Kes Langgar Penunggang Basikal: Pemandu e-Hailing Leka Periksa Mesej Di Telefon
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, kejadian yang tular di media sosial itu berlaku di Jalan Dengkil, Kota Warisan di Sepang pada Ahad lalu (27 Ogos).


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, tular di media sosial satu rakaman ‘dashcam’ yang memaparkan dua penunggang basikal dilanggar sebuah kereta di jalan raya.
Video tersebut yang sohor di media sosial telah meraih perhatian ramai sekaligus mencetuskan perdebatan mengenai siapa yang bersalah di dalam insiden itu.
BACA JUGA: [Watch] 2 Cyclists Fall After Getting Hit From The Back By A Car
Terbaharu, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku di Jalan Dengkil, Kota Warisan di Sepang pada Ahad lalu (27 Ogos) itu.
Pemandu dipercayai terleka periksa aplikasi e-hailing di telefon bimbit
Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian yang berlaku pada jam 7.15 pagi itu dipercayai kerana pemandu kereta terbabit terleka ketika memeriksa mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbitnya.
Menurutnya, pemandu kereta yang berada di lorong kiri dari arah Kajang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) itu telah terlanggar belakang sebuah basikal sebelum penunggang itu merempuh seorang lagi penunggang basikal lain.
“Ketika sampai di Jalan Dengkil, Kota Warisan, pemandu kereta yang berada di lorong kiri telah terima mesej daripada aplikasi e-hailing di telefon bimbit dan bertindak memeriksa mesej tersebut.
“Semasa memeriksa mesej tersebut, pemandu kereta telah terlanggar belakang sebuah basikal dan kemudian basikal itu terlajak ke hadapan terlanggar seorang lagi penunggang basikal yang lain.
“Akibat kemalangan tersebut, kereta itu mengalami kerosakan di bahagian bumper dan bonet hadapan, manakala kerosakan penunggang basikal di bahagian tayar serta rim belakang,” katanya dipetik Sinar Harian semalam (31 Ogos).
Pemandu kereta dan penunggang basikal tampil buat laporan polis
Mengulas lanjut, beliau berkata kedua-dua individu terbabit iaitu pemandu kereta dan penunggang basikal telah membuat laporan polis dan diambil rakaman percakapan.
Terdahulu, tular di media sosial video sekumpulan penunggang basikal yang berada di sebuah jalan raya sebelum salah seorang daripada mereka dirempuh sebuah kenderaan yang datang dari arah belakang.
Hasil pelanggaran itu menyebabkan dua penunggang basikal dilihat terjatuh di atas jalan raya terbabit.
Beberapa penunggang dilanggar ketika sedang berbasikal pic.twitter.com/eKhKINC8yb
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 29, 2023
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.