapati insiden itu berlaku pada jam 3.30 petang semalam.

Sumber: Media Sosial

Mangsa Alami Kecederaan Ringan

Lelaki terbabit yang melarikan diri selepas kejadian telah berjaya ditahan oleh PDRM pada 7.45 malam tadi di Jalan Bidara, Selayang.

“Kejadian berlaku semasa pemandu kereta itu hendak melarikan diri daripada isterinya selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

“Penunggang motosikal yang ada di situ cuba menghalang kereta terbabit namun dirempuh,” katanya dalam kenyataan malam ini,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Tambah Noor Ariffin, mangsa telah mengalami cedera ringan pada bahagian siku dan dan kakinya akibat kejadian tidak diduga itu.


Kes Rempuh Motosikal Kini Disiasat

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 307 iaitu kes percubaan membunuh dan Seksyen 337 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat ASP I.Agilan menerusi talian 019-5230 801 atau bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak 03-6126 2222.

Baca Artikel Berkaitan: Pemandu Langgar 6 Kereta Di Bukit Jalil & Disyaki Positif Dadah Kini Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Kes Langgar Penunggang Basikal: Pemandu e-Hailing Leka Periksa Mesej Di Telefon

Baca Artikel Berkaitan: Polis Siasat Pemandu Kereta Selamba Masuk Lorong Motosikal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd